Wednesday, December 30, 2009

apabila panjang angan2....


Sayidina Ali bin Abi Thalib pernah menyuarakan kebimbangannya; “yang saya khuatir atas kamu dua perkara, iaitu panjang angan-angan dan menurutkan hawa nafsu. Ini kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat, manakala menurutkan hawa nafsu itu menghalangi daripada kebenaran (hak)”
Si pintar pernah berpesan, Jangan mengikat hatimu kepada wanita, kerana hari ini dia untukmu dan esok hari untuk orang lain. Apabila engkau taat kepadanya, maka akan memasukkan engkau ke dalam neraka. Jangan mengikat hatimu pada harta kerana harta itu pinjaman, hari ini hakmu dan esok hak orang lain. Jika kamu terikat pada harta, engkau akan bakhil untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah kerana takut miskin dan menurut kepada bisikan syaitan. Tinggalkan apa yang rag-ragu dalam hatimu sebab hati seorang mukmin goncang dalam subahat, lari daripada haram dan tenang dalam halal. Jangan membuat sesuatu hingga benar-benar mengerti bagaimana menjawabnya kelak apabila ditanya oleh Allah. Siapa yang mengurangi angan-angan maka Allah akan memuliakannya dengan empat kemuliaan iaitu; Dikuatkan untuk taat, sebab seseorang yang berasa akan mati tidak akan memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran dan rajinmelakukan taat, maka bertambah amalnya.
Kurang kerisauannya, sebab jika dia berasa tidak lama lagi akan mati, maka dia tidak memikirkan apa yang dihadapi daripada kesukaran. Reda dengan kehidupan yang sederhana, sebab apabila berasa tidak lama lagi akan mati, maka tidak perlu mencari banyak dan sememangnya ditujukan untuk akhirat. Allah akan menenangkan hatinya.








Tuesday, December 29, 2009

bagaimana untuk menjadi seorang yang kuat fizikal dan mentalnya?
yang tahan dugaan..tahan ujian..dan tahan semuanya..
aku sedang berusaha ke arah itu...
semoga tahun 2010 akan lebih memberi aku sinar kekuatan itu..



kuat seperti inikah????

Template by:

Free Blog Templates