Monday, January 14, 2013

Rumpai Laut



 Laku betul entry aku tentang kolagen. Hari-hari memang ada orang search.
Sekarang aku tak minum kolagen serbuk-serbuk lagi dah. Bukan tak bagus. Bagus…semua kolagen pun bagus tapi aku TER berkenalan dengan makanan kesihatan lain pulak. Apalagi kalau bukan rumpai laut a.k.a seaweed. Glamer menda alah ni sekarang. Mana-mana pun ada orang jual. Tapi online la..jangan la kau cari kat Kedai Runcit Haji Kasim, memang la tak de jual.
 
1st time aku beli rumpai laut ni masa kat MAHA2012. Dia jual 250gm = Rm25. Aku anggap itu murah. 250gm tu boleh tahan sebulan..tu pun lepas share sorang separuh dengan mak. Katanya rumpai laut ni pun bagus untuk orang darah tinggi, jadi aku bagi separuh kat mak.

Ini rupa paras bahan mentah berkenaan. nampak macam maruku kan..
Ini pulak rupa paras lepas direndam 8 jam. Kembang 2x ganda. Hambik kau sebesen... mana aku tau dia nak kembang sebegini rupa
Lepas dah kembang sebegini, sila rebus. Tapi sampai sekarang aku tak terer nak sukat air. Kadang-kadang jadi lembik, kadang-kadang jadi keras elok. Aku pasrah je la..lembik pun lembik la..
Kendian, tapis. Sisa tu jangan la buang. Simpan. Buleh guna untuk tepek muka tiap-tiap malam. Jimat duit kita kan.

Bila simpan dalam peti sejuk, dia jadi macam jeli. Kesannya ada budak terliur. Dia ingat jeli. Muahahaha kena tipu ke nakkk?

Aku malas nak senaraikan kebaikan rumpai laut ni. Sebab uols search je ‘kebaikan rumpai laut’. Berjela-jela keluar. Ayat sama je..men kopi pes je depa pun hehehhehe..jd aku malas nak kopi pes jugak. Sebab aku cuma nak share pengalaman aku je.. benda baik harus dikongsi bersama. Ye dok?

Lepas sebulan lebih aku minum/makan. (Minum ke makan ye..) rumpai laut ni, kesannya bintik-bintik cokelat diwajah semakin pudar. (jangan harap la aku nak tepek gambo disini..malu  aih).  Lepas tepek kat muka, otomatik kita akan Nampak muka kita putih dan bersih berseri.
Tapak kaki yang pecah-pecah umpama bekerja dibendang itu juga sudah hilang.
Tapak kaki aku pulak sebelum ni pucat/kuning. Ingat lagi, abah aku kata tapak kaki mcm mayat (tidakkkk). En. F teman sekerja aku pun penah tegur. “ siti, kenapa kaki siti tak merah, sepatutnya  tapak kaki merah”. Agak khinzir teguran tu ye.. Gigih nak skodeng tapak kaki aku dah kenapa? ko nak cakap apa sebenarnya.. pree pree je kena maki dengan aku. Tapi sekarang tidak lagi…ia sudah merah berseri-seri. Begitu jugak tapak tangan. 
Saya suke!saya suke!

Mak pun kata ok. Tekanan darah tinggi dia turun.
Jadi aku pun beli stok baru. Aku beli kat sini. Tapi kali ni beli yang kaler purple pulak. Sis yang jual tu cakap, yang kaler purple ni lagi bagus dari yang kaler kuning. Tapi bau dia kuat sikit. Hambik 1kg terus aku borong.Bahagi sorang separuh dengan mak. Harapnya tahan la sampai tahun 2016 kehkehkehkeh

Tapi,bila sampai je bungkusan dari Sabah tu, aku pun bukak. Ya Rabbi, bau dia punya la kuat. Memang tak macam yang kuning. Yang kuning tu tak bau pape. Dah katanya asli belum diproses, memangla gitu.. Tapi, usah khuatir ye puan-puan…bila kita rendam 8 jam dan basuh berkali-kali, pastu bila masak, kita masukkan hirisan lemon sepotong dua..semuanya akan ok. Tak de bau lagi. Tinggal bau lemon yang menyelerakan. Maka kita boleh telan dengan sepenuh perasaan. 

Cara aku, aku ambik 3sudu besar, lenyek-lenyek + madu + lemon + air, minum tiap-tiap pagi pukul 6.30am (siap ada waktu khusus tu hehe) dan sebelum tidur.
Kat mak, aku pesan supaya beliau masukkan daun pandan sebab aku tau rumah mak takde lemon. Tak macam rumah ai, ada pokok lemon belakang rumah *mimpi sangat*
Ini rupa paras yang kaler ungu bila direndam. Nampak lain macam sikit kan.. erk..
Bila siap dimasak dan disejuk bekukan.Hirisan lemon sebesar alam..
//mak, tak lama lagi kita dua akan cun togeder-geder persis Neelofa & maknya wahahahhahaha

Template by:

Free Blog Templates