Sekarang ni boleh dikatakan hari-hari aku makan coklat. Dah macam ketagih gitu. Oleh itu, aku pun google la kebaikan dan keburukan coklat.
(nak tgk kebaikan je sebenarnya...takde la rasa bersalah sangat bila coklat masuk mulut)
Jadi aku jumpalah beberapa artikel yang mengatakan coklat hitam (dark chocolate) lebih bagus daripada coklat biasa dan coklat susu . Antara sebabnya ialah coklat hitam kurang kandungan gula dari coklat biasa. Jadi aku beralih arah kepada coklat hitam pulak.
Jadi aku jumpalah beberapa artikel yang mengatakan coklat hitam (dark chocolate) lebih bagus daripada coklat biasa dan coklat susu . Antara sebabnya ialah coklat hitam kurang kandungan gula dari coklat biasa. Jadi aku beralih arah kepada coklat hitam pulak.
Yang selalu beli jenama Tudor Gold & Cadbury. Kalo yang Cadbury siap ada cara-cara nak makan. Mula-mula kena hidu ambik bau dulu la..lepas tu kepak saiz brapa-brapa baru masuk dalam mulut. Pastu kena nikmati perlahan-lahan la. Selalunya aku lantakkan je kaedah-kaedah tu. Hambik sedebuk masuk mulut. Settle!
ni mahai sikit..tp xsedap. lebih manis berbanding Tudor Gold
Memang la pahit sikit tapi ada aku kesah..coklat masakan pun aku kepak makan.
(kepak di didalam ayat di atas bukanlah bermaksud 'wing' tapi kepak dalam bahasa kedah bermaksud patahkan)
Ingat pelajaran hari ini : kepak = patahkan
(kepak di didalam ayat di atas bukanlah bermaksud 'wing' tapi kepak dalam bahasa kedah bermaksud patahkan)
Ingat pelajaran hari ini : kepak = patahkan
hehehhehehhe
Berikut ini adalah kebaikan coklat hitam (dark chocolate) :
- Mengandung flavonoid yang disebut procyanidin dan epicatechin. Flavonoid merupakan sebahagian dari kelompok antioksidan yang dikenali sebagai polifenol yang turut terdapat teh, anggur merah, serta berbagai buah dan sayuran. Ia bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan melindungi tubuh dari penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Mengurangkan risiko pembekuan darah.
- Meningkatkan aliran darah dalam arteri.
- Menurunkan tekanan darah yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa sepotong kecil coklat hitam setiap hari dapat mengurangi tekanan darah kepada pesakit darah tinggi.Menurunkan oksidasi LDL (kolesterol jahat). Coklat hitam dapat menurunkan LDL sampai 10%.
- Dapat meningkatkan mood dan kesenangan dengan merembeskan kadar serotonin, yang memberikan perasaan senang. Ia jugak bertindak sebagai anti depresi.
- Coklat mengandung banyak nutrisi. Coklat juga merupakan sumber tembaga yang baik. Coklat dengan almond atau kacang tanah akan meningkatkan nilai gizinya, terutama protein.
- Coklat hitam dapat membantu penyembuhan cirit birit menurut laporan Children’s Hospital & Research Center Oakland tahun 2005. Dalam kajian yang dilakukan,para pengkaji telah menemui bahan kimia dalam biji koko yang dapat mengurangi perkembangan cairan yang menyebabkan cirit birit
keburukan
- coklat itam mahai weh...tapi akibat desakan hawa nafsu yang tinggi, maka ai redhokan je kemahalan itu
Apa lagi moh la kita p beli coklat hitam sekarang
// Fakta-fakta di atas aku dapat hasil dari penggooglelan dan pembacaan di majalah. Kau ingat aku kaji sendiri ke?
0 comments:
Post a Comment