Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Bot Berkuasa Wap

Aku bukan nak cerita pasal bot pancung sulu ke apa...aku nak cerita pasal steamboat je...mehehehhehehe
Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga menafsirkan steamboat sebagai bot berkuasa wap.

Hari tu masa pegi Cameron Highland sempat la makan steamboat. Kitarang makan kat Glory78 Steamboat & Snack Corner. RM23/pax. Jadi kami ambik 3pax. Sebab ambik 3 pax kami dapat 2 kuah. Sup biasa & tomyam. Memang itupun matlamat kami. Untuk mendapatkan 2 kuah. Gituw...tekak boya masing-masing.

Terletak di Tanah Rata. Sebelah Hotel Fern. Tempatnya cantik...kira ok la. Makan sampai jadi macam ular sawa..harusla cakap ok kan..
Muka lapar...senyum dibibir...perut menangis siapa yang tahu :p
ini aku punya mocha panas
haaa tudiaaa dah sampai dah...
Makan la sampai kembung pun..
Nasib baik kami bawak tukang masak...mehehehehe
Ini je yang aku makan..(untuk pusingan pertama...)
 Semua sekali termasuk air segala = RM80++

Dah balik KL, tiba-tiba ada orang tu tak puas lagi.. katanya "syok nooo kalo kita makan steamboat lagi..kita cari yang buffet pulak..hari tu hidang"

Jadi kami pun cari la restoran steamboat di kawasan kejiranan kami ni...maka jumpalah Asapanas Bistro Barbaque Steamboat Buffet. Depan Stadium Selayang je.. dewasa RM19.90 Kanak-kanak Rm9.90
Ini bahan-bahan yang disediakan...pilih-pilih, makan sampai habih. Tak habih kena denda. Pic cilok dari FB mereka



Ini wajah riang kanak-kanak tak cukup umur
Hidangan kami..kali ni ambik kuah tomyam saja.
Kesimpulannya = sedap. Kuah tomyam tu sedap. Daging bbq tu pun sedap.Lepas ni nak try kat D' Kayangan pulak. Lepas tu badan aku meningkat naik dengan jayanya
*pengsan*

Thursday, February 28, 2013

Kopi Putih Di Hari Dingin - Episod 2 (Siri 1)

Tahun lepas rasa tak lengkap je hidup..sebab tak pegi panjat tempat kegemaran hamba Cameron Highland. 
Jadi minggu lepas kami pun pergi melepaskan rindu dendam disana.  
hehe
Disebabkan aku sangat menyukai Cameron Highland, maka aku pun memanjatkan tiga doa :
1- Ya Allah..murahkanlah rezeki aku supaya aku dapat beli rumah kat sini, jadi aku buleh datang sini seminggu sekali
2 - Ya Allah, semoga aku dapat keja kat sini
3 - Ya Allah, semoga bos aku dapat projek kat sini, jadi aku buleh keje kat sini
aaamiiinnn
hehe
   Kami sampai lebih kurang pukul 1pm. Tapi tak boleh masuk pekan Brinchang sebab ada Le Tour de Langkawi. Hambik tersangkut dijalanan sampai pukul 4.
*mood sedikit terganggu ketika itu
 
Beberapa hari sebelum pegi, kami booking hotel kat Booking.com. 
Famili Studio di Country Lodge Resort, Brinchang 2malam = Rm496 tunaiiiiiii
Pandangan didepan hotel sewaktu siang. Kiri kanannya penuh dengan bunga. sesuai dengan manusia pencinta alam macam aku -_-
Pandangan ketika malam
Penampakkan 'makhluk' yang melintas dengan laju.. ya, makhluk yang bernama Adam, berumur 6tahun.
Family Studio ni ada 2bilik dengan 2 katil queen dan 2 katil single lengkap dengan balkoni...jadi kau buleh keluar lepak kat balkoni malam-malam tengok keindahan alam sebab terletak di atas bukit.
(kalo tiba-tiba ada yang terbang melintas, mohon jangan salahkan aku..hehe)  

Kisahnya sebelum kami pergi, aku sempat search mengenai hotel ni. Ada yang kata hotel ni keras. Ada Cik Pon katanya. Maka takutlah mengenangkan aku kena tido sorang kat bilik nanti. Tapi peserta rombongan lain semua tak mau tukar hotel, jadi aku bertabah saja sambil memanjatkan doa Cik Pon tak memunculkan diri depan aku.

Jadi sebaik saja kami dapat kunci, aku terus baca ayat kursi banyak-banyak. Dari tangga ke pintu bilik hinggalah masuk ke dalam bilik macam-macam ayat aku baca...orang penakut memang sebegitulah pe'elnya.
Abaikan keadaan yang bersepah tu. Yang pink tepi katil tu beg mek anis. Masuk je bilik terus campak. Atas kerusi tu pulak sweater kami semua.*ketika gambar ini diambil, aku sedang baca ayat kursi lagi* :p
2 katil queen
Ada kerusi rotan diletakkan dibawah tv.. jadi kalau nak tengok tv kena melangut ye :p
Ini pulak pandangan didalam bilik
Abaikan segala mak nenek yang bersepah tu. Katil ni sebenarnya dijarakkan. Ada meja kecik kat tengah-tengah..tapi aku tolak bagi rapat. feeling ala-ala rumah sendiri
Ini pun diletakkan di dalam bilik...ala-ala dapur. tepi tu bilik air. Jadi, aku kena duduk di dalam bilik yang lebih kurang bilik bibik. siap rak dapur kat tepi katil  >_<
Balkoni
Pandangan dari balkoni..
siap ada bunga api uols...hehe.. ini sempena chap goh mei je kot.. jangan nanti kau duduk sana 4 malam tunggu bunga api..memang tak dela
mek anis sempat bergedik di tepi tingkap bilik
Dua malam kami kat sana, alhamdulillah tak de apa-apa gangguan. Tiap kali aku terjaga tengah malam, mesti aku pandang sekeliling, kot-kot tetiba nampak rambut panjang dok tido sebelah ke. Pengsan. Tapi syukur tak de apa-apa. Mungkin derang malas nak kacau kami sebab kami bawak 2 manusia kecik yang bising nak mampos kat dalam hotel. 
siap main masak-masak, pasir kaler segala kat balkoni rumah. Tu belum lagi berlari terjerit-jerit lompat katil.  Hantu tengok pun boring.
atau mungkin cerita tentang makhluk-makhluk halus ni cuma kabar angin. Mungkin juga pihak hotel dah usir mereka sebab duduk free kan..banyak cantik muka kau nak duduk free kat hotel. Boleh jadi geng Cik Pon sudah berpindah ke hotel lain atau sudah bergabung dengan Cik Ta dan jadi artis terkenal.

Wednesday, January 30, 2013

Drama Minggu Ini






Monday, January 21, 2013

Edisi Skema : Pameran Topeng Sedunia di Muzium Negara

Sapa nak tengok topeng dari seluruh dunia, silalah pegi Muzium Negara. Ada Pameran Topeng Sedunia yang akan berlangsung hingga 20hb Mac 2013. Bukan setakat topeng otromen dan power rangers je..malah banyak lagi topeng-topeng lain yang kita tak pernah tengok.

Ini kali kedua aku p muzium. Kali pertama masa umur aku 12tahun. Tudia punya lama....
Moh layan gambar topeng. Ada yang pelik, ada yang menyeramkan.. masuk RM5 je. Budak-budak 6-12tahun,RM2. Bawah 6 tahun pree je.. buleh la bawak anak-anak, anak buah, anak jiran, anak kawan baik,anak tiri,anak bos dan sebagainya. Tapi lepas tu kau tahan la dengar derang meraung sebab takut.
Penyambut tetamu
Anis cakap banyak kan Aung... 
Anis : Makndak..ambik la plish plish (sambil pegi tepi topeng dan angkat peace).. nak begambar kekdahnya

Lorong nak ke Bahagian 2. Lorong ni gelap. maka sila tabahkan telinga dengar budak-budak melalak takut. Budak 'peace kat atas pun tak berani berjalan. Budak bawah ni pulak, pegang tangan tak lepas-lepas. tapi Makndaknya relax je -_-
Berlakon konon-konon kena gigit..
Saya masuk geng Aung..ko hado? -_-
Kami masuk geng 1Malaysia pulak :p






Cermin ajaib katanya...




geng padang pasir. sampai kat bahagian ni, semua gambar dipenuhi orbs
Lagi orbs interprem... maknanya apakah? misteri nusantara hehehe





Cari orang tersembunyi.. :D

Saturday, December 29, 2012

Janji Ditepati

Masa Amirul sambut besday ke 12 bulan April lepas, aku dengan penuh yakin dan bersemangat waja berkata "kalo Amirul dapat 5A, makndak bagi hadiah jam G-shock original latest punya"

Tibalah waktu dan ketika, result UPSR pun keluar. Ya beliau dapat 5A.  *_*
Dah berjanji tu, kenalah tepati kan. Tapi tepat pun tak tepat sangatlah...
Janji jam lain beli jam lain. Mohon si anak bertabah. Makndak hang ni bukanlah kakitangan kerajaan yang berbonus dihujung tahun. Ini pun kira ok la ye daripada takde langsung
:p
harap-harap sesuaila dengan tangan budak baru nak naik tingkatan 1.
 Dah beli kat si abang, kenala beli untuk si adik sekali. Kang melopong pulak tengok abang ada jam baru, dia tak de..
untuk Cik Alia dengan ucapan ikhlas dari Makndak berbunyi - Selamat Masuk Darjah 3 -_-
gigih bungkus
 Dah bungkus cantik-cantik, ada orang tengok pulak...lalu ada la yang memandang dengan wajah sayu sambil berkata...

errr....eerrrr.... nanti Makndak beli ye >_<

Saturday, November 17, 2012

Cuti Panjangggggg

Cuti panjang tanpa aktiviti balik kampung atau bercuti...apa keje kita? dok umah makan tido (best oooooo, jarang dapat gini sejak abih belajar) ...selain tu g merayau KL sorang-sorang, g tukar kad touch N go sebab kad dah expired, habih memekak satu plaza tol, satu hal pulak aku kena undur kete kat tengah-tengah highway tu..
selain itu...dok umah merealisasikan wawasan.. 

wawasan = merobah rupa bentuk ruang tamu
Bahan-bahan yang digunakan = Langsir bahagian kepala = Rm5 x 5helai = RM25
Kain satin biru = RM 2.50 x 6meter = RM15
Kain jarang kaler putih = RM2 x 6meter = RM12
Kain belang-belang = RM2.50 x 9meter =RM22.50
Langsir untuk bilik mandi = RM10
Upah jahit = pree of caj kakakaka

Hasilnya selepas 3 1/2 hari
saya gila dengan warna ini sekarang
model tak berbayar


untuk pintu bilik. yang bunga-bunga tu aku beli kat Daiso RM5 je selai.. tapi aku lebih berkenan dengan warna pink, tapi orang kat dalam rumah ni dah nak montah dah asik warna pink je..biru pun layan gak...
Sarung kusyen baru..tak buleh beli kain mahal-mahal sebab ini percubaan pertama si tukang jahit mehehehehehe

dan ni keje depa time orang sibuk  menjahit >_<

Template by:

Free Blog Templates