Tuesday, July 17, 2012

Yang dinamakan gelabah bewak...

VO punya pasal, sejak hari jumaat lepas, aku dapat tido beberapa jam je sehari. Hari ni masuk ofis mata sekali tengok macam panda ada, macam tenuk pun ada, macam burung kasawari pun ada.

Siapkan apa yang perlu dan submit. settle. yeeehaaaa aman seketika.
Bukak tenet, cite orang kena bunuh.
Bukak blog, cite orang kena rompak.
Bukak forum, mayat pompuan seluar terlondeh.
Mei Mei pulak cerita ada orang kena rompak lagi kat parking area. Kali ni kat One Utama.
Ya Allahhhh takutnya aku. Semoga Allah lindungi aku, keluarga aku, kawan2 aku dan semua orang.

12.30pm - dah mata berat semacam je. Nak balik rumah la. Keje 1/2 day la hari ni. Tak tahan sangat ni.
(feeling company bapak sendiri kannn)

Aku pun kuar. Jalan kat menuju ke kereta dengan mata melilau sana sini. Kepit beg kuat-kuat (Takut sangat rasanya... macam la ada 4juta dalam beg tu). Sampai kete dan2 rasa lega.

Teringat ada barang dapur xde, singgah Giant Batu Caves kejap la. Dah la nescafe yang tak de tu..kalo benda lain aku tolak ansur lagi, tapi nescafe tak de kalu harus ada yang rasa nak bakar 1 flat nanti.

Mungkin sebab lunch hour, parking Giant penuh. Jadi aku parking agak jauh dari pintu masuk.
Dah soping itu ini..bayar..round2 kejap..beli nasik, aku pun kuar nak balik. Dah la barang berat, dengan nescafe gold sebotol, vitagen anak-anak lagi itu lagi ini lagi, kete pulak jauh manahala. Sedang aku gigih jinjing barang jalan nak pegi kete, tiba-tiba aku perasan ada lelaki sorang belakang aku. dup dap dup dap

konon xnak bagi dia nampak, aku jalan celah2 kete, dia jalan ikut laluan aku jugak
dup dap dup dap
dan2 teringat macam-macam kes aku baca tadi
dup dap dup dap
dan2 teringat 2,3 hari lepas ada rompakan bersenjata kat Giant ni
dup dap dup dap
dan2 jugak teringat 2,3 tahun lepas ada pompuan mati kena tembak dengan perompak kat parking Giant ni. sumpah aku ingat kes tu sebabnya : 1 - Giant tu tempat kitarang beli barang dapur sebelum kewujudan Tesco Rawang. 2- arwah pompuan tu nama Shamiza (bih kurang nama Aja), kete yang perompak tu rampas pulak kancil plat KBD (masa tu Aja bawak Kancil plat KBG) Jadi mak aku kat kampung menggelabah. Telefon sana sini risau.

Lama nau aku teringat ni..pusing blakang. ada lagiii!!!! Kali ni dah xbleh pikir apa-apa lagi. Berdebar macam nak luruh jantung, hati, limpa,pankreas dan buah pinggang. Dah la muka dia macam samseng Kampung Dusun.

Apa lagi..aku pun..
kepukkk kepakk kepukkk kepakkkk
Berlari uols. Berlari bersungguh2 dengan kasut tumit tinggi 2 1/2 inci dan barang yang berat. Tak pikir apa dah....sampai kete terus gigil2 bukak pintu, masuk gear, undur dan jalan.

melalui cermin pandang belakang, aku nampak lelaki tu cekak pinggang kat tengah jalan, pandang je....pastu bukak pintu 1 kete wira dan masuk.

Ya rabbi...dia nak pegi ambik kete dia rupanya. Aku je yang perasan mcm orang tu konon2 nak culik/rompak/bunuh aku semua. ohhh malunya...semoga dia lupa no kete aku.
(rasa macam nak masuk kepala dalam plastik hitam je)
Menggelabah sangat aku ni kekdahnya...dah tahap biawak punya gelabah dah ni.
>_<

Dengan kaki tangan badan masih gigil2, aku drive balik ofis. Pastu aku terpikir "motip apakah aku drive blk opis???kan ke aku berhajat nak blk umah tadi?"

berderau darah bila bukak inbox fb tadi. Terkejut katak jadinya. sebab apa? sebab dapat msg dr orang tak diundang. tapi dah lama. hari ni baru aku tgk.

kepada yang berkenaan.. (aku tau kau baca!)
ko nak apa lagi ha? xpyh nak baca2 blog aku ni la. orang yang baca ni pun xde tau nya kau tu sapa. bknnya aku ada tepek gambo ko kat sini pun. bknnya aku sebut nama ko terang2 kat sini pun. xde sapa kenal ko. xpyh nak tgk2 fesbuk aku. xpyh nak baca2 blog aku. tak payah nak anta2 mesej segala. xpyh semua! xpyh! xpyh!
sila buat blog sendiri.

best la kan dapat gelak pusing2 kat aku. gelak la gelak byk2. yela ko menang. aku yg bengong. dah tu ko nak apa lagi? nak 1 dunia pulak gelakkan aku? baru puas hati?

Hidup ke aku mati ke aku itu bukan urusan ko. bkn hal ko. tak payah ko tau dan ambik tau.

Memang aku xkan lupakan ko. xkan lupakan apa2 pun. tapi ko xpyh sibuk2 nak tau apa yang aku rasa. xpyh nak ambik tau apa2 tentang aku. jaga je la bini ko tu baik2. aku benci kau. aku benci keturunan ko. aku harap keturunan aku xkan jumpa keturunan ko dimasa depan. di alam mana sekalipun aku akan tetap benci ko.

Titik.

Template by:

Free Blog Templates