Walopun dah 10 bulan, tapi bila tengok cermin tak dela perubahan sangat pun. Dah rasa membazir segala benda. Membazir duit, masa dan tenaga. Masa mula-mula dulu memang turun. 2minggu aku join berat aku dah turun 5kg. Jakun sangat rasanya. Mana-mana pegi orang akan tegur dah kurus..dah kurus… (tenggelam di dalam pujian rasanya) tapi pastu, terus dia menten macam tu. Turun tak..naik pun tak.. ok aku dah kena plateau haa…aku ingat inilah perkataan yang cikgu senaman suruh aku cari masa aku mula-mula sign contract dengan dia, tapi harom aku tak jumpa sebab aku tak tau eja macamana… sekarang berkat pembacaan yang mendalam, aku dah jumpa perkataan ni dan maksudnya malangnya aku tak ingat macamana cara sebutannya pulak. kehkehkehkeh
Dah aku jadi putus asa, lama aku tak g gym, macam menyampah tengok orang dan alat-alat kat gym tu. (motip sangat nak rasa begitu) Aku makan suka-suka hati sampailah satu hari aku jatuh sakit dan masa tu tak de orang pun pedulikan aku. (memang la pahit yang amat, tp itulah realitinya) kau tergolek kat tengah rumah pun, orang langkah je sambil jerit makanla ubat..makan la ubat… masalahnya aku nak p beli ubat pun tak daya. Masa tu aku terfikir, aku tak boleh sakit dan aku kena sihat sentiasa. Harapnya begitulah. Sihat sentiasa. Masa tu berat kembali naik. Dan dari itu, aku bertekad nak buat balik semuanya untuk diri sendiri. Kalo dulu aku buat semuanya dengan harapan bila aku kurus nanti, En Non akan kembali semula. Tapi sekarang aku kena berpijak di bumi yang nyata.Tak payah nak terbang-terbang di awan biru lagi.
sekarang aku mau buat semuanya untuk diri aku sendiri. supaya aku sihat dan kurus supaya aku dapat pakai baju yang aku suka, selain senang bergerak dan rasa yakin di khalayak ramai. (yakin bukan berarti perasan comey mehehehe)
Bukan untuk cun sebab kau dah memang dilahirkan tak cun, kau kurus ke gemok ke tetap huduh. Dan bukan untuk mencari bopren baru, sebab kau dah tuo pun, kalo ada orang nak, adala…tak de sudah. Mahu bersyukur aja dengan apa yang ada sekarang supaya hidup lebih gembira gitu.
10 hari pertama lepas aku ‘terjaga’ . Aku baca itu dan ini sampai aku kenal apa itu BRM dan DCR. Fine…bozo sangat kekdahnya (haa gelak la…gelak ) Aku kira BRM dan DCR aku dan tulis satu satu apa yang aku makan. Aku search satu-satu jumlah kalori dalam setiap makanan (kalo derang tipu, maka teraniaya lah aku kehkehkehkeh) dan makan dengan berjadual. Ewah macam sekolah asrama pulak..ada jadual waktu makan.
Kelihatan tabah sangat kan, makan tengahari macam ni. Sayur dan ikan rebus. Aku bukanlah pemakan sayur tapi kena paksa diri. Sayur baik untuk kesihatan.
Aku beli supplemen itu dan ini. Dan disiplinkan diri 4 hari ke gym. Mau 2 kali angkat berat, tapi segan pulak rasanya nak angkat-angkat berat ditengah orang ramai. Lalu aku ambik inisiatif masuk kelas. 2kali latihan beban dan 3kali cardio (2x kelas body combat dan 1 kali buat sendiri). Taknak la over sangat..sian kat badan ni ha..nanti sakit sebab senaman pulak. Hasilnya hari ahad lepas aku timbang, ada kurang sikit 2kg. Takpolah slow sikit, tak de apa nak dikejarkan pun.
Bukti kegigihan
Minggu ni sambung buat lagi…nak usaha lagi dan lagi dan lagi. Selagi terdaya aku nak usaha gak sampai berjaya kurus. Walopun kejayaan tu ketika usia aku 64tahun.
Hehehe