Laku betul entry aku tentang kolagen. Hari-hari memang ada
orang search.
Sekarang aku tak minum kolagen serbuk-serbuk lagi dah. Bukan
tak bagus. Bagus…semua kolagen pun bagus tapi aku TER berkenalan dengan makanan
kesihatan lain pulak. Apalagi kalau bukan rumpai laut a.k.a seaweed. Glamer menda alah ni
sekarang. Mana-mana pun ada orang jual. Tapi online la..jangan la kau cari kat
Kedai Runcit Haji Kasim, memang la tak de jual.
1st time aku beli rumpai laut ni masa kat MAHA2012. Dia jual 250gm = Rm25. Aku anggap itu murah. 250gm tu boleh tahan
sebulan..tu pun lepas share sorang separuh dengan mak. Katanya rumpai laut ni
pun bagus untuk orang darah tinggi, jadi aku bagi separuh kat mak.
Ini rupa paras bahan mentah berkenaan. nampak macam maruku kan.. |
Ini pulak rupa paras lepas direndam 8 jam. Kembang 2x ganda. Hambik kau sebesen... mana aku tau dia nak kembang sebegini rupa |
Lepas dah kembang sebegini, sila rebus. Tapi sampai sekarang aku tak terer nak sukat air. Kadang-kadang jadi lembik, kadang-kadang jadi keras elok. Aku pasrah je la..lembik pun lembik la..
Kendian, tapis. Sisa tu jangan la buang. Simpan. Buleh
guna untuk tepek muka tiap-tiap malam. Jimat duit kita kan.
Bila simpan dalam peti
sejuk, dia jadi macam jeli. Kesannya ada budak terliur. Dia ingat jeli.
Muahahaha kena tipu ke nakkk?
Aku malas nak senaraikan kebaikan rumpai laut ni. Sebab uols
search je ‘kebaikan rumpai laut’. Berjela-jela keluar. Ayat sama je..men kopi
pes je depa pun hehehhehe..jd aku malas nak kopi pes jugak. Sebab aku cuma nak
share pengalaman aku je.. benda baik harus dikongsi bersama. Ye dok?
Lepas sebulan lebih aku minum/makan. (Minum ke makan ye..)
rumpai laut ni, kesannya bintik-bintik cokelat diwajah semakin pudar. (jangan
harap la aku nak tepek gambo disini..malu
aih). Lepas tepek kat muka,
otomatik kita akan Nampak muka kita putih dan bersih berseri.
Tapak kaki yang pecah-pecah umpama bekerja dibendang itu
juga sudah hilang.
Tapak kaki aku pulak sebelum ni pucat/kuning. Ingat lagi,
abah aku kata tapak kaki mcm mayat (tidakkkk). En. F teman sekerja aku pun penah
tegur. “ siti, kenapa
kaki siti tak merah, sepatutnya tapak
kaki merah”. Agak khinzir teguran tu ye.. Gigih nak skodeng tapak kaki aku dah kenapa? ko nak cakap apa sebenarnya.. pree
pree je kena maki dengan aku. Tapi sekarang tidak lagi…ia sudah merah
berseri-seri. Begitu jugak tapak tangan.
Saya suke!saya suke!
Mak pun kata ok. Tekanan darah tinggi dia turun.
Jadi aku pun beli stok baru. Aku beli kat sini. Tapi kali ni beli yang kaler
purple pulak. Sis yang jual tu cakap, yang kaler purple ni lagi bagus dari yang
kaler kuning. Tapi bau dia kuat sikit. Hambik 1kg
terus aku borong.Bahagi sorang separuh dengan mak. Harapnya tahan la sampai
tahun 2016 kehkehkehkeh
Tapi,bila sampai je bungkusan dari Sabah tu, aku pun bukak.
Ya Rabbi, bau dia punya la kuat. Memang tak macam yang kuning. Yang kuning tu
tak bau pape. Dah katanya asli belum diproses, memangla gitu.. Tapi, usah khuatir ye puan-puan…bila kita rendam 8 jam dan basuh
berkali-kali, pastu bila masak, kita masukkan hirisan lemon sepotong
dua..semuanya akan ok. Tak de bau lagi. Tinggal bau lemon yang menyelerakan.
Maka kita boleh telan dengan sepenuh perasaan.
Cara aku, aku ambik 3sudu besar,
lenyek-lenyek + madu + lemon + air, minum tiap-tiap pagi pukul 6.30am (siap ada waktu khusus tu hehe) dan sebelum tidur.
Kat mak, aku pesan supaya beliau masukkan daun pandan sebab
aku tau rumah mak takde lemon. Tak macam rumah ai, ada pokok lemon belakang rumah *mimpi sangat*
Ini rupa paras yang kaler ungu bila direndam. Nampak lain macam sikit kan.. erk.. |
Bila siap dimasak dan disejuk bekukan.Hirisan lemon sebesar alam.. |
//mak, tak lama lagi kita dua akan cun togeder-geder persis
Neelofa & maknya wahahahhahaha
2 comments:
SAlam..maaf dn tumpang promote..sesiapa berminat Pure Marine Collagen (rumpai laut) bagi Gred AA Kuning dan Gred AAA Purple boleh contact/ sms / whatsapp : 0139611777
100g x 1 pek Rm10 Gred AA
100g x 1 pek RM 12 Gred AAA
* Free Postage ye
boleh..boleh..xdek masalah :)
Post a Comment