Wednesday, June 6, 2012

Misteri Seorang Makcik

Pada hari ahad yang lalu... (hamboihh dah macam Laporan Tahunan Pengakap)
sambung balik, sebelum tido, boring-boring aku pun bukak 1 forum glamer ni. Baca pun lebih kurang je la..cari topik-topik menarik buat menghilangkan boring. Mengantok je terus padam lampu, on lampu bunga, tarik selimut, baca doa sikit-sikit dan mulakan aktiviti membuta.

Baru tido-tido ayam tiba-tiba wajah sorang pompuan tua muncul. hoh! aku bukak mata.
pusing ke kiri pulak, pejam mata balik. Muncul lagi wajah itu. hoh lagi!
pusing kanan pulak, pejam mata balik. Terlelap kejap, plappp muncul lagi. Aku bangun dan duduk di katil. Skeri je muka tu...walaupun gambar passport biasa tapi airmuka tu sgt menakutkan. macam renunggg je kat kita.
Muka sapa ni??? tak kenal pun.

Duduk berfikir barang seminit dua, baca itu dan ini, on balik lampu besar dan tido dalam keadaan lampu terang benderang.
(hambik! Becerah sampai ke pagi. karan kakmiza bayar, padan muko beliau kehkehkehkeh)

Tapi belum sempat pagi, aku mimpi. Macam sedar tak sedar aku nampak pompuan tua tadi duduk kat sofa sebelah katil. Terus terkejut jaga. Apakah??? Sambil dalam hati bercakap - kau sape makcik?? kau nak apa?? (serius aku cakap KL dalam ati...key eeel sangat -_- )

Sebab mengantok aku terlelap balik. Dan tiba-tiba terjaga lagi. Kali ini terjaga tanpa sebab. Bangun dan duduk di katil lagi sambil berfikir sapa makcik ni...mana aku tengok muka dia..kalo aku tak penah tengok dia, mustahil dia akan datang berulang-ulang kali. Gaya ni macam otak aku dah scan muka dia.

Laaaamaaaaa baru teringat...ooo muka makcik ni aku tengok dalam forum tenet tadi...Makcik ni mati eksiden. Jadi muka dia terpampang di satu topik di forum berkenaan. Ya Rabbi...abih tu apa kena mengena dengan aku?? aku baca je kot, takde pun kata apa-apa.

Masa mana ntah aku tertidur aku pun tak tau. Sedar je dah 6.30am. Tu pun sebab alarm henpon asik memekak tot tot tot tot...
Cuba ingat kembali, dalam tido yang sekejap cuma tu pun aku mimpi makcik tu berdiri bawah pokok..tengok je kat aku. Apa yang makcik tu nak terus jadi misteri hingga ke hari ini.. mungkin otak aku je kot terlebih scan gambar tu.

Lepas aku cite kat kakmiza, wajah tu xdatang lagi. Syukurlah...

Pengajarannya, aku xmau baca berita eksiden atau lain-lain yang menakutkan lagi sebelum tido.

// hari tu aku block sorang kawan kat fesbuk. Dia bagi aku msg selamat malam dengan link sekali. Aku bajet link gambar bebe ke bulan ke bintang ke hapa ke..sekali bukak gambar pocong close up. *&*!@### betul la. Terus aku lompat bangun, tarik langsir, tutup tingkap rapat-rapat dan on lampu. Sejuk kejang sampai ke kaki rasanya. Tak byk cite terus aku block dia. hambik. padan muka kau. seminggu aku dibayangi muka pocong tu. Memang sangat *&*!@###!

Template by:

Free Blog Templates