Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidil Adha

//semoga aku, mak & abah aku berada di sini jugak satu hari nanti. Harap sangat. Amin.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha @ Raya Haji @ Raya Korban
Kawan aku tanya apa beza raya aidil adha, raya haji & raya korban. Semuanya sama je moi...kekekkeke penin beliau...
Kampung kami tumbangkan 14 ekor lembu. Tak dapat bayangkan tangan tok imam lenguh menyembelih. Tak pe la tok..setahun sekali ye dakk...

Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, mohon berhati-hati dijalan raya. Kalo mengantuk sila tido, kalo tido sila berhati-hati jugak, penyamun penyangak banyak sungguh sekarang ni. Kalau aku ada kuasa sakti aku sumpah derang jadi tenuk.Jadi unta la bagus..blh buat korban unta. (aku tak penah makan unta...) Aku pun memandu pulang ke Merbok yu ols...semoga aku selamat sampai dan selamat kembali ke KL dengan jayanya nanti. Amin.
*sila senyum semua*
:)))

Mereka-mereka yang kesepian... :D

Akibat dilanda masalah keboringan ditahap yang melampau, lalu aku mengambil keputusan untuk mengonline yahoo chat. Oh sungguh memori yahamat. Dah bertahun kot tak chat mengechat ni. Sampai aku pun lupa camana nak masuk situ. Godek sana sini akhirnya berjaya masuk. Tapi aku online guna email lain le kan..takkan nak online guna email rasmi. ceh abihla...
Sapa yang aku jumpa? suami-suami yang kesepian..kehkehkehkeh kesiannn.. (kesian la sangat-montah!)
bininya kat Perth katanya... iyolah tu..kalo kau cakap bini kau kat Uganda pun aku cayakan je.. kihkihkh



ni lokel sikit..bini kat Kedah je...
dia kat Jakarta laaahh!! lenkali cakap la kat Amerika selatan ke..jauh sikit -_-
namanya Hafiz tapi perangainya Hampeh..penat je mak kau letak nama Hafiz

cari teman for fun katanya... Allah kasik anak bini pun tak cukup fun..esok-esok Dia ambik kesemuanya baru nak nangih leleh leleh
 Penat gelak kuk kik kuk kik sorang-sorang depan laptop, mengantuk pulak..kalo tak aku nak interbiu lagi derang ni. Esok-esok ingat nak jadi lelaki pulak, nak interbiu para gegel pulak. kot-kot ada terjumpa bini orang yang lakinya kat Jakarta ke..
//marilah kita berdoa supaya laki kita tak sebegini 
(kita?????)

Template by:

Free Blog Templates