Teringin nak pakai kasut tumit tinggi = Jalan jinjat jinjat kulu kilir sambil buat bunyi 'tok..tak..tok..tak..' ala-ala orang pakai heels
Teringin nak pandu kereta = Duduk atas mesin jahit bahagian bawah (tempat pijak tu) sambil pusing-pusing benda bulat yang macam stereng tu. ala-ala memandu kereta gitu
Teringin nak pakai lipstik = taram lipstik mak..kalo mak simpan dalam laci, guna asam boi kalerkan bibir kasik merah (gilo!)
Teringin nak pakai mekap = kalo berjaya taram lipstik mak, guna je tu buat eye shadow & blusher. Kalo tak, asah pensel warna,kat mata tu asah bagi jadi serbuk, tenyeh2 dan tepek kat mata
*pengsan*
Teringin berambut panjang = guna bahagian kain baju kurung, cari yang ada getah lebih senang..sarung kat kepala..haaa jadila rambut panjang.
Teringin kuku kilat-kilat = masa makan cucur goreng-goreng tu, minyak-minyak kat tangan tu jangan basuh, sapu kat kuku..cantik oooo :p
Teringin nak pakai cermin mata = paw cermin mata abah atau pun buat cermin mata guna lidi & daun kelapa
kretip sangat -_-
//dah tua sekarang, hambik kau kena pakai spek betul, tak pakai,buta la jawabnya.
lahai...rindu la pulak zaman kanak-kanak aku..kalo lah ada mesin masa....
>_<