Thursday, February 28, 2013

Kopi Putih Di Hari Dingin - Episod 2 (Siri 1)

Tahun lepas rasa tak lengkap je hidup..sebab tak pegi panjat tempat kegemaran hamba Cameron Highland. 
Jadi minggu lepas kami pun pergi melepaskan rindu dendam disana.  
hehe
Disebabkan aku sangat menyukai Cameron Highland, maka aku pun memanjatkan tiga doa :
1- Ya Allah..murahkanlah rezeki aku supaya aku dapat beli rumah kat sini, jadi aku buleh datang sini seminggu sekali
2 - Ya Allah, semoga aku dapat keja kat sini
3 - Ya Allah, semoga bos aku dapat projek kat sini, jadi aku buleh keje kat sini
aaamiiinnn
hehe
   Kami sampai lebih kurang pukul 1pm. Tapi tak boleh masuk pekan Brinchang sebab ada Le Tour de Langkawi. Hambik tersangkut dijalanan sampai pukul 4.
*mood sedikit terganggu ketika itu
 
Beberapa hari sebelum pegi, kami booking hotel kat Booking.com. 
Famili Studio di Country Lodge Resort, Brinchang 2malam = Rm496 tunaiiiiiii
Pandangan didepan hotel sewaktu siang. Kiri kanannya penuh dengan bunga. sesuai dengan manusia pencinta alam macam aku -_-
Pandangan ketika malam
Penampakkan 'makhluk' yang melintas dengan laju.. ya, makhluk yang bernama Adam, berumur 6tahun.
Family Studio ni ada 2bilik dengan 2 katil queen dan 2 katil single lengkap dengan balkoni...jadi kau buleh keluar lepak kat balkoni malam-malam tengok keindahan alam sebab terletak di atas bukit.
(kalo tiba-tiba ada yang terbang melintas, mohon jangan salahkan aku..hehe)  

Kisahnya sebelum kami pergi, aku sempat search mengenai hotel ni. Ada yang kata hotel ni keras. Ada Cik Pon katanya. Maka takutlah mengenangkan aku kena tido sorang kat bilik nanti. Tapi peserta rombongan lain semua tak mau tukar hotel, jadi aku bertabah saja sambil memanjatkan doa Cik Pon tak memunculkan diri depan aku.

Jadi sebaik saja kami dapat kunci, aku terus baca ayat kursi banyak-banyak. Dari tangga ke pintu bilik hinggalah masuk ke dalam bilik macam-macam ayat aku baca...orang penakut memang sebegitulah pe'elnya.
Abaikan keadaan yang bersepah tu. Yang pink tepi katil tu beg mek anis. Masuk je bilik terus campak. Atas kerusi tu pulak sweater kami semua.*ketika gambar ini diambil, aku sedang baca ayat kursi lagi* :p
2 katil queen
Ada kerusi rotan diletakkan dibawah tv.. jadi kalau nak tengok tv kena melangut ye :p
Ini pulak pandangan didalam bilik
Abaikan segala mak nenek yang bersepah tu. Katil ni sebenarnya dijarakkan. Ada meja kecik kat tengah-tengah..tapi aku tolak bagi rapat. feeling ala-ala rumah sendiri
Ini pun diletakkan di dalam bilik...ala-ala dapur. tepi tu bilik air. Jadi, aku kena duduk di dalam bilik yang lebih kurang bilik bibik. siap rak dapur kat tepi katil  >_<
Balkoni
Pandangan dari balkoni..
siap ada bunga api uols...hehe.. ini sempena chap goh mei je kot.. jangan nanti kau duduk sana 4 malam tunggu bunga api..memang tak dela
mek anis sempat bergedik di tepi tingkap bilik
Dua malam kami kat sana, alhamdulillah tak de apa-apa gangguan. Tiap kali aku terjaga tengah malam, mesti aku pandang sekeliling, kot-kot tetiba nampak rambut panjang dok tido sebelah ke. Pengsan. Tapi syukur tak de apa-apa. Mungkin derang malas nak kacau kami sebab kami bawak 2 manusia kecik yang bising nak mampos kat dalam hotel. 
siap main masak-masak, pasir kaler segala kat balkoni rumah. Tu belum lagi berlari terjerit-jerit lompat katil.  Hantu tengok pun boring.
atau mungkin cerita tentang makhluk-makhluk halus ni cuma kabar angin. Mungkin juga pihak hotel dah usir mereka sebab duduk free kan..banyak cantik muka kau nak duduk free kat hotel. Boleh jadi geng Cik Pon sudah berpindah ke hotel lain atau sudah bergabung dengan Cik Ta dan jadi artis terkenal.

Aku Bukan Hantu

Sekadar bercerita...
Di satu malam yang permai, aku dengan hati yang tenang dan lapang telah ke satu tempat kesukaan orang ramai. Di celah-celah orang ramai, tiba-tiba aku terpandang seorang hamba Allah yang aku kenal.
“eh nak tegur la…” kata hati aku sambil tersenyum lalu aku berjalan terkedek-kedek ke  arah hamba  Allah berkenaan. Di depan hamba Allah itu ada cermin, dan aku dapat lihat dengan jelas dia nampak aku. Aku lambai-lambai. Lambaian yang bersopan, bukan yang angkat tangan tinggi-tinggi.
Tiba-tiba..zasss dia memaling ke  arah lain dan cepat-cepat berjalan. Sangat ketara beliau cuba lari dari aku. Aku berhenti berjalan, biarkan dia berlalu pergi dengan 1014 (seribu empat belas sahaja) persoalan. Kenapa macam tu? Aku nak tegur je, bukan nak kutip hutang… seingat aku, aku tak de buat salah kat dia..mungkin ada..dan aku terlupa..mungkin..mungkin jugak dia memang tak suka aku pun..mungkin.  mungkin dia tak perasan langsung aku kat belakang dia, aku je sentap terlebih. Mungkin dia ingat aku nak mengorat dia...atau mungkin ada makhluk lain kat belakang aku, makanya dia takut (pengaruh filem hantu tempatan)…mungkin.

Di satu hari yang lain pula, aku berjalan di sebuah pusat membeli belah yang takde la terkemuka sangat di pinggir ibu kota. Di setiap saat dan ketika aku perasan orang pandang-pandang aku. Tua muda jantan betina. hokey, sekarang kau cakap aku perasan gila kan? Tapi ini serius. Aku masuk toilet, tengok cermin, pelik sangat ke aku. Entahla. Aku boleh terima kalau ketika masa kejadian aku pakai baju dan tudung 4 lapis warna warni. Tapi bila aku cuma pakai baju kurung kaler pink dengan tudung bawal warna putih, tindakan mereka memandang aku atas bawah adalah amat menjengkelkan. Extra jengkel, bila aku pandang balik, mereka tak nak pandang ke arah lain. Cover la sikit kan.. 
Dan bila aku senyum ke arah mereka, zass mereka segera memandang ke arah lain. ok, itu extravaganza jengkel.
Apa salah aku? muka aku macam hantu sangatkah? atau ada hantu atas bahu aku?.. (pengaruh filem hantu korea..

Pada satu tengahari pula, aku berjalan sendirian di kawasan parking pejabat. Aku terdengar suara lelaki berbisik-bisik. 
"blablabla..kereta putih ni, no kedah.." (macam bercakap tentang kereta aku je..)
"blablabla tingkat 2..blabla.." (ok..ofis aku tingkat 2)
zass!!!sepantas kilat aku memandang ke belakang. Aku terpandang kelibat 2 manusia sepantas kilat juga menyembunyikan diri di sebalik tiang. Aku dilanda kekeliruan. 
Aku pusing balik dan teruskan perjalanan ke kereta.
 "dia nampak kita ke.."
"xtau la..tp pelik kan..aku blablabla"
"ah..tula pasal..blablabla"
*blablabla mewakili butir bicara mereka yang aku tak dengar
"sapo ni..." hati aku berkata begitu..
Suasana sepi. Aku pusing dan cuba mendapatkan kedua-dua lelaki berkenaan. Berjalan laju ke arah tiang yang melindungi 2 manusia misteri itu.
"dia datang..dia datang..blah blah blah"
kepuk kepak kepuk kepak..2 lelaki berlari sambil tersengih memandang aku.
Langkah aku terhenti. Aku pandang kedua-duanya dengan 1026 (satu ribu dua puluh enam sahaja) persoalan. Pelik, marah dan takut.Aku pandang pula sekeliling.
kepuk kepak kepuk kepak..aku pulak berlari ke kereta. Sehingga ke hari ini, aku masih belum tau siapa mereka. Kalau mereka tak cakap pasal aku, kenapa lari?
Mungkinkah ada pocong dibelakang aku? (pengaruh filem hantu Indonesia)

Sesungguhnya ketiga-tiga situasi di atas sedikit sebanyak memberi aura negatif dalam diri aku.
ok..beri ruang untuk aku sentap sebentar.
>_<

Template by:

Free Blog Templates