Thursday, February 28, 2013

Aku Bukan Hantu

Sekadar bercerita...
Di satu malam yang permai, aku dengan hati yang tenang dan lapang telah ke satu tempat kesukaan orang ramai. Di celah-celah orang ramai, tiba-tiba aku terpandang seorang hamba Allah yang aku kenal.
“eh nak tegur la…” kata hati aku sambil tersenyum lalu aku berjalan terkedek-kedek ke  arah hamba  Allah berkenaan. Di depan hamba Allah itu ada cermin, dan aku dapat lihat dengan jelas dia nampak aku. Aku lambai-lambai. Lambaian yang bersopan, bukan yang angkat tangan tinggi-tinggi.
Tiba-tiba..zasss dia memaling ke  arah lain dan cepat-cepat berjalan. Sangat ketara beliau cuba lari dari aku. Aku berhenti berjalan, biarkan dia berlalu pergi dengan 1014 (seribu empat belas sahaja) persoalan. Kenapa macam tu? Aku nak tegur je, bukan nak kutip hutang… seingat aku, aku tak de buat salah kat dia..mungkin ada..dan aku terlupa..mungkin..mungkin jugak dia memang tak suka aku pun..mungkin.  mungkin dia tak perasan langsung aku kat belakang dia, aku je sentap terlebih. Mungkin dia ingat aku nak mengorat dia...atau mungkin ada makhluk lain kat belakang aku, makanya dia takut (pengaruh filem hantu tempatan)…mungkin.

Di satu hari yang lain pula, aku berjalan di sebuah pusat membeli belah yang takde la terkemuka sangat di pinggir ibu kota. Di setiap saat dan ketika aku perasan orang pandang-pandang aku. Tua muda jantan betina. hokey, sekarang kau cakap aku perasan gila kan? Tapi ini serius. Aku masuk toilet, tengok cermin, pelik sangat ke aku. Entahla. Aku boleh terima kalau ketika masa kejadian aku pakai baju dan tudung 4 lapis warna warni. Tapi bila aku cuma pakai baju kurung kaler pink dengan tudung bawal warna putih, tindakan mereka memandang aku atas bawah adalah amat menjengkelkan. Extra jengkel, bila aku pandang balik, mereka tak nak pandang ke arah lain. Cover la sikit kan.. 
Dan bila aku senyum ke arah mereka, zass mereka segera memandang ke arah lain. ok, itu extravaganza jengkel.
Apa salah aku? muka aku macam hantu sangatkah? atau ada hantu atas bahu aku?.. (pengaruh filem hantu korea..

Pada satu tengahari pula, aku berjalan sendirian di kawasan parking pejabat. Aku terdengar suara lelaki berbisik-bisik. 
"blablabla..kereta putih ni, no kedah.." (macam bercakap tentang kereta aku je..)
"blablabla tingkat 2..blabla.." (ok..ofis aku tingkat 2)
zass!!!sepantas kilat aku memandang ke belakang. Aku terpandang kelibat 2 manusia sepantas kilat juga menyembunyikan diri di sebalik tiang. Aku dilanda kekeliruan. 
Aku pusing balik dan teruskan perjalanan ke kereta.
 "dia nampak kita ke.."
"xtau la..tp pelik kan..aku blablabla"
"ah..tula pasal..blablabla"
*blablabla mewakili butir bicara mereka yang aku tak dengar
"sapo ni..." hati aku berkata begitu..
Suasana sepi. Aku pusing dan cuba mendapatkan kedua-dua lelaki berkenaan. Berjalan laju ke arah tiang yang melindungi 2 manusia misteri itu.
"dia datang..dia datang..blah blah blah"
kepuk kepak kepuk kepak..2 lelaki berlari sambil tersengih memandang aku.
Langkah aku terhenti. Aku pandang kedua-duanya dengan 1026 (satu ribu dua puluh enam sahaja) persoalan. Pelik, marah dan takut.Aku pandang pula sekeliling.
kepuk kepak kepuk kepak..aku pulak berlari ke kereta. Sehingga ke hari ini, aku masih belum tau siapa mereka. Kalau mereka tak cakap pasal aku, kenapa lari?
Mungkinkah ada pocong dibelakang aku? (pengaruh filem hantu Indonesia)

Sesungguhnya ketiga-tiga situasi di atas sedikit sebanyak memberi aura negatif dalam diri aku.
ok..beri ruang untuk aku sentap sebentar.
>_<

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates