Thursday, November 3, 2011

Minggu Tekanan

2 minggu lepas membawak ke minggu ni dinamakan sebagai minggu tekanan. Minggu stress. Mungkin tekanan keje yg melampau disamping orang2 sekeliling yang menyakitkan hati. Tak payah cite panjang-panjang. Buat menyakitkan hati je. Kesimpulannya aku gigih cari keje lain. Pris dapat tau, terus dia menyelowtalkkan diri dengan aku.(hambik perosak bahasa bersuara)

Tapi aku ada pengalaman termakan pujuk rayu pihak pengurusan bila aku hantar surat resign tapi akhirnya aku ditendang tanpa rasa bersalah oleh mereka dengan notis seminggu SAHAJA. Ok, semoga Tuhan merahmati mereka (sedang berfikir buleh ke aku mendoakan non muslim, maklum la..makcik siti xbijak orangnya)
Kali ni aku lebih berhati2. Insyallah. Pengalaman mendewasakan kekdahnya. Insyallah aku tak mau terkena lagi. Mohon Allah memberi petunjuk. Amin. (sila aminkan secara berjemaah pls)

Pris pesan hidup kita ada pasang surutnya. Adalah normal bila kadang-kadang kita berasa stress dengan keadaan sekeliling. Jangan buat keputusan terburu2. (dia cakap omputih la kan... )
Iyolah tuu....

Tak tau la aku ni oversensitip ke apa. Selalunya tak delah aku sampai mengadu kat bos. Mcm bagus la pulak. Sindrom penghujung usia kah?
/no

Tapi orang-orang kat ofis membuat kesimpulan aku baru putus cinta. sebab tu stress sangat kata mereka. Lagi pulak aku suka sangat dengar lagu Unbreak My Heart.. mesti ada sesapa dah hancurkan hati aku ni. Pandai je speku derang ni. motip sangat putus cinta tu.. tak sesuai tau /hmm

Hari ni aku stabil sikit. Buleh bercakap, makan semeja sambil bergurau senda dengan hincik yang menekan otak aku tu. Kira ok la tu.
(cik chiti ini sedang cuba bersikap profesional okey..mohon beri kerjasama)

Mood sekarang - tak sabar nak balik kg sambut raya haji..walopun sebenarnya hingga ke saat ini 3/11/10 3.15pm cuti aku belum approve lagi..tapi aku nak selamba je cuti bermula sabtu ni hingga rabu depan. Aku nak raya sakan disamping ibu bapa terchenta. Aku bertekad sesuatu (tak buleh habaq kat sini) Mohon Allah beri kekuatan. Amin lagi.
/please

Template by:

Free Blog Templates