Sunday, September 25, 2011

Ahad - Tulis blog sambil dengar lagu Akim

'aku akan selaluuuuuu....menjaga dan mencintaimuuuuuuu...aku janji padamuuuuu...takkan menduakan muuuuuuuuu'
Lirik lagu je Hasnita oiiii. Bukan luahan jiwang. Kata tengah dengar lagu Akim.

Hari ahad sudah hampir ke hujungnya. Jap lagi malam. kejap jeee... >_< Hari ni aku bangun awal Jah. Pukul 5.00 am dah selamat bangun. Semayang subuh sebaik azan bergema gitu. Selalunya ahad lain, siapla memaksa diri nak bangun. Ahad ni terpaksala bangun demikian begini punya awal. Apa nak buat keje tak siap. kang sapa nak tolong aku. Jadi hari ni menghabiskan masa dirumah saja. Siapkan keje. Nak kuar soping dan bersosial pun tak buleh (tak de duit sebenarnya..maklum la ujung bulan kehkehkehkeh) Jap lagi nak gosok baju keje plak. Laaaa....dah kena keje ke esok? nak cuti lagi sebulan buleh?
Ini longgokan baju yang kena gosok. Seminggu punya stok. Hamboih macam 10 orang pakai. Padahal kakak ni punya baju sorang je dik..


Sambil gosok sambil makan tempe goreng gitu. Barulah lebih bertenaga menggosok. kang malam ni nak makan salad buah pulak. (Tunggu Aja bawak balik buah tembikai hehehehhehe)

Template by:

Free Blog Templates