Showing posts with label MeMyselfnI. Show all posts
Showing posts with label MeMyselfnI. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Siri Propa : I bz sangat-sangat tau

Salah 1 cara untuk menjauhkan diri kita dari orang yang kita tak suka/boring/menyampah dan sebagainya ialah dengan buat-buat sibuk. Kononnya dalam ofis tu hanya ada kau sorang yang bekerja. Kau lah bos, kau la macai..jadi sibuk bebenor sampai tak sempat bernapas.
*gituw..*

trett..treettt...wasap masuk
"hi u..salam"
Sila jawab 4jam kemudian
"wsalam..sori i bz sikit"

tittt... mesej FB masuk
"nape xonline?"
Sila jawab 3hari kemudian
"sorila..i bz sikit sekarang ni..fb pun jarang bukak sekarang..nanti bila i free, kita chat ye"
(macamla org tu xtau kau online hari-hari, asyik like sana like sini..tapi sila buat-buat macam orang tu tak tau apa-apa..)

tutt..tuuuttt...sms masuk
"u, jom g lunch..lama xjumpa"
Sila jangan jawab langsung. Atau paling cepat jawab 12jam kemudian
"eh..sorila u...i baru perasan sms u..sori sori sangat2... bz sikit sekarang ni"

tenengggg..tenengggg..call masuk
Pedulikan!

Amalkan selama 3minggu berturut-turut..lama-lama orang tu akan boring dengan kau sebab asyik sibuk memanjang. Kalau dia bijak, dia akan faham kau tak mahu kawan dengan dia lagi lalu dia menjauhkan diri dengan sendirinya.

Jadi Liana, ini karma kamu! 
*sonyum yo la*

Friday, August 30, 2013

besday saya

30/8/2013

Happy birthday to me!
Syukur masih bernafas. Nampaknya mimpi-mimpi semua tu mainan tidur je..
lega makcik.. mehehehe

wajah wanita berusia 30tahun >_<


Wednesday, August 21, 2013

Senarai Harapan Terbaru!

Lamanya tak de senarai harapan. Ada sebenarnya tapi tak boleh kat sini. Maluuuu.... tu yang tak tercapai tu :P 
Sebab mengikut pengalaman, kalau nak apa-apa tulis kat sini, Insyallah lama-lama pastu mesti dapat. Gitu...
ala-ala buku Imzan What If. 

Ok, ini senarai harapan yang paling terbaharu. Gelang Pandora. 
Mesti dapatkan yang macam ni..

atau macam ni..
atau nak susun sendiri charm mengikut kehendak hati. Pilih charm mengikut apa yang berkaitan dengan diri kita atau memori kita... harusla aku gantung macam-macam.. banyak memori katanya.

Dear Kakak, tengok saya dah tulis. Tak lama lagi mesti dapat. Mohon anda jangan jeles dengan gelang Pandora saya. yeeeehaaaaa 

Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya!
oi dah bertahun tak meroyan disini. sempena syawal yang mulia ni, nak meroyan kejap la.. (sambil meroyan sambil tempek gambar)

Hari ni dah 13/8/2013. Ada lagi 17 hari sebelum menjelang birthday aku yang ke30. ok, sesungguhnya beberapa langkah ke umur 30 tahun amatlah mendebarkan. Bukan sebab risau jadi andartur. Bukan. Itu...ahkak dah ready..adik2 jangan risau ye.. Ada sorang kenalan lelaki aku berumur 25tahun selalulah ejek aku sebab umo aku yang hampir menjelang 30tahun..aku tak tau apa dosa menjadi wanita bujang berusia 30thn sehingga perlu disindir kulu kilir. Tapi aku dah tak kawan dengan dia lagi sekarang sebab bagi aku dia cuma bagi aku impak negatif Aku cuma kawan dengan orang2 yang memberi impak positif sahaja.. ia baik untuk kesihatan.
hehe

Berbalik pada cerita tadi. Sejak kecik..sekolah rendah macam tu.. aku selalu mimpi ada orang datang bagitau aku akan mati sebelum berumur 30tahun. Bukan sekali dua bermimpi. Tapi berkali-kali..sehingga tidak terkira kalinya. Ketika aku terlantar sakit di hospital masa tingkatan 2.. aku mimpi benda yang sama. Tak tau siapa (perempuan- kadang-kadang perempuan tua kadang-kadang perempuan muda) datang bagitau "jangan risau, hang takkan mati lagi sekarang..nanti dekat umur 30 baru hang mati" katanya.
Dulu aku rasa benda ni sangat kelakar. Setiap kali terjaga dari mimpi, aku gelak-gelak...sebab aku rasa takpe..jauh lagi nak ke umo 30 tu..
Tapi sekarang semua tu sangat menakutkan kamu tahu.
Harap-harap ia cumalah mainan tidur.

Entah kenapa beberapa orang sekeliling aku sekarang seolah-olah mengharapkan aku cepat mati. Rasanya tak de pulak aku buat salah kat depa. ok, mungkin itu gurauan bagi mereka. Tapi disaat-saat macam ni...jadi sensitif hokey! Mungkin aku yang terlebih sensitif kot.
orang 1 - oi lama tak nampak kau, ingatkan dah meninggal
orang 2 - semoga kamu tenang disana.. alhamdulillah dah smp KL..tak payah sedekahkan alfatihah
orang 3 - hidup lagi kau ye

orang 4 - eh,bukan hari tu orang cakap dah meninggal ke..hahahaha ok, saya gurau je (gurau palotak hang!)
seolah-olah dalam hati mereka setiap saat berkata -"matilah kau liana!matilah kau liana!"
>_<
Takpe..nanti bila aku betul-betul mati korang semua boleh melompat setinggi awan sambil bersorak keriangan.Jangan lupa letupkan bunga api 4hari 4malam bagi meraikan kematian aku. Dah itu yang ditunggu-tunggu kan.

Setiap pagi, bangun tido aku buka tingkap dan pandang langit. Nak pegi keje, dalam kereta, pandang langit lagi..Dalam hati berkata..mungkin ini langit pagi terakhir aku.

Monday, April 15, 2013

Marilah mari...pergi mengundi

ish tak sabar pulak nak balik mengundi.. 1st time ni..
cewah bunyi macam muda remaja je kan..padahal..? 
=)

*undi saya rahsia hehe

Monday, March 18, 2013

Kelas Menjahit Pertama Kami

Semalam aku dengan kawan aku si Ita tu pegi kelas menjahit. Rasa macam wanita sangat taww gi belajar menjahit. Kami cuma belajar buat baju kurung tradisional..senang la lepas ni, buleh jahit baju kurung sendiri. Baju kurung tradisional je la..baju lain..harooommm tak reti.

Kelas bertempat di Meru,Klang. Sebenarnya kita boleh pilih nak belajar kat mana, sama ada kat rumah cikgu kat PD, Negeri Sembilan, rumah mak cikgu kat Meru, rumah mak mertua cikgu kat Tampin ataupun di rumah kita. Untuk baju kurung tradisional, yuran RM150. Bawak kain dengan benang je. Lain semua cikgu sediakan. Cikgu kami nama Puan Yanti. 

Start pukul 10am. Pastu kau buat la baju kurung tu sampai siap. Rehat satu jam, si Ita balik tengok anak dia. Akhirnya baju kami siap pukul 8.00pm. Tu pun xsiap sepenuhnya sebab dah letih yang amat. Kami belajar ambik ukuran, buat pola baju, belajar guna mesin, belajar jahit silang pangkah dan mata lalat. (ke mata ikan ye...apa ntah nama jahitan tu)
Harusla tekun...katanya tak nak jadi QS lagi dah mehehehehhehe
Ita bersama baju yang dia jahit
Aku dengan baju. Tak siap lagi masa ni, tapi dah gigih nak ambik gambo. Senyum sampai idung berkerut tu tandanya teruja yang hamat.
Lepas ni kami cadang nak belajar lagi. Aku nak ambik kelas buat kebaya, Ita nak belajar buat jubah. Apa-apapun, harapan dan impian sekarang ialah nak beli mesin jahit. 
nak beli mesin jahit...nak beli mesin jahit..... (sambil menadah tangan berdoa) :D

Thursday, February 28, 2013

Aku Bukan Hantu

Sekadar bercerita...
Di satu malam yang permai, aku dengan hati yang tenang dan lapang telah ke satu tempat kesukaan orang ramai. Di celah-celah orang ramai, tiba-tiba aku terpandang seorang hamba Allah yang aku kenal.
“eh nak tegur la…” kata hati aku sambil tersenyum lalu aku berjalan terkedek-kedek ke  arah hamba  Allah berkenaan. Di depan hamba Allah itu ada cermin, dan aku dapat lihat dengan jelas dia nampak aku. Aku lambai-lambai. Lambaian yang bersopan, bukan yang angkat tangan tinggi-tinggi.
Tiba-tiba..zasss dia memaling ke  arah lain dan cepat-cepat berjalan. Sangat ketara beliau cuba lari dari aku. Aku berhenti berjalan, biarkan dia berlalu pergi dengan 1014 (seribu empat belas sahaja) persoalan. Kenapa macam tu? Aku nak tegur je, bukan nak kutip hutang… seingat aku, aku tak de buat salah kat dia..mungkin ada..dan aku terlupa..mungkin..mungkin jugak dia memang tak suka aku pun..mungkin.  mungkin dia tak perasan langsung aku kat belakang dia, aku je sentap terlebih. Mungkin dia ingat aku nak mengorat dia...atau mungkin ada makhluk lain kat belakang aku, makanya dia takut (pengaruh filem hantu tempatan)…mungkin.

Di satu hari yang lain pula, aku berjalan di sebuah pusat membeli belah yang takde la terkemuka sangat di pinggir ibu kota. Di setiap saat dan ketika aku perasan orang pandang-pandang aku. Tua muda jantan betina. hokey, sekarang kau cakap aku perasan gila kan? Tapi ini serius. Aku masuk toilet, tengok cermin, pelik sangat ke aku. Entahla. Aku boleh terima kalau ketika masa kejadian aku pakai baju dan tudung 4 lapis warna warni. Tapi bila aku cuma pakai baju kurung kaler pink dengan tudung bawal warna putih, tindakan mereka memandang aku atas bawah adalah amat menjengkelkan. Extra jengkel, bila aku pandang balik, mereka tak nak pandang ke arah lain. Cover la sikit kan.. 
Dan bila aku senyum ke arah mereka, zass mereka segera memandang ke arah lain. ok, itu extravaganza jengkel.
Apa salah aku? muka aku macam hantu sangatkah? atau ada hantu atas bahu aku?.. (pengaruh filem hantu korea..

Pada satu tengahari pula, aku berjalan sendirian di kawasan parking pejabat. Aku terdengar suara lelaki berbisik-bisik. 
"blablabla..kereta putih ni, no kedah.." (macam bercakap tentang kereta aku je..)
"blablabla tingkat 2..blabla.." (ok..ofis aku tingkat 2)
zass!!!sepantas kilat aku memandang ke belakang. Aku terpandang kelibat 2 manusia sepantas kilat juga menyembunyikan diri di sebalik tiang. Aku dilanda kekeliruan. 
Aku pusing balik dan teruskan perjalanan ke kereta.
 "dia nampak kita ke.."
"xtau la..tp pelik kan..aku blablabla"
"ah..tula pasal..blablabla"
*blablabla mewakili butir bicara mereka yang aku tak dengar
"sapo ni..." hati aku berkata begitu..
Suasana sepi. Aku pusing dan cuba mendapatkan kedua-dua lelaki berkenaan. Berjalan laju ke arah tiang yang melindungi 2 manusia misteri itu.
"dia datang..dia datang..blah blah blah"
kepuk kepak kepuk kepak..2 lelaki berlari sambil tersengih memandang aku.
Langkah aku terhenti. Aku pandang kedua-duanya dengan 1026 (satu ribu dua puluh enam sahaja) persoalan. Pelik, marah dan takut.Aku pandang pula sekeliling.
kepuk kepak kepuk kepak..aku pulak berlari ke kereta. Sehingga ke hari ini, aku masih belum tau siapa mereka. Kalau mereka tak cakap pasal aku, kenapa lari?
Mungkinkah ada pocong dibelakang aku? (pengaruh filem hantu Indonesia)

Sesungguhnya ketiga-tiga situasi di atas sedikit sebanyak memberi aura negatif dalam diri aku.
ok..beri ruang untuk aku sentap sebentar.
>_<

Thursday, February 7, 2013

Misi Merawat Tumit Kaki = Berjaya

Hari tu jalan atas karpet kat rumah, tiba-tiba rasa kaki melekat-lekat.
"ish budak-budak ni, makan atas karpet la ni, habih tumpah melekat kat kaki aku " kata aku sendirian lalu membelek kaki.
Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!! rupa-rupanya tumit kaki aku pecah. Bukan sikit. Dua-dua belah pulak tu. 
Tudiaa...huduh kan. Mohon jangan montah disini
Tak buleh jadi ni, kena rawat segera. Pikir punya pikir, mungkin masa balik kampung hari tu, kaki aku tak tahan dengan tiles kat rumah. Pastu selamba je aku jalan kaki ayam atas tar sambil cuci kete. (mak pak kami turap tar habih kat laman rumah, alasan mereka tak nampak kotor bila hujan
Tu la buruk sangat perangai...kan dah dapat hasilnya >_<

Langkah pertama, p farmasi beli krim untuk tumit pecah. Disamping tu beli batu pumis sekali, buat tenyeh kaki.  
Beli brand ni.. 3 hari katanya... Rm23.90
Seketul je la aku beli. Bape hinggit ntah..tak ingat. Tapi bawah rm10 la..

Kendian, sediakan air suam campur air rumpai laut dan air mawar. Campur sekali hirisan lemon..cewah..lemon tu..tak pakai limau purut. Sebabnya rumah aku ada lemon je.
 Lalu rendam kaki sambil tengok tv. Feeling ala-ala princess.
Sekejap je buleh rendam kaki sendirian. 10 minit kemudian, datang dayang dan pengawal a.k.a adam & anis nak join. Kena la tuan puteri gilir-gilir dengan dayang dan pengawal
Sambil-sambil rendam, aku tenyeh kaki dengan batu pumis dan hirisan lemon tu. Pastu cuci kaki bersih-bersih. Siap scrub sekali. Sapu krim, pakai stokin dan zzzzzzzzzzzzz
Nak ambik gambar, kena la pakai stokin hak comei sikit kan :p
Hasil selepas 4 hari bersusah payah...taraaaaaa
Sudah kembali licin.. weeeeeeeeeeeeeeee suka!suka!suka!
 Dalam 4 hari tu sempat la aku rendam kaki 2 kali. Sekarang rekahan dah hilang, dah malas nak rendam. Cuma masih gigih sapu losyen. Takut pisang berbuah 2,3,4 kali.
Dear kaki, lepas ni aku janji tak berkaki ayam lagi ye >_<

Tuesday, February 5, 2013

Edisi Terlebih Rajin

Sebelum. Botak je...

....dengan menggunakan bahan-bahan ini..
Taraaaaaaaaaaaaaa......

 
 
 
..hebat kan..? hebat sangat (tangan dibahu mata ke atas)


//hari ni aku baru tau maksud POYO. Menurut Halim Othman POYO bermaksud Proud Of Your Own.. lambatnya pengetahuan itu sampai kat aku >_<

Tuesday, January 1, 2013

2013...saye sedieee!!!

weeeee....semoga cabaran aku tak berat sangat :)))
//selamat melangkah masuk ke usia 30tahun untuk aku... http://www.emocutez.com

Monday, December 31, 2012

Babai 2012



 Hari ni ialah hari terakhir 2012. Rasa macam baru je tulis entry terakhir 2011 dah habih 2012. Tapi hari terakhir 2012 bukanlah bermakna terakhir dalam hidup. Jadi tak perlu sedih kalau ada impian yang belum tercapai. In shaa Allah, perjalan masih panjang.Banyak lagi yang boleh dicapai.

Cepatnya masa terbang. Seperti yang aku nyatakan dulu, aku masuk tahun 2012 tanpa sebarang azam dan matlamat. Dengan konsep – apa nak jadi,jadilah, aku lalui hari-hari di 2012 dengan hanya tawakal tanpa ada sebarang rancangan atau matlamat hidup. Kedengaran agak bengong tapi Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar (kuang ajo betoi,aku taip ‘lancar’ 14 kali dok tukar jadi ‘Lancer’..mcm buleh baca hati & perasaan pulak computer ni….)

Flashback balik  apa yang best & tak best ditahun 2012…
1.       Tahun sakit aku. Dari awal tahun sampaila ke hari terakhir, sakit sahut menyahut gitu. Baik sakit ni datang sakit ni. Sampai tak boleh nak bergiat cardas dia gym. Takpelah, penghapus dosa mungkin hihihi

2.       ‘Perang’ di tempat kerja. Kaw kaw gaduh dengan Mary sampai buat report kat management. Tapi takpe, sebab keberanian aku berperang, sekarang semua orang boleh bekerja dengan tenang dan aman 

3.       Tahun ‘sendirian’. Aku rasa sepanjang tahun ni, beberapa kali je hp aku bunyi, itupun pasal hal keje & keluarga & kawan-kawan. Aku pun dah lupa camano rasanya bermesejan  dan berkolan hingga ke tengah malam. -_-

4.       Banyak rahsia terbongkar. Banyak hikmah terbongkar jugak. Semuanya aku dapat dengan 100% bantuan Allah. Dengan cara yang orang lain akan cakap “iyeeeke?????...kau tok bomoh ke apa wei..”. Yang pastinya aku bukan tok bomoh, tok mudim mahupun tok bidan. Semuanya dengan kehendak Allah.TQ Allah!

5.       Gelang emas kesayangan aku hilang :( tapi bersyukur jugaklah,peringatan dari Allah supaya jangan lupa bayar zakat! Sib baik dia hilangkan gelang je, kalo dia hilangkan yang lain...ohh tak sanggup nak bayangkan

6.       Rezeki yang tak pernah putus. Alhamdulillah lagi. Gaji naik,pangkat naik.  Masa aku nak beli Sarajane, aku tak payah bayar balance hutang bank Cik Surie (apantah org panggil proses tu) sebanyak RMxk sebab kacaq& bacaq tulun bayarkan. Rezeki jugak tu. Selamat duit aku ribu2. 

7.       3 dari 5 senarai kehendak aku Berjaya aku miliki. Yang keempat bakal menyusul. yeeehaaa. Tahun ni nak senarai yang lain pulak :D

8.       Tengok anak-anak (menakan :p) membesar dengan sihat dan Berjaya. Tengok Amirul dapat 5A dan masuk asrama penuh, Alia terer teakwando,  Adam dapat Pelajar Wawasan dan Anis dah pandai bercakap, cepat belajar, pandai bergaya  *mood- tumpang berbangga*

9.       Tengok mak & abah kami sihat. Tengok abah yang semakin dihormati dan disegani orang. Syukur…

10.   Tahun perubahan. Tiba-tiba rasa nak berubah. Takde sapa paksa tak de sapa suruh. Semuanya datang dari Allah. Mungkin doa mak dimakbulkan. Dan aku takkan lupa apa yang aku nampak dan mimpi pada 19/10/12.


Senyum sambil berbaik sangka dengan Allah.
Kesimpulannya Allah sangat sayangkan aku dan orang-orang disekeliling aku pada tahun ini. Ketika Dia bagi aku perkara baik, Dia tiupkan rasa syukur. Ketika Dia berikan perkara buruk, Dia tiupkan rasa sabar. Baik dan buruk semuanya aku terima dengan hati yang redho,terbuka dan rasa syukur. Allah, aku yakin Kau akan berikan aku yang lebih baik di Tahun 2013. Dan aku yakin doa aku akan dimakbulkan. Ye!dimakbulkan!pasti dimakbulkan!

Welkem 2013. Aku dah bersedia menghadapi cabaran!

cewahhhh….pengaruh Fear Factor selebriti la ni… Elfira&Ajak, Jehan &Mejar Faiz cayuk!cayuk!!!!! (tetibe…) 

Wednesday, December 19, 2012

Pelupa je bukan Alzheimer

Pagi tadi aku pegi klinik sebab telinga ni sakit melampau-lampau. Dah pekak sebelah pulak tu. Sampai di kaunter, aku pun bagi IC. Budak jaga kaunter tu tanya, "penah datang tak kak?" "tak penah" "ok...eh takla akak dah penah datang, dah 3 kali dah" Budak tu pun baca tarikh kedatangan aku tu. aku = errkk? kenapa aku tak ingat langsung tentang klinik tu. Aku pegi situ sebab Aja kata bagus. Tak ingat pulak sebelum ni aku penah pegi situ. 

Disuatu pagi yang dingin, aku pun dengan tenangnya nak kuar pegi keje. Tapi cari kunci kereta tak jumpa. Cari punya cari macam orang gila, akhirnya aku jumpa kunci kereta dalam almari siap tindih-tindih dengan baju. Dan aku tak ingat bila masa aku letak kat situ. Suatu tengahari, aku berhajat nak pegi Carrefour Wangsa Maju. Lalu aku pun gerak menggunakan Duke. Tapi tiba-tiba aku lupa mana aku nak pegi. Apa aku nak buat. Aku berhenti kat tepi tol dan fikir mana aku nak pegi. Apa aku buat kat Duke ni. Lama bertafakur baru aku ingat ooo aku nak p Wangsawalk. ok, aku pun pegi Wangsawalk. Sampai di Wangsawalk, baru aku teringat tujuan sebenar aku nak ke Carrefour. 
*pengsan*

 Mak aku selalu cerita itu ini itu ini, tapi sesungguhnya aku harom tak ingat langsung semua situasi yang mak aku cerita tu. Tak ingat langsung aku ada dalam situasi tu. 

Aku selalu lupa aku dah kunci kereta ke belum. Jadi aku kena patah balik untuk check aku dah kunci kereta ke belum. Aku lupa aku dah kunci pintu ke belum, jadi aku kena check berkali-kali. Aku lupa aku dah makan ubat ke belum, jadi aku makan lagi, lepas tu aku sedar..ooo dah makan rupanya. Aku lupa aku sembahyang rakaat ke berapa.Lupa..lupa..lupa dan lupa...apa dah jadi ni? 
*prfffffffffffffff..lalu tunduk memandang tanah

Meimei kata dalam cite cina, bila seseorang tu dapat tau dia ada alzhaimer, dia akan mula tulis diari. Bila dia lupa, dia akan baca balik diari dia. Jadi memang sewajarnyalah aku tulis blog, bila agak-agak lupa, boleh check blog balik. Tapi kalo lupa password blog, padan muka haku! 

Tapi aku bukan alzheimer..aku pelupa je.. (sedap sikit dengar kan) banyak benda nak pikir kan hehehe. Melalui hincik gugel, aku jumpa penawar semulajadi bagi penyakit pelupa. Ok lepas ni kena makan banyak-banyak menda ni. 
Buah anggur hitam,susu,air zamzam,kismis,jus karot&madu,kurma,epal,tempe,ikan tuna,madu lebah dan air soya.  Semoga otak aku kembali cergas cerdas.

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

gigih edit post semata2 nak masukkan pic ni..poyo sangat kehkehkeh


 Takde apa yang special.Tak de apa pun nak tulis. Cuma nak tepek sesuatu pada tarikh ni heh heh heh
tapi katanya lagi 9 hari dunia kiamat...erkkkkk Wallahualammmm




// 12/12/12 ialah Hari yang ke 85 
http://www.emocutez.com

Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidil Adha

//semoga aku, mak & abah aku berada di sini jugak satu hari nanti. Harap sangat. Amin.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha @ Raya Haji @ Raya Korban
Kawan aku tanya apa beza raya aidil adha, raya haji & raya korban. Semuanya sama je moi...kekekkeke penin beliau...
Kampung kami tumbangkan 14 ekor lembu. Tak dapat bayangkan tangan tok imam lenguh menyembelih. Tak pe la tok..setahun sekali ye dakk...

Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, mohon berhati-hati dijalan raya. Kalo mengantuk sila tido, kalo tido sila berhati-hati jugak, penyamun penyangak banyak sungguh sekarang ni. Kalau aku ada kuasa sakti aku sumpah derang jadi tenuk.Jadi unta la bagus..blh buat korban unta. (aku tak penah makan unta...) Aku pun memandu pulang ke Merbok yu ols...semoga aku selamat sampai dan selamat kembali ke KL dengan jayanya nanti. Amin.
*sila senyum semua*
:)))

Friday, October 5, 2012

'Bergurau Senda' dengan Merc Hitam

Sejak menggunakan Sarajane, aku dah tak gaduh dengan orang kat jalan raya lagi...bawak pun sopan santun je..(haaa tak caya kan....) orang cucuk aku ketepi tanpa ada perkataan kurang enak..orang slow, aku potong je kiri diam-diam. Ntahla malas nak stress2.Aura kete baru gamaknya.Tengok orang asik post status kat fesbuk tentang 'ketereran' mereka di jalan raya, aku senyum je.yela..depa pandai bawak kete lah!
muahahaha..aku dulu pun asik nak begaduh dengan orang je..sampai dengan lori treler & bas metro pun aku belumba sampai driver bas tu angkat jari amaran kakakakkaka hada haku kesah. Tapi pikir balik, gila bahaya, kalo dia nekad langgar aku memang konpem dok bawah bas la aku.

Sekarang tak lagi...tenang je bawak kete.

Tapi malang tetap menimpa. >_<
Petang semalam masa balik keje, aku pun bawak kete tenang macam biasa. Dari PJ kalo kita lalu Abu Bakar segala, kita akan jumpa satu susur untuk ke jalan Mont Kiara-Hartamas. Kalo terus kita sampai Pusat Bandar Damansara. Susur tu kecik je. Kete sebaris je lalu. Tiba-tiba ada Merc hitam belakang aku dok bagi lampu tinggi. Zap zap. Nak memotong la tu. Masalahnya celah mana aku nak ketepi nak bagi dia memotong? Kalo aku ketepi, sama ada aku langgar divider besi atau masuk longkang. Jadi dia terus zap zap zap sampai hujung susur. 
Dah sampai hujung susur, aku pun ketepi nak bagi jalan dia memotong. (yela..ai sedar ai bawak maibi je, uols bawak Merc) Aku ingat dia nak zasss potong sambil jeling-jeling kambing je. Rupa-rupanya dia himpit aku dan blok kete aku ala-ala drama dalam TV. Sampai aku kena break mengejut. Sama-sama berhenti. Aku check kunci pintu. Aku tunggu je dia turun. Tangan dah siap pegang hp..dah siap tekan 999 tunggu nak tekan call je. Tunggu punya tunggu dia tak turun ke apa ke.Last-last aku hon panjang panjanggggggggg bukak tingkap dan jerit tolonggggggg!!!!!! (aiols kadang-kadang memang muka xmalu sikit) Ada orang motor 2,3 bijik slow nak benti tapi Merc tu terus jalan.

Tapi tak habih kat situ je, dia jalan tapi dia slow, bila aku nak potong, dia himpit, bila aku ikut blakang dia break2 mengejut. apakah??kau sakit otak ke?
Aku angkat telefon nak ambik gambar (tapi sebenarnya tak,sebab kamera henpon aku gila lembab tahap tertinggi-alasan nak tukar henpon baru). Dia pecut ke depan tapi sampai didepan dia slow balik. tunggu aku la tu. nak bekenalan cakap je la terus terang -_-

Dah la xkose aku nak layan semua ni. Aku ni dahla demam, perut sebu, nak muntah, badan sakit segala..jumpa pulak dengan orang gila. Apakah aku tak kacau orang tapi orang nak kacau aku? aku pun bagi signal masuk Hartamas. Kat depan True Fitness tu. Lantaklah..asalkan terpisah dari kereta orang sakit jiwa. Merc tu berada di lorong ke Jalan Kuching tiba-tiba zass masuk ke susur Hartamas pulak. Dah tengok camtu, aku kuar balik ke Jalan Kuching. Dia dah xboleh keluar semula sebab kat depan tu ada divider. 

Allah tolong aku. Alhamdulillah. Syukurlah aku terpisah jugak dengan dia. Kalo tak agaknya sampai ke Rawang dia buli aku. Agaknya dia rancang nak bunuh aku terus kot hanya sebab xdapat potong tadi. Kenapalah orang macam ni wujud kat dunia ni? 

Sudahnya aku memandu pulang dengan perasaan kurang tenang. Takut pun ada gak, plat kete aku dah la senang nak ingat. Kang ada yang masuk muka depan Metro kang. Aku terfikir nape aku yang kena? aku tak kacau orang pun. P la cabar orang yang 'terer2' bawak kete tu. Balasan dosa-dosa lampau gaknya hehehehe

Jadi ingatlah semua orang, janganlah suka cabar mencabar dijalan raya, kang tersalah cabar, terkena ketua gangster padah jawabnya. Aku yang tak mencabar sapa-sapa ni pun kena. Sampai sekarang aku risau nak drive, apakah ini yang dinamakan trauma?

//kalo tengok dari kesamsengannya,ntah-ntah mamat ni yang DJ best 104 tu reject sampai nak berbunuhan segala tu...kakakakaka

Tuesday, September 25, 2012

Senarai Harapan Keempat - Cik Sarajane


Kenalkan Cik Sarajane. (sekali baca macam Sarajevo kan..2kali baca macam Sarojini) si pengganti Cik Surie. Jangan ditanya kenapa tak warna kuning. sapa tanya aku tarik idong dia dan ikat ke telinga. 
-_-

 a'ah maibi je. tapi maibi orang lain ada stereng cegini? tak de kan
Nanti aku tepek keliling pintu pulak. Biar aura glemer tu menerawang ke setiap ruang
mehehehehhehehehhehehehhehe
*pengsan*

Monday, September 24, 2012

Babai Cik Surie..i'm gonna miss u :(

Semalam 23/9/12 -  secara rasminya berpisahlah aku dengan Cik Mestica Surie selepas 4 tahun kami bersama. 
Gi keje sama-sama. Gi soping sama-sama. Balik kampung sama-sama. Gi yoya sama-sama. Bebal dalam jammed sama-sama. Sesat jalan sama-sama (itu selalu..)
...Ketawa bersamaaa...menangiss bersamaa...ku bersumpah harap kita mati pun bersamaa...
(lirik lagu tetiba)
Menitik air mata masa tinggalkan dia kat kedai. Kalo dia boleh cakap mesti dia kata - "kakak..jangan tinggalkan aku kakakkkk"
:((((((
Memangla kita selalu gaduh-gaduh kan..tapi lepas tu kita baik balik kan...kita kawan-kawan balik. Tapi apa nak buat, takdir memaksa kita berpisah.owh..
(yang ni bukan lirik lagu)

Hari last bawak cik surie datang keje.
Cik Surie dari belakang
Cik Surie dari depan.
Barang-barang dalam ni semua aku angkut bawak p kete baru.


Semoga tuan baru dia nanti penyayang macam aku... (penyayang sangat)
Babai Cik Surie...aku akan ingatkan kamu sampai bila-bila.
*sedeh*

Saturday, September 1, 2012

Sambutan besday kecil-kecil bersama keluarga kecil dirumah kecil di pekan kecil...

...tapi bermakna besar...

Kek besday tajaan Aja Corporation Sdn Bhd heh heh heh..
trima kaseeehhhhhh
orang kek ni bagi lilin 3 batang..tak aci tau..ai belum 30 lagi -_-

Besday girl cuma memakai baju tido ultraman dan selendang milik adiknya
(ko tengok bawah...legging kehkehkehkeh )

Tiup lilin harus la ada assistant.
Yang ni bz makan piza sampai terlupa nak join acara tiup lilin

Kad besday buatan Adam & Anis.
sangat manis <3

Terima kasih kepada mereka semua.
Juga kepada kawan-kawan yang belanja makan-makan, yang bagi ucapan dan yang ingat besday saya.

*sengeh sebelum post*

Thursday, August 30, 2012

29 tahun bernafas...

Birthday aku hari ni..
1983-2012
(cara tulis macam dah kembali ke rahmatullah pulak kehkehkeh)

Alhamdulillah...dah 29tahun diberi kesampatan bernafas dimuka bumi ni.
aku hari ini pada usia 29tahun.. (tiba-tiba macam terdengar lagu warga tua di hujung2 telinga hehe)

Ini hadiah untuk diri sendiri (sadiskan bunyinya..) baru beli malam tadi kat Pet Safari IPC. Tiba-tiba rasa nak bela ikan lalu aku beli ikan 6 ekor (sumpah aku tak tau nama apa..beli asal comei je), set akuarium (dalam tu lengkap dengan pump,filter,anti klorin,anti stress,batu2 dan hiasan ikan duyung segala), makanan dia dan sikit hiasan pokok-pokok hijau tu. Sebab hari ni besday aku, maka aku dapat diskaun 10%.

ikan duyung ni dapat sekali dengan akuarium. Adam & Anis panggil kakak.


ini rumah ikan bak kata Anis. beli sendiri bersama pokok-pokok rumpai.

ikan sedang berenang-renang ke tepian.



Pak gat & Mak gat jaga ikan sampai tak mau tidur. Inilah manusia paling gembira ria sekali tengok aku beli ikan. Melompat-lompat terjerit-jerit sampai ikan pun saspen tengok. Kelam kabut derang berenang kulu kilir bimbangkan ancaman budak berdua ni.

Jadi kenalkan ikan-ikan saya...
Wan, Tu,Tiyi,Po,Pai & Syiq.
(Anis bagi nama...)
*pengsan*

Template by:

Free Blog Templates