Showing posts with label malaikat kecil. Show all posts
Showing posts with label malaikat kecil. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

PA Baru Saya

Gong Xi Fa Cai & Selamat Bercuti.
Aku tak cuti, aku keje macam biasa. disebabkan derang kat ofis ni semua Cina , maka aku yang berbangsa Melayu ni kena kerja. Tolak ansur khennnn..nanti raya posa, aku cuti 2 minggu pulak. Tak de sapa nak larang.

 Dah ofis kosong, jadi kita datang kerja bawak anak la kan buat teman.Ada PA la kita hari ni ye..
PA sedang tekun bekerja...takut kena potong gaji la tuwww... kena potong gaji kalu..tak dapat la nak beli lori,ketapi,bas, askar segala
PA & Bos yang dah boring. Bila dah tak de keje + malas bekerja..maka ini la jadinya
//aku baru nak mengular dah ada meeting pulak. motip meeting dihari semua orang bercuti?
 *tepuk dahi*

Wednesday, January 30, 2013

Drama Minggu Ini






Saturday, December 29, 2012

Janji Ditepati

Masa Amirul sambut besday ke 12 bulan April lepas, aku dengan penuh yakin dan bersemangat waja berkata "kalo Amirul dapat 5A, makndak bagi hadiah jam G-shock original latest punya"

Tibalah waktu dan ketika, result UPSR pun keluar. Ya beliau dapat 5A.  *_*
Dah berjanji tu, kenalah tepati kan. Tapi tepat pun tak tepat sangatlah...
Janji jam lain beli jam lain. Mohon si anak bertabah. Makndak hang ni bukanlah kakitangan kerajaan yang berbonus dihujung tahun. Ini pun kira ok la ye daripada takde langsung
:p
harap-harap sesuaila dengan tangan budak baru nak naik tingkatan 1.
 Dah beli kat si abang, kenala beli untuk si adik sekali. Kang melopong pulak tengok abang ada jam baru, dia tak de..
untuk Cik Alia dengan ucapan ikhlas dari Makndak berbunyi - Selamat Masuk Darjah 3 -_-
gigih bungkus
 Dah bungkus cantik-cantik, ada orang tengok pulak...lalu ada la yang memandang dengan wajah sayu sambil berkata...

errr....eerrrr.... nanti Makndak beli ye >_<

Saturday, December 15, 2012

:(

Pagi ni datang kerja, dengar berita orang gila mengamuk kat sekolah lagi. (yeee aku lambat dapat berita sekarang, sejak tak de internet kat rumah) Sampai ofis buka internet tengok, rupa-rupanya 20 orang budak-budak sekolah, 6 orang dewasa yakni cikgu-cikgu termasuk guru besar mati di tembak secara rambang oleh sorang budak gila yang akhirnya membunuh diri (stendet orang gila, dah mengamuk kulu kilir, tau pulak takut, lalu bunuh diri). Menjadikan jumlah korban insiden di Sandy Hook Elemantary School di Newtown,Conn tu seramai 27 orang.
Banyak betul orang mental sekarang ni...dah mental nak bunuh-bunuh orang pulak. Kisahnya si orang gila ni bergaduh dengan mak dia yang merupakan guru di sekolah berkenaan. Dan mak dia jugak turut terkorban.

Terus teringat kat Adam yang setiap pagi terkedek-kedek jalan dengan pengasuh dia pegi tadika. Pastu pukul 12 tengahari terkedek-kedek balik pulak. 
Ya Allah tolong la lindungi anak menakan saya tu dari bala bencana dan musibah-musibah buruk. Walaupun setiap pagi sebelum pegi keje dia akan pesan - "makndak, jangan lupa beli kete ye.." dan bila aku beli, dia akan tanya soalan yang aku rasa nak terjun tingkat 12 - "siapa suruh makndak beli kete ni? makndak ada duit ke"
http://www.emocutez.com

Tapi saya tetap sayang dia. (rasa nak beli beg sekolah baru la kat Adam)
Gambar konvo hari tu..tahun depan lagi setahun kat Tadika

Semoga anak-anak kita semua dilindungiNya.

Wednesday, October 3, 2012

Layan Budak-Budak Bertuah Buat Puzzle

Disebabkan ibu derang balik lambat, maka aku kena jaga budak-budak ni buat sementara waktu. Kena cari sesuatu supaya derang tak buat hal. Kalo tak pengsan aku. Dapat 1 akal.
aku : Adam, adik meh kita main puzzle
Adam : puzzle??yeahhh jom main puzzle
Adik : pajel?? nak main pajel nak main pajel

Ayat tak menahan lepas pasang kepingan pertama.
Adam : yeahhh adam pandai. senang kan makndak??
Aku : senang...buat lagi
Adik : Adik pun pandai
 
Dapat pasang kepingan kedua.
Adam : yeaahhhhh kita pandaiii. 
Adik : kita semua pandai kann makndak.
Aku : betol..kita semua pandai

Dapat pasang kepingan ketiga/keempat/kelima
Adam : yeahhhhhhh
Adik : yeahhhh
Aku : *malas nak layan lagi*

Berikutnya dah xreti...
muka mintak simpati..dah xreti buat
last-last aku yang buat. Derang tengok je sambil tepuk tangan.
Hasilnya...

Ambik gambo muncung-muncung mulut pengaruh retis korea. feeling derang yang buat puzzle. Si anak gadis tu nangis cakap badan gatal, taknak pakai baju nak pakai pempes je.. aku pun layan je la..dari melalak maghrib-maghrib ni.

Friday, August 3, 2012

Main Bunga Api

Semalam kami ada aktiviti baru di malam hari - main bunga api. ala2 di kampung halaman. Bezanya disini rumah kami tak de laman. Sedey :(
Main je la kan depan rumah.
(rindunya nak balik kampung...kena tunggu raya lagi 2 minggu)

Adam riang je main bunga api, tapi Anis tak berani. Banyak kali dia dok pesan kat abang dia "Abang...nyangan main api abang..."
Tapi dia sendiri main mercun >_<
mercun baling-baling tu je la. Apa ke nama ntah mercun tu. Yang bunyi kepekkk..kepekkk...

tengah baling mercun kat abang. Abang relax je...

Hak tua ni pun gigih jugak. Dengan baju kejenya...haiii apala nak jadi...

Bukan apa saja mengimbau kenangan lalu. Dulu kecik-kecik selalu dok main bunga api ni, dah tua-tua ni rasa teringin la pulak khenn. Tapi bak kata Aja, bunga api sekarang dah kurus. Zaman kami dulu bunga api gemuk sikit dan panjang sikit. Berubah mengikut peredaran zaman agaknya.

Kitarang dulu kalau nak main bunga api yang batang besi tu, abah akan cucukkan bunga api tu kat batang pokok ubi. Ala-ala tempat pemegang la. Tak pegang terus ke besinya. untuk keselamatan kekdahnya. Tak le melecur jari.

Mercun pun main mercun papan je. Disebabkan adik beradik aku semuanya pompuan, maka peratus keberanian untuk main mercun adalah sangat mengecewakan. Tapi teringin nak main. Jadi caranya, koyakkan sikit kertas suratkabar, letak mercun atas tu, cucuh kat ujung kertas pastu lari sebatu jauhnya.

Sekali meletup, bangga kemain. Macam dah berjaya letupkan bangunan. Tapi dah tua skang, dah tak main lagi dah semua tu. Tak de masa. Kalau main pun time balik kampung je. Tapi tak dela beria sangat sebab Amirul dgn Alia pun bukan berminat sangat main bunga api mercun segala. Takkan tiba-tiba makndaknya pulak nak terlebih hegeh kan..
http://www.emocutez.com

Thursday, July 12, 2012

ubat henti nangis

Lokasi : Rumah
Jam : 8pm +-

Anis : huwaaaaaaa huuuwaaaaaa (melalak)
aku : kenapa adik?
Anis : Abam buat huuuwaaaaaaa (masih melalak)
Aku : dah dah diam..jangan menangis. nah bebe
Anis : huwaaaaa (campak bebe dan sambung meraung sepenuh perasaan)
Aku : dah2 nah angry bird
Anis : huwaaaaaa (campak angry bird)
Aku : ok...ok..nah hello tengok ABC ok (bg henpon aku)
Anis : xnak! (tendang henpon aku)
Aku : haaaa nah ni...syantik. (sambil hulur bedak compact & blusher)
Anis : hehehe (benti menangis, lap airmata, sengeh dan mengadap cermin)
Aku : http://www.emocutez.com


Friday, June 22, 2012

Hepi Besday my dear anak menakan! - 2

Hari tu abang dia, hari ni adik dia pulak. Si Anis Syakirah. Dah 3 tahun dah umonya. Pandai cakap dah boleh sembang. walopun kadang-kadang aku tak tau dia cakap Jerman ke Rusia ke..
Senang betol hidup Aja...dari si somi, anak sulung, anak no 2 semua dia lumpsum dalam bulan June. Save bajet gitu.

Aku ingat masa si Anis ni baru lahir, Abg Sharin MMS pic dia. Lalu segera aku tayangkan ke segenap staff MMD kat site O&P, Ppum masa tu. Pastu ambik EL balik kg. Gigih sangat.

Masa dia kecik, budak ni xde anak patung. Jadi hobinya mengepau anak patung aku. Dari teddy bear dalam bilik, dalam kete, bantal spongebob semua dia paw ke dia. Aku pun redho je la. takkan nak bergaduh dengan anak-anak berebut patung. malu uolsss...malu..

Satu hari aku beli 4 pasang selimut berpatung. Maksudnya selimut tu didatangkan dengan sekor patung lembut. 2 pink 2 biru. Selimut pink dengan patung kambing biri-biri. Selimut biru patung panda. Motif 4? sebab anak menakan aku total semua 4. (syukurla 4 saja...kalo 14 mau bankrap makndaknya ini)

Dapatlah si Amirul, Alia, Adam dan Anis sorang 1 selimut dan patung. Aku bagi nama Bebe. Anis pun pandai sebut Bebe..Bebe.. sejak tu Anis dah tak layan patung yang lain lagi. Kehulu kehilir dengan bebe kambing dia tu. Dari nak tido, nak minum susu, nak mandi, nak main-main naik moto hatta nak bershopping ke Sogo pun dia gigih bawak Bebe dia.

Kesian tengok, aku pun beli teddy bear lain. Beraneka bentuk, saiz, kaler aku beli, semua dia main 2 hari je, pastu campak ke mana-mana dan cari adik Bebe dia balik. Cari selimut berpatung tu dah xde jual. Sampai dah lebih kurang 2tahun usia Bebe tu. Sampai rentung bulu Bebe tu sebab ibu dia asyik basuh.
Macamana tak basuh...dia main sampai comot menatang tu. cari tak jumpa je, kau dengar la dia melalak sampai nampak anak tekak. Comotnya patung tu sampai malu nak bagi dia usung kulu kilir lagi. sebab dah daif sangat keadaan bebe tu.

Aku pun dapat idea iaitu ambik teddy bear Alia yang sama rupa paras dengan Bebe dia tu. (kena la makndaknya beli ganti teddy bear baru untuk mek Alia..gituwww...konsepnya >_< ) Sekali tengok mek alia dah mekapkan teddy bear dia siap lukis lipstik segala. >_< takpela..asalkan sama...
Hajat dihati nak ganti-ganti. Sekali si Anis nampak Bebe dia ada 2. Melonjak gembira la member. Bebe dia dah beranak kekdahnya. Dari sekor jadi 2 ekor. Dah kulu kilir bawak Bebe 2 ekor. Hah lantak kau la..Tak tau la selama mana kau nak usung Bebe tu, Anis. Jangan esok-esok pegi sekolah pun usung bebe lagi. Parah.

makan kopok bersama Bebe terchenta (smbl pakai stokin aku >_< )

Minum susu dengan Bebe

Balik kampung Kedah harus bersama Bebe

Balik kampung Perlis jua, harus bersama Bebe juga.

Lepak di Cameron tetap bersama Bebe

kau tengok dia melalak sebab Bebe dia kena hempap. Hari tu melalak jugak bila aku purak-purak nak lempang Bebe dia. Melalak bersungguh-sungguh macam Bebe tu blh meninggal dunia.

Takpela nak...asalkan kamu bahagia. sudahla. eniway..hepi besday to you..semoga jadi anak yang solehah dan membanggakan ibu bapa nanti (ibu sedara termasuk dalam pakej ibu bapa jua)
heh heh heh

esok2 bila ai da xde, boleh depa baca dan tau ai sayang ke depa... :)

Wednesday, June 13, 2012

Hepi Besday my dear anak menakan!

*Gigih aku kumpul dan cantuskan pic budak ni. Payah nak cari mak menakan gigih gini*
heh heh heh

Hari ni besday adam yang ke 5. Dah besar dah anak menakan aku sorang ni.sepatutnya hari ni nak celebrate kat tadika dia, tapi cikgu tadika cakap ujung bulan ni derang nak celebrate togeder2 dengan budak-budak lain yang besday bulan 6. Jadi ujung bulan ni la kami anto kek ke sana. Kami??? Kakmiza dgn abg sharin je la.. >_< derang dah order kek gambar angry bird. Karekter peberet adam.

Sekarang ni dah pandai order barang. Hari tu aku nak kuar g keje, dia cakap “makndak, kalau kedai bukak, beli kete polis tau. Kaler putih ok. ada lampu-lampu, ada munyi-munyi”

Aku – “yela…”

Dia sambung lagi – “kete polis dan kete kecik-kecik jugak ye..”

Apa dia pikir makndak dia gaji 20juta sebulan agaknya. Pesan itu pesan ini.

“popok sekali tauuuu”

Ada lagi tuuu

Gigih la aku pusing sana sini cari kete polis kaler putih ada lampu ada bunyi.

Hari-hari, aku balik keje je, derang akan selongkar beg, tengok apa aku beli.kadang-kadang aku beli mainan, kadang-kadang kopok ke coklat ke. Kadang-kadang aku tak singgah mana2 lalu tak beli pape, aku tipu cakap, kedai tutup la hari ni….

Heh heh heh

Selalunya lepas gym, aku dah malas nak singgah kedai sebab dah lewat..jadi aku beli buah je kat Jaya Grocer tu. Nanti aku tipu lagi – kedai lain semua tutup, kedai buah je bukak

Heh heh heh

Buleh gituw….redho je budak-budak tu dengar. Masing-masing tarik muka patblas. Tapi kalo aku beli pisang ke anggur ke, bedal jugak.

Malam tadi, ibu dia belikan mamee dapat free puzzle gambor doraemon. Kecik cinonet je la. Tekun susun sampai siap. Pastu aku tanya dia – “adam suka buat puzzle ye”

Adam – “suka. Esok makndak beli lagi ye…yang besar. Kecik xmau. Nak besar. Gambar taman ke..gambar angry bird ke…ok?makndak beli 2 lah, adam satu adik satu, beli 3 pun boleh”

>_<

Aku tanya 5 patah je…berpatah2 dia jawab.

buat menunaikan impian anak-anak. Nak puzzle besar katanya. hambik kau 2. susun sampai siap. Tak siap jangan makan nasik. buleh gitu?? mak tiri sangat perangaikan.

Dah beli untuk Adam, kena la beli untuk cik Anis kita sekali. kang sayu pulak tengok muka dia tak dapat pape. Tapi aku rasa kalo aku bagi dia main puzzle tu alamatnya punah habis la. kang 1 cebisan kat bawah karpet, 1 cebisan dalam mesin basuh, 1 cebisan bawah katil. Jadi aku beli yang lain, tapi konsepnya harus kena sama dengan apa yang abang dapat.

konsep susun-susun jugak.Tapi kang ini kena cabut dari kotak. kalo tak, abang pulak jeles, yang dia punya tak de kotak.

>_<

anak 'kembar'..gitu laaaa

Alang-alang terjumpa kek ini. beli je la sekali. Comei je... kang makndak yang telan ni

Tuesday, May 29, 2012

Emas dan Perak Milik Mereka

Masa balik kampong hari tu, si Amirul dengan Alia pegi pertandingan taekwando kat SMK Pendang.
Si Amirul ni tali pinggang hijau. Adik dia, si Alia baru kuning sebab baru masuk je.
Amirul ni jangan cakapla, asal aku balik kampong je, mesti nak tunjuk gaya taekwando dia tu. Bajet stail la khennn.
Alia pulak sejak mengikut jejak abang dia, suka nau tumbuk aku.Dah la badan padat isi2nya, menderita kesakitan aku.
(motip aku asyik dibuli anak-anak?)
>_<

Lebih kurang pukul 6pm, sebelum kami keluar berhibur Amirul call aku.
Perbualan di alih bahasa dari bahasa kedah untuk pemahaman bersama kehkehkeh
Amirul : Makndak, tau kan abang lawan taekwando
Aku : tau, kenapa?
Amirul : ni abang ada berita buruk ni untuk makndak ni..abang dapat gold medal, adik dapat silver
Aku : ooo bagusla…tahniah. Abih kenapa buruk?
Amirul : buruk la untuk makndak, sebab makndak kena bagi hadiah hahahhaha ok see u tomorrow makndak (terus letak telefon)
Dibuli lagi.
>_<

Tepek la sikit pic & video anak-anak berlawan.
Wamap la uolss....aku nampak macam vontot je naik tu hehhehehe


Cik alia menentang lawannya. Dia yang biru kawad kat tengah gelanggang tu.Teknik berlawan ala-ala tarian joget lambak sikit. Hampunkan je la…


Tuan Amirul pulak menentang lawannya.Beliau yang merah.

Dan ini hasilnya...Amirul dapat emas, Alia dapat Perak. Makndak? dapat tengok je...

Syabas kanak-kanak.Bangga dengan kamu berdua.

Tapi kesiannn dgn si pemegang pingat emas tu...balik rumah kena buli dgn adik-adik pupu kehkehkehkehkeh

gigih cik anis pukul abg mirul dengan bantal sofa nek, tuan adam pulak pulun tumbuk...abg mirul pun redho je buat-buat jatuh sambil meraung-raung. apa lagi bangga la budak-budak ni..konon dapat belasah abg mirul
>_<

Thursday, May 17, 2012

Istimewa bersama Mek Anis

Hai! nama saya Anis. Tuan punya blog ini ialah makndak saya. selalunya makndak panggil saya adik atau bibi atau nyonya. Makndak kejam!
Ini gambar saya ketika saya pegi konvo Asyu Nur. saya bergaya dengan baju yang makndak beli. kuku saya baru ditepek inai oleh mama. Mama itu bukan ibu saya, dia cuma pengasuh saya.

Bila makndak balik kerja, saya dan abang akan jadi kastam. Check beg makndak. Kalau nasib kami baik, kami akan jumpa mainan sorang satu. kalo nasib kami kurang baik, kami cuma jumpa choki choki sorang sebatang. (itu biasanya terjadi dihujung bulan) Tapi kadang-kadang sangat tak baik bila makndak kata kedai tutuppppp...
(makndak ota kami kannnnnnn)

Disebabkan makndak menumpang di rumah ibu dan abah saya, jadi saya selalu anggap bilik makndak itu, bilik saya jugak.

Saya suka lepak di bilik makndak. tau apa aktiviti saya di bilik beliau?
Mula-mula sekali, saya usha tab makndak. Yes!buleh main angry bird, main ABC, bukak youtube tengok lagu semut atau on kamera ambik gambar sendiri.

macam ni
tapi ni dengan kerjasama makndak. kadang-kadang saya buat sendiri je...saya dah terer dahhhh
tengah bebal pun saya buleh tersengeh bila nampak kamera

Sambil main tap tu buleh pakej kenjah katil makndak sekali. Kalo tengah makan coklat lagi best, ambik je selimut tu lap tangan.

gaya harus ada

Ini abam saya, dia pun suka join saya lepak kat katil makndak

Seleeeeesa syangat....

sambil tu, main petik-petik lampu sekali

saya juga gemar paw vitamin c makndak. Bila makndak pusing belakang, saya dan abam akan paw diam-diam sorang 2 bijik. Kadang-kadang kami paw sampai 4bijik sorang. tak heran la kulit kami lagi mabeles dari makndak kannn.

gomol bebe gemok. makndak panggil bebe ni gemok..macamlah dia kurus

Bila makndak cuci kipas, saya curi penutup kipas dia senyap-senyap dan buat main sampan macam ni. Ia sangat enjoy kamu tahu. cubalah!

Sekian saja siri inteprem saya untuk kali ni. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin berkongsi tips kecantikan dengan semua.
tahu bagaimana nak kulit lebih putih dan wangi?

tempekkan wajah dan badan dengan sebotol bedak. nescaya anda akan kelihatan putih, gebu dan wangi...

Monday, March 19, 2012

kanak-kanak yang tak tau tengok jam

Hari sabtu lepas, Nur gigih nak menghabiskan ujung minggunya dirumah Aja. maklumla...orang tu baru sambung degree kat Shah Alam...buto bandar lagi kekdahnya..hehhehehehhe
Kau tunggu lagi 2,3 bulan tak de nya nak lepak rumah sanak sedara di ujung minggu, haruslah keluar berpoya-poya bersama rakan-rakan sebaya.

Kebetulan Aja sefamili nak kuar bersiar-siar, maka ambiklah dia sekali kat KL Sentral. Dengan rasa tak malunya, aku pun tak nak ketinggalan menempekkan diri. Sebelum p bersiar-siar, derang singgah dulu Taman Tasik Perdana kasik kanak-kanak main. Sebab dah buat perjanjian awal dengan anak-anak. tak baik mungkir janji..




Partime maid.. kekekkekee

Naik buaian...akulah inang pengasuh beliau. siap ada ayat arahan "laju ladi..laju ladi.."
dia ingat Makndak dia ni atlet pecut 100m gaknya


terima kasih jerawat *_*

Harus tau pukul berapa masa ni
Jawapannya 12.00 PM..tengahari rembang sangat..mencair habih lelemak haku -_-

Template by:

Free Blog Templates