Tuesday, January 10, 2012

Jangan Tayang Beg Dalam Kereta Walaupun Ia Cuma Berisi Sepotong Belacan

Ok itu peringatan untuk diri sendiri dan kepada sesapa yang baca. Sebelum ni pun orang selalu pesan macam tu, tapi kadang-kadang aku ingat...kadang-kadang aku lupa. Kadang-kadang aku buat mudah je sambil berkata "ala...beg belacan je kot sapa nak curi"

Contoh je la tu.. Tidak la penah aku bawak belacan dan tinggalkan dalam kete.
Tadi lebih kurang pukul 5.30pm macam tu, management ofis Jaya One call bagitau kereta bernombor BFX **** kena pecah. Oo em ji...oo em ji itu kereta Mei Mei. Disebabkan company ambik season pass untuk semua staff, maka derang ada rekod pemilik kenderan.

Dengan penuh rasa prihatin dan kepohnya, aku pun sibuk berlari ke parking bersama Mei Mei dan Won.

oh kasihan amoi itu...dah la nak raya tak lama lagi
(ai menyelami hati nurani kawan-kawan uols)

Cermin kete depan bahagian co-pilot berderai. Aku tengok ada beg gym dia atas seat depan. Jadi aku bajet penjenayah bozo, jahat, menyusahkan orang dan kecik-kecik taknak mati itu ingat laptop. Maka derang pecahkan cermin. Bila angkat ringan, derang letak balik.
(pandai tak aiouls speku? ala2 detektif conan kan?)
Bozo sangat kau penjenayah, kalo laptop takkan orang nak tunjuk terang-terang kat kau.

kualiti gambo kurang memuaskan maklumla..kamera henpon cap ayam bergabung pula dengan suasana agak suram di parking.

Aku pun kadang-kadang leka buat macam ni jugak. Letak beg gym kat seat. Sebab aku pikir beg gym je...ada baju je kot. Ooo lupa ada la towel dan beberapa pakaian yang boleh kau bomohkan. Tapi bila dah kena pecah mcm si Mei Mei ni..lecehnya lahai. Benda yang hilang takde, tapi 1 hal kena hantar repair, kuar duit pulak tu. Lagi kena drive balik Puchong dengan takde cermin dihari yang kelihatan nak hujan ni.
(betul-betul la kau menyusahkan orang, penjenayah - hambik kau aku letak nama samaran kau penjenayah)

Tapi penjenayah silap besar pegi pecahkan cermin kete Mei Mei sebabnya si amoi ni parking kete betul-betul bawah cctv. Sekarang management ofis tengah check, esok derang bagitau katanya.

Sebenarnya aku sendiri pun tak tengok lagi keadaan kereta aku sendiri. Harap-harap semuanya selamat Insyallah. Semalam aku simpan beg gym dalam bonet. Lepas ni memang kena simpan semua barang dalam bonet. Kalo benda berharga memang akan ku usung la kulu kilir. Kenapala ramai sangat orang jahat dalam dunia ni..kalo kau hidup baik-baik tak kacau orang tak buleh ke?

nasib kawan2 cik chiti



inilah nasib mereka apabila mereka masuk kedunia cik chiti. hambik semua aku gantung kartun segala. yang hitam ber butterfly tu ialah cover si santalia. semalam aku letak baju kaler pink, hari ni napak huduh pulak. jadi aku hiasa baru berkonsepkan kotak hantaran gitu hohoho

lagi 2 tel bimbit cap ayam yang turut diberi sentuhan eric leong. supriseeeeeee
^-^

siri kenyataan hidup :(


ok pestime taip blog menggunakan cik santalia.
hehehe

tengahari tadi lepas habih bermeeting dengan consultant, ai pun pegi Giant beli barang sikit. Biasalah tempat camtu tak sah kalo takde promoter pomot ntah apa2 menda. Dan sumpah aku benci gila bila tengah jalan tengok barang ada org tahan cerita itu ini. Lagi2 yang jenis ikut kita sampai hujung alam. apakah?

kalo angin aku bagus aku senyum kalo sebaliknya.....ehehehe
Hari ni angin aku baik. jadi ada promoter yang tahan aku senyum smbl geleng2 pala. Derang paham selalunya sampailah tiba di depan segerombolan budak2 promoter yang aku bajet umo paling kurang 18tahun.
"makcik,makcik ambik ni mug free ni makcik..free ni tak payah byr"
apakah? apakah?apakah? makcik???

menangis uols....menangis... ai umo 28 baru menjengah 29 tau...korang mungkin 18. beza 10thn mana buleh guna pangkat mak lagi...takkan aku nak beranak umo 10thn kot? mentang2 aku berbaju kurung bertudung litup segala , kau kata aku makcik ye... panggil la kakak. sedih ai taw camni
Disebabkan angin aku bagus hari ni maka aku berlalu mcm biasa je tapi ini spesis ikut ke hujung alam. tapi aku buat derk gak.

masuk dalam kete aku tengok je cermin smbl bermuhasabah dan sarawak dan brunie sekali. ok...aku dah tua harus terima kenyataan itu walopun xbest huhuhuhu


tapi rasa putus asa dengan segala usaha selama ni. beli itu ini pegi gym segala tapi mmmmmmm :(
jadi ptgnya terus xde motivasi nak p gym lalu aku blk shopping
hehehe

Template by:

Free Blog Templates