Tuesday, November 22, 2011

Sebab Saya Cuma Ada 1 Mak


Hari ni 22/11/11. Genap umur mak 56thn.Happy birthday mak. Semoga panjang umur mak. Semoga mak dilindungi dan dirahmati Allah selalu. Semoga mak diberikan kesihatan yang baik. Semoga mak bahagia dunia dan akhirat. Semoga tercapai impian mak yang satu itu. Semoga Allah murahkan rezeki kita.
(kalau tak kerana mak,anak mak ni tak akan berada 'disini')

Tak boleh nak celebrate besday mak hari ni sebab kami kat KL. Tapi kalo kat kedah pun sama je..mak bukannya makan kek. Last2 anak mak ni jugak yg habihkan kek.
(anak mak ni jugak yg sihat walafiat :D )

Anak mak ni masih ingat masa anak mak ni sakit kat hospital. Mak jaga anak mak ni. Mak tido kat lantai. Tido-tido ayam. Kejap2 anak mak ni bising sejuk, mak bangun off kipas. Pastu anak mak ni bising panas pulak, anak mak ni bangun lagi on pulak kipas tu.
(kesian mak dapat anak mengada-ngada macam anak mak ni)

Tapi bila mak sakit anak mak ni dok ujung kaki picit-picit kaki je.
(ampunkan anak mak ni)

Kesian mak dapat anak macam anak mak ni. Rasanya dalam semua anak mak, anak mak yg ni yg paling tak boleh pakai. Anak mak ni tak sealiran dengan mak. Jadi kita selalu bertelagah. Mak tak suka apa yang anak mak ni suka dan anak mak ni tak suka apa yang mak suka.
Tapi dalam hati, jantung,otak, pembuluh darah,pankreas, buah pinggang dan segala organ lagi, semuanya ada nama mak. mak,mak,mak,mak sini,mak sana. Sakit panggil mak, tekejut panggil mak,takut panggil mak. Pendek kata mak di mana2.

Wahai mak, anak mak ni selalu sangat melawan mak kan. (mak kata satu hari nanti bila saya dah jadi mak, saya akan insaf) Tapi jauuuuuhhhh dalam hati anak mak ni, penuh dengan rasa sayang kat mak. Bila ingat mak, airmata anak mak ni jatuh. menitik-nitik. Bila pegi mana-mana anak mak ni cuma cari barang apa nak beli untuk mak.
Dalam hati ni cuma ada rasa nak tunaikan impian mak. Walaupun susah sebenarnya. Anak mak ni pun tak tau macamana nak tunaikan. Tapi anak mak ni terus mencuba dan mencuba sebab anak mak ni cuma nak tengok mak hepi. cuma nak mak bahagia sebelum mak atau anak mak ni menutup mata. Sebab...
saya cuma ada 1 mak sahaja dalam dunia ni dan itulah emak saya hidup dan mati.
Dunia dan akhirat.

Semoga Allah memudahkan jalan untuk anak mak ni dan anak-anak mak yang lain.
Amin.


Kalau boleh chek nak p dulu sebelum mak. Betul. chek nak p dulu sebelum mak.

Template by:

Free Blog Templates