Thursday, February 13, 2014

Permulaan Tahun Yang Sangat 'INDAH'

Amaran-Cite ni bosan..ia cuma luahan hati aku yang sangat membosankan!

ai lama nau tak log in blog ni. sampai password pun lupa. 6 kali aku try akhirnya berjaya. 
7.09pm - masih di ofis sendirian. Tak ada keje pun saja tak ada mood nak balik. Gitu...nak balik pun mau mood..mood ka? *pengsan*

Masalah kehilangan mood telah bermula sejak pagi selasa yang lalu. 11/2/14. Sepatutnya aku MC hari tu sebab mata merah..sakit mata ke apa xtau la. Selsema semua sekali. Tapi mengenangkan keje yang bertimbun dengan dateline yang dekat, aku gagahkan diri datang jugak. Aku memandu dengan penuh girang sambil mendengar lagu cina. *aku xpaham tapi aku berjaya ikut liriknya* sehinggala sampai di lampu isyarat depan UM. Tiba-tiba BAMMMNGG!! Kereta dilanggar dari belakang. Aku tersentak ke depan. Dada aku kena stereng. Syukur tak mati. 
"abihla londeh skirting keta aku" pikir aku sendiri. 
Kami (aku dan driver kereta belakang) berhenti tepi jalan. Tanpa rasa marah atau bengang,(pelik bukan, wanita panas baran ini tiba-tiba menjadi seorang yang sangat cool)  aku turun check keta aku. Seorang lelaki cina memandu Honda City keluar. Check kereta dia. oh kecederaan kereta aku tak teruk. tak seperti yang aku bayangkan. 
 
 
Tapi kereta Honda City dia teruk jugak. Lebih teruk dari kereta aku. Macam melipat bonet depan tu.
Sambil senyum aku tanya dia "mmm..so how.." gitu..gigih nak speaking.
"sorry, sorry kak, i tak sengaja..macam ni la nanti kak claim insuran saya blablabla" 
Setelah bertukar no tel, kami pun bergerak ke destinasi masing-masing.Sampai parking ofis, tengok kereta aku kemek sana sini baru datang rasa sedih pilu syahdu segala. Aku peluk dia sambil berkata "jangan risau Sara kamu akan ok" (agak mental disitu). 

Aku blur tak tau apa nak buat. Tak tau nak call siapa. Tak tau siapa boleh tolong aku. Rasa sedih pilu tu bersambung. Bila agak tenang, aku naik ofis bercerita dengan kawan2 ofis. Derang pun ajar buat tu buat ni..macam tu macam ni.. mula2 kena g report polis dulu. Macamana tu? Mampos balai polis pun aku tak tau kat mana.

Akhirnya pukul 11++ aku keluar buat report polis dengan ditemani Mei Mei. Segan jugak nak ajak dia sebab dia sibuk hari tu. Tapi terpaksa tebalkan muka. Kami ke Balai Polis SS2 tapi polis tu suruh terus buat report kat IPD Petaling Jaya kat PJ State sana. Ok..aku ikutkan je.

Sampai di IPDPJ, kami disuruh parking di seberang jalan. Ditempat parking seorang lelaki datang. Memperkenalkan dirinya sebagai Z.
"kak, akak nak buat claim insuran ke?"
"ntah.nanti la saya buat report dulu" jawab aku
"mari ikut saya kak, nah ni kad saya, mari ikut saya, nanti senang semua saya buat" kata Z sambil bagi kad nama dia. 
Dia sendiri yang meng offer kan diri dia untuk membantu. Aku tak suruh. Dia asyik cakap kalau nak buat claim ada 2 blablabla 3rd party blablabla ... haram tak masuk dalam otak aku. Otak aku rasa tepu dan stress. 
"akak boleh tanya dulu suami akak blablabla nanti suami blablabla saya akan blablab suami blabla" 
Yang ada dalam otak aku cuma  - aku tak de suami la budak. takde. 
Sampai semua urusan report siap, dia asyik bersyarah lagi..yang sikit pun xmasuk otak aku. Mei Mei beberapa kali bagitau dia, takpe bagi kita fikir dulu. Tapi dia asyik bersyarah macam nak marah-marah.
"tak pela akak balik bincang dengan suami akak dulu, apa-apa hal call saya"
aku diam dan angguk. Aku gerak nak g beli report kat tingkat atas tapi masa tu pukul 12.30pm lebih kurang... time lunch katanya..hurmmmm..
"ah..bak sini slip report tu..nanti saya uruskan" 
Aku pun dengan bangangnya p bagi je kat dia. Bila dah balik baru aku terfikir, habis kalau aku nak settle kan sendiri macamana? slip report ada pada dia.. betul-betul paksa ni.

Balik ofis, fikir punya fikir sorang-sorang, akhirnya aku buat keputusan nak bagi si Z ni uruskan. Pukul 3.00++ aku call dia. Dia jawab endah tak endah. Katanya tak tau lagi macamana, tunggu owner kereta belakang report dulu baru boleh buat blablabla...lagipun dia kat luar blablabla... Lepas tu dia minta aku bagi nombor tel owner kereta belakang. Aku send kat SMS. Sampai ke malam aku tunggu harom tak de apa-apa kabar berita. Aku dah fikir, abisla budak ni tak boleh harap. Esok 1 hal pulak aku kena pergi IPDPJ lagi sekali nak beli report.. dan slip report pun aku takde... macamana..apa aku nak buat..macam-macam dalam otak aku.

Pukul 9pm, sorang lelaki telefon. Kenalkan diri sebagai R. Ejen insurans owner kereta belakang. Dia bagitau aku semua dah settle, Keputusan pun dah keluar, aku tak salah. Owner kereta belakang kena saman. Sebab aku nak claim guna insuran kereta belakang, jadi dia kata lebih baik dia buat dua-dua sekali -  untuk Honda City dan kereta aku. Fikirkan si budak Z ni diam je, aku pun setuju. Dia suruh sediakan dokumen itu ini. Esok dia ambil kereta dan bagi aku kereta ganti.
ok.
Macamana kalau dia bagi kereta auto? mampos aku tak tau bawak. Siapa nak temankan aku ke bengkel esok? macamana kalau dia tipu aku? Aku cuba cari bantuan tapi tak ada yang lapang esok. Ada yang jawab ok..tapi dengan nada sinis. Itu tak ikhlas aku tau. Aku masuk tido dengan rasa serabut. Tekap bantal dimuka dan menangis. Rindu abah. Kalau abah ada di sini mesti dia tolong aku. Pasti. Mesti aku tak payah risau apa-apa sebab abah sentiasa ada temankan aku.
Nangis sampai tetido.

12/2/14
Bangun pagi, tengok ada mesej dari Z. Benda belum settle katanya. Sedangkan tadi R cakap semua dah settle. Pukul 8 aku SMS dia , bagitau awal-awal. Aku kira itu lebih baik daripada tunggu dia call (tak tau bila) dan kemudian cakap - takpela,dah ada orang lain settle kan.
Tapi..tudiaaa kena maki. Bebel kalah mak nenek kaw... malas aku nak layan budak baru nak up ni.. dah la kepala berserabut.


Semalam cakap tak tau lagi..tak tau lagi.. Mesej malam tadi  pun takde pulak dia cakap semua benda dah complete..hari ni dan2 cakap complete.. dan bila masa aku berjanji ntah?
Lantakla. Mesti berbakul aku kena maki. Dan aku boleh agak apa yang dimakikan.. Lantakla lagi sekali!

Aku call R minta kereta manual. Dia cakap dia cuba. Habisla kalau tak de.. aku tak tau langsung bawak kereta auto sampai aku google cara bawak kereta auto.
*naif nau bunyinya..*

 Waktu lunch aku pergi jumpa R dan hantar kereta ke bengkel yang terletak di kawasan..entahla..aku pun tak tau apa nama tempat tu. Asing sangat pada aku. Tawakal. Aku tag location di Waze supaya senang aku nak datang nanti. Balik naik kereta dengan R. Oi sedihnya naik kereta berdua dengan orang yang tak dikenali. Tawakal lagi sekali.
(tiba-tiba aku jadi sangat warak...konsep bertawakal dipraktikkan sepanjang masa, bila datang rasa takut dan risau, terus cakap kat diri sendiri tak pe Allah ada..Allah akan tolong aku, Allah sentiasa tolong aku.. begitu..)
hehe

Dia bagi aku kereta ganti. Viva manual. Syukur Alhamdulillah.. plat Q kaw.. busuk hokey..tingkap pun tak bleh bukak. Sepanjang bawak Viva ni asyiknya la terserempak dengan Myvi putih.Sampai aku jadi meroyan. Nampak Myvi putih aku nangis..nampak myvi putih aku nangis.. melampau-lampau emo. Kenangkan Cik Sara aku di bengkel. Hai la Honda City..kenapala kau langgar aku? kalau tak, takdela aku terpisah dengan Cik Sara.

Paling emo, tak ada 'siapa' bertanya kabar aku.  Begini keadaannya bila kita susah. Takut aku kacau mungkin.Paham.

14/2/14
Hari ni Jumaat, kereta siap. R telefon cakap kereta dah boleh ambik. Yeehaaa..rasa nak melompat-lompat kegirangan. Tak sabar nak jumpa Sara. Pukul 5 aku pergi ambik kat bengkel. Lagi sekali naik kereta berdua dengan orang yang tak dikenali. Rasa nak nangis lagi..tapi aku control. Tak tau kenapa rasa sangat pilu. Teringat abah lagi..kalau abah ada disini, mesti aku tak kan berdua dengan orang yang tak dikenali.
Oh abah.. :(

 Sampai bengkel tengok Sara rasa nak melompat. Montot dia dah cantik..tak de kemek-kemek lagi. Bahagia rasanya dapat memandu Sara semula. Walaupun Sara cuma sebijik Myvi, tapi aku sayang dia. Maklumla..orang miskin bila dapat beli barang puluh ribu, mestila sayang. Lain la kalo aku orang kaya kan.
Tapi, reverse sensor dia pulak rosak.. tak abis lagi masalah aku ni...
*tunduk pandang lantai*

//jangan cakap aku tak bagi amaran.

Template by:

Free Blog Templates