Showing posts with label Ofis. Show all posts
Showing posts with label Ofis. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

PA Baru Saya

Gong Xi Fa Cai & Selamat Bercuti.
Aku tak cuti, aku keje macam biasa. disebabkan derang kat ofis ni semua Cina , maka aku yang berbangsa Melayu ni kena kerja. Tolak ansur khennnn..nanti raya posa, aku cuti 2 minggu pulak. Tak de sapa nak larang.

 Dah ofis kosong, jadi kita datang kerja bawak anak la kan buat teman.Ada PA la kita hari ni ye..
PA sedang tekun bekerja...takut kena potong gaji la tuwww... kena potong gaji kalu..tak dapat la nak beli lori,ketapi,bas, askar segala
PA & Bos yang dah boring. Bila dah tak de keje + malas bekerja..maka ini la jadinya
//aku baru nak mengular dah ada meeting pulak. motip meeting dihari semua orang bercuti?
 *tepuk dahi*

Monday, January 7, 2013

Al fatihah

 Pagi ni masuk keje,kami dikejutkan dengan berita kematian Pengarah Urusan kami. Terkejut pun ada..sedih pun ada.. lama jugak aku ambik masa nak terima kenyataan. Rasa macam berita tipu-tipu je. Akhirnya aku terima yang janji dia sudah sampai. Janji aku tak tau bila.

Al fatihah untuk Pengarah Urusan Konsortium Rancang Awal Mimbar Maju Dev Sdn Bhd, Tuan Haji Shakri Bin Abdul Razak. Semoga roh Tn.Hj tenang di alam sana.
Dulu masa aku mula-mula masuk keje, dia pernah pesan kat aku dengan slang Kedah yang pekat (maklumla satu kapal, harusla guna bahasa ibunda bila berbual kan..) - "Siti, kita mesti niat kerja kerana Allah dan untuk berbakti kepada mak bapak, barulah gaji kita berkat" 

Friday, November 2, 2012

Satu Lagi Projek Siap!




Nama Projek - Bangunan Kardiologi PPUM
Mula Masuk - Ogos 2009
Handover -    1 November 2012

Setelah bertungkus lumus sejak sekian lama, akhirnya siap jugak. Alhamdulillah... terbayang-bayang lagi saat mengisi tender malam-malam buta hanya berdua dengan safika (site clerk dulu).
Abih ingat dah siap buleh goyang kaki??tak dapat la. Mengadap final akaun la kita lepas ni yeee.. 

suatu ketika semasa bangunan sedang dibina
Rupa paras bangunan bila dah siap



Kad jemputan. Sharlina..sharlina...sharliana la.

gitu...




Dalam Auditorium

CEO aku berucap. Masih bujang gitu beliau...

gigih beliau ambik pic CEO..hehehe
Naib Canselor
 


Retis katanya...
sesat..xdek kena mengena dengan bangunan :D




Thursday, October 11, 2012

Kisah RM10

Kisahnya semalam MeiMei pegi pasaraya bawah ofis ni. Beli barang sikit. Lebih kurang setengah jam dia masuk ofis balik.

"siti" dia tegur aku sambil kelam kabut buka beg duit dia

"nape?"

"u pernah tengok duit macam ni tak.. i mean u kenal tak duit ni?" sambil tunjuk sekeping not RM10 macam ni......
"RM10. kenapa? tapi dah lama tak tengok duit ni..ini lama punya version ni" Aku jawab dengan penuh yakin.

"u tau budak cashier tu kata pada i - kak, ada duit lain tak? tak tau la duit ni laku ke tak..saya tak pernah tengok duit macam ni..ingatkan bukan duit Malaysia tadi"

Aku - "apakah???"

"nasib baik u kenal, tak de la nampak macam i tua sangat" kata MeiMei sambil tersengih

"tua sangat ke kita??"

-kami berpandangan sesama sendiri-
>_<

Tuesday, April 24, 2012

Mati Itu Pasti

Susulan dari kematian bapa Mei Mei, maka hari ni aku pun mengekor Won dengan Soo pergi melawat sambil membawa pak kau. Ambik kau aku taram ejaan tu, duit derma tu derang dok sebut pak kau..pak kau..aku pun sebut la pak kau - contoh ayat yang aku gunakan "pak kau kita ada RMxxx , orang site punya tak tau la". Derang buat muka paham je...betul la gamaknya.

Semalam derang dah plan nak pegi hari ni, jadi aku terpaksa ubah rancangan pemakaian di hari selasa. Aku ni dah ada susunan baju yang nak dipakai dari isnin - sabtu termasuk baju senaman. Sepatutnya hari ni aku nak pakai bj pink, tapi ish apa ke pelik nak pakai baju pink ceria p tengok orang mati. Aku pun taram je la baju hitam campur coklat. Tidaklah aku tau adat derang, mungkin ada kaler-kaler yang derang pantang.

ok..1st time aku g ziarah orang cina meninggal dunia. Sebelum ni aku tengok dari jalan je. Masa kitarang sampai, sunyi je tak de orang. Mei Mei pun tak de. Pegi tokong. Takde rezeki kami nak jumpa dia. Kakak ipar dia, mak dia & mak sedara dia je layan. Mungkin malam atau lepas kerja orang ramai. Nasib baik jugak xde orang..kalo tak sumpah aku malu-malu.
(merenyam nau nak malu-malu kat rumah orang mati)

Keadaan rumah masa kami sampai

Soo tengah berdoa. Ai tengok je... tengok lilin, tengok kad, tengok bunga, tengok Ryan (anak buah Mei Mei). Abih aku tak tau nak buat apa..

Masa on d way balik, aku teringat suara Mei Mei yang tersangkut-sangkut masa aku call dia cakap aku kat rumah dia. Tak buleh nak bayangkan turn aku nanti. Turn aku kehilangan orang tersayang. Tak nak pikir..tak nak pikir...tapi kenyataannya nak ke tak nak ke, itulah yang aku terpaksa hadapi suatu hari nanti sebab mati itu pasti.

Monday, April 23, 2012

Berita Sedih di Pagi Isnin

Pagi ni aku aman-aman saja memandu di Jalan Kuching. Tapi tiba-tiba sorang pak aji memandu proton saga lama membuat onar dijalan raya hingga memaksa aku menge race dengan beliau....kuang ajo pak aji ni, aku ikut belakang dia, bawak slow nak mampos, 40km/j cam gitu... bila aku pegi lane kedua ala-ala nak memotong, dia pecut kete dia tak kasik aku potong...pastu slow balik..pastu pecut balik bila aku nak potong dia, ini sudah bikin panas...iols pun lantas menunjukkan skill Micheal Schumacher lalu meninggalkan pak aji jauh dibelakang. Muahahhahaha padan muka beliau. Tak habis disitu rupanya... bila aku naik ke MRR2 dan terus memandu dengan aman semula, tiba-tiba melalui cermin pandang belakang, kelihatan 1 kereta memecut laju sambil main-main lampu. Ooooo pak aji berkenaan la...dia kejar aku. Apakah???? Tidak membuang masa aku pun memecut jugak dan yeehaaaaa aku berjaya meninggalkan dia lagi.  (sebab berjaya la tulis kat blog..cer kalah, konpem aku diam2 kan je mehehehhehehe) Sampai aku masuk ke susur Duke, aku tak nampak kelibat kereta beliau.Mungkin dah terbarai tengah jalan. Spesis ni konpem jenis memandang rendah kepada kaum wanita dan tak buleh pompuan lebih dari dia ni. Mintak dijauhi sangat-sangat. Lagipun bukannya aku cari pasal ngan kau, yang kau buat jalan lane kanan macam bapak kau punya tu kenapa??

Ok...memandu dengan aman semula, tiba-tiba hati aku terdetik..ala..boring la hari ni, Mei Mei cuti bapa dia meninggalkan..kena la aku mengadap makcik kepoh sorang-sorang. Lepas tu aku tersedar..cehh apa aku merepek ni???bila masa bapa dia meninggal? Mentang-mentang la orang tu dah lama sakit. Asyik kuar masuk hospital je...meninggal terus aku kasik. choy sangat.

Sampai di ofis amoi tu dah lepak depan pc dia. 
"syukur...kau tak cuti" kata aku kepada diri aku sendiri.
Tapi lebih kurang pukul 9.30am.. hospital call cakap bapa dia kritikal dan ada problem.Dan lebih kurang pukul 10.30am dia sms aku bagitau -  Bapa saya passed away.

Aku = telan air liur. 
Betul-betul meninggal. ok aku ada deria ke enam... (ceh!poyo!)
Aku pun sebarkan sana-sini berita sedih itu. Semua orang tanya aku bila nak pegi ziarah dia..aku memang nak pegi...masalahnya tidaklah aku tahu prosedur serta adat istiadat kematian orang cina. Kalo orang Islam konpem-konpem aku dah pegi Hosp. Selayang time tu jugak. Baca Yassin ke apa ke...

Uncle ni dah lama sakit. Sejak dia eksiden lepas Chinese New Year lepas, asyik keluar masuk hospital je. Mula-mula kaki kena potong, lepas tu tekanan darah kejap naik kejap turun, lepas tu dah paru-paru berair pulak. Kesian pulak tengok Mei Mei asyik berulang ke hospital 3 kali sehari sampai tak sempat nak p gym. Terpaksala aiouls bersenam sorang-sorang.

Setelah berbincang dengan kawan-kawan yang lain, maka aku ditugaskan untuk mengumpul duit derma. Selalunya benda ni Makcik Kepoh yang buat, tapi sejak Makcik Kepoh gaduh dengan semua orang, kitarang malas nak suruh dia lagi. Aku pun tak inform dia tentang berita kematian ni. Malas duhhh nak cakap dengan dia. 

Derang ni akan pegi melawat esok sebab funeral hari rabu. Mengikut adat orang Cina, donation kena sampai sebelum upacara pengebumian. Derang ajak aku join sekali esok...ish ai pulak berdebor-debor....tak penah pegi ziarah orang cina meninggal sebelum ni. Lalu depan rumah je selalu..

Tak pela... cekalkan hati je la. Mei Mei pun kawan keje yang rapat serta kawan umpat saya...lagipun kita kan 1Malaysia...



//Ya Allah..panjangkan umo abah saya...dan tentunya emak saya sekali. 
umo saya pendek takpe..

Friday, February 17, 2012

Jumaat Nan Mulia

kondisi persekitaran : sunyi sebab semua orang p lunch tinggal mr chew dengan driver dia je

kondisi mental : tenang sikit sebab ah so pun keluar jugak. kalo tidak rasa nak meninggal dunia di tempat kejadian je dengar dia membebel doploh pat jam (buleh kena kanser otak aku!)

kondisi fizikal : sakit badan. Semalam ber kickboxing dengan sepenuh perasaan. Aku tumbuk dengan sepenuh daya tapi cikgu senaman aku kata "alah lemah lembutnya...ni tumbuk ke tepuk amai2" http://www.emocutez.com Jadi aku terpaksa keluarkan aura luaran dan dalaman untuk menumbuk tp masih ala-ala tepuk amai2 (nampaknya aku lebih sesuai meneruskan aktiviti memasak dan menjahit manik baju je)

Hari tu Ivan berkata :-
Ivan : siti, mana laptop u
Aku : ada pada yiaw bos, rosak
Ivan : ooh nanti bila sudah ok, kamu pulangkan semula pada saya
Aku : (berduka didalam hati namun redho - harta org apa buleh buat khennn) ye la..baiklah
Ivan : saya mau bagi dia (sambil tuding jari ke arah driver)
Aku : (terkedu. motip driver nak berlaptop segala?) ye baiklah

Sedih. Dah la laptop aku yang baru direpair dan dibangga-banggakan diblog hari tu rosak balik. ok aku takde laptop lagi. Guna Cik Santalia je la...itu pun kena berebut dengan kanak-kanak kendos dulu.

Hari ni ivan berkata : -
Ivan : Siti, mari sini sebentar
Aku : yes!
Ivan : Nah untuk kamu. itu yiaw sudah repair kan. beri kepada saya (sambil hulur laptop baru)
Aku : (dalam hati bersorak ria - yeeeehhhaaaaaaaaaa) a'ah dah repair, nanti saya ambik
Ivan : sign ini dulu (borang ala-ala Aku Janji)

Jadi kenalkan laptop baru saya (sebut sebagai bos saya)

Nama tak de. Barang orang tak perlu dinamakan sebab esok-esok tuan dia ambik balik
hehehe

Aktiviti terkini : gigih donlot Merlin dan cite hantu cina. buleh layan kat laptop baru khennnn

Wednesday, January 25, 2012

Pekerja Contoh di Tahun Naga

Sendirian di opis. Akulah tukang bukak pintu, tukang jawab call, tukang ambik surat, tukang itu dan tukang ini. Apa nak buat, semua orang masih bercuti bersuka ria. Aku yang tak beraya ni kena lah gigih bekerja.

Parking pun kosong je. Kau nak parking kereta melintang kat tempat bos pun takde sapa nak marah.

Tapi walopun sendirian di ofis, aku tetap bekerja.
Gigih pulak tu...


Gigih kan..? PC ada laptop ada...
http://www.emocutez.com

Friday, January 20, 2012

Suasana hari raya...

...Hari raya Cina

Dah keje company cina..kawan-kawan pulak semua cina, jadi bila dekat2 nak tahun baru ni, meriah la ofis. Minggu ni datang keje pun pakai merah je. Saja kasik sokongan moral.

Kad raya..harus dipamerkan kepada umum.


Hamper dan limau yang orang bagi. Seketika pas aku ambik pic ni, datang 4,5 hamper lagi. Tak kuasa aku nak ambik gambo lagi.
Tahun lepas aku 'bedah' 1 hamper semata-mata nak ambik tabung rabbit emas. Pastu aku gam balik elok-elok lepas tu tepek bunga kat tampalan tu. Bos tak tau.
hehehe
Tahun ni tak de naga menarik nak ambik.


Limau lagi. Bos beli untuk client & consultants


Yee sang. Makan ini bersama kawan-kawan. Ini Restoran Kinaree punya stail. Derang kata lain sikit dari yee sang biasa.
Ntah..bukannya aku tau pun
Harus lambung tinggi-tinggi sambil bagi ucapan yang baik-baik.
Ok semua orang ucapkan ucapan yang sama kat aku - semoga siti kawin tahun ni http://www.emocutez.com

Untuk ai. Walopun ai tak raya mehehehhhe


Ini paling best. Angpow. Ada lagi beberapa yang menyusul lepas pic ni diambik. Yeeehaaaa syukur alhamdulillah.
Tochee..tochee


//esok balik kampung...makan besar. Yeeehaaaaa lagi sekali

Monday, January 16, 2012

Sudah Genap 3 Tahun

Pejam celik pejam celik pejam celik (sib baik tak pejam terus) dah 3tahun aku keja kat KRAMMD atau nama penuhnya....adalah..

Setakat ni, inilah kompeni yang paling lama aku keje. 3tahun. Lepas grad, keje dengan Eqajati Construction setahun. Sempat la dapat bonus sekali guna buat ambik lesen kete. Kendian tukar keje dengan KLCC Urusharta 2tahun. Pindah pulak gi Ekowood setahun dan akhirnya berkelana di KRAMMD. 3 tahun sudah. Dah 7 tahun aku keje rupanya...
ish ish ish

Mula-mula masuk KRAMMD keje kat site ofis yang ofisnya di basement. Gelap. Gila takut masa 1st time pak gat syakir tu tunjuk jalan ke opis. Dalam hati aku pikir "mana bangla ni nak bawak aku ni..gelap je"
Masa tu projek baru mula. Site Staff ada 5 orang je kau. Malcom, Steven, Khairi, Aimi & Aku. Ok fine aku sorang je pompuan.

Lama-lama baru yang lenlain masuk. Tapi semua pun jantanz
Kendian masuk site clerk pompuan. Yeahh ada kawan. Tak lama pas tu budak tu resign masuk plak kawan dia. Yang ni aku lebih rapat berbanding yang dulu. Walaupun budak tu baru 18thn tapi buleh la masuk ngan dia. Sekarang budak tu pun dah resign g sambung study. Bagusla tu.

Staff silih beganti tinggal aku je yang masih setia di sini. Keadaan kerja, keadaan sekeliling, sikap bos dan gaji antara faktor aku masih bertahan disini. Walopun kadang-kadang rasa macam nak bunuh org, tapi 2,3 hari lepas tu aku ok balik. Kerja dengan normalnya.

Tak tau la selama mana. Setakat mana aku buleh bertahan, insyallah aku bertahan. Tak tahan kalu...haruslah aku berkelana ke tempat lain pulak kan.
http://www.emocutez.com
Rezeki di mana2 uols...

Tuesday, January 10, 2012

Jangan Tayang Beg Dalam Kereta Walaupun Ia Cuma Berisi Sepotong Belacan

Ok itu peringatan untuk diri sendiri dan kepada sesapa yang baca. Sebelum ni pun orang selalu pesan macam tu, tapi kadang-kadang aku ingat...kadang-kadang aku lupa. Kadang-kadang aku buat mudah je sambil berkata "ala...beg belacan je kot sapa nak curi"

Contoh je la tu.. Tidak la penah aku bawak belacan dan tinggalkan dalam kete.
Tadi lebih kurang pukul 5.30pm macam tu, management ofis Jaya One call bagitau kereta bernombor BFX **** kena pecah. Oo em ji...oo em ji itu kereta Mei Mei. Disebabkan company ambik season pass untuk semua staff, maka derang ada rekod pemilik kenderan.

Dengan penuh rasa prihatin dan kepohnya, aku pun sibuk berlari ke parking bersama Mei Mei dan Won.

oh kasihan amoi itu...dah la nak raya tak lama lagi
(ai menyelami hati nurani kawan-kawan uols)

Cermin kete depan bahagian co-pilot berderai. Aku tengok ada beg gym dia atas seat depan. Jadi aku bajet penjenayah bozo, jahat, menyusahkan orang dan kecik-kecik taknak mati itu ingat laptop. Maka derang pecahkan cermin. Bila angkat ringan, derang letak balik.
(pandai tak aiouls speku? ala2 detektif conan kan?)
Bozo sangat kau penjenayah, kalo laptop takkan orang nak tunjuk terang-terang kat kau.

kualiti gambo kurang memuaskan maklumla..kamera henpon cap ayam bergabung pula dengan suasana agak suram di parking.

Aku pun kadang-kadang leka buat macam ni jugak. Letak beg gym kat seat. Sebab aku pikir beg gym je...ada baju je kot. Ooo lupa ada la towel dan beberapa pakaian yang boleh kau bomohkan. Tapi bila dah kena pecah mcm si Mei Mei ni..lecehnya lahai. Benda yang hilang takde, tapi 1 hal kena hantar repair, kuar duit pulak tu. Lagi kena drive balik Puchong dengan takde cermin dihari yang kelihatan nak hujan ni.
(betul-betul la kau menyusahkan orang, penjenayah - hambik kau aku letak nama samaran kau penjenayah)

Tapi penjenayah silap besar pegi pecahkan cermin kete Mei Mei sebabnya si amoi ni parking kete betul-betul bawah cctv. Sekarang management ofis tengah check, esok derang bagitau katanya.

Sebenarnya aku sendiri pun tak tengok lagi keadaan kereta aku sendiri. Harap-harap semuanya selamat Insyallah. Semalam aku simpan beg gym dalam bonet. Lepas ni memang kena simpan semua barang dalam bonet. Kalo benda berharga memang akan ku usung la kulu kilir. Kenapala ramai sangat orang jahat dalam dunia ni..kalo kau hidup baik-baik tak kacau orang tak buleh ke?

Friday, December 16, 2011

kereta terbang diperlukan

GAMBARAJAH KEADAAN DI BASEMENT PARKING JAYA ONE PJ

kotak kuning : Parking lot
X biru : kereta aku
Dot2 : kon jalan yang derang gunakan untuk blok jalan


Tak buleh lawan arus kekdahnya. Nanti derang marah. Dah tu cemana aku nak keluar. Mau terbangkah? atau mau suruh aku tido sini saja malam ni?

Masa keluar dari parking aku tak nampak jalan keluar kena blok. Sampai kat situ dah tak boleh lalu, kereta belakang berderet. Penyelesaiannya aku ambik kon yang derang blok kat jalan keluar tu campak tepi jalan.
Kang glamerla aku jap lagi, sebab ada cctv kat situ.
Pergi meninggal dunialah! Hada haku kesah??

http://www.emocutez.com

Wednesday, November 23, 2011

Hari Ini Saja

Pic hari ini...


kau tau mana aku dapat belon-belon ni?si mei mei ni ha ambik kat tempat parking ada orang buang. Dia kata cantik kaler belon2 ni. Terpaksala aku jalan memandang lantai untuk sampai ke ofis.
Sedih.

Sampai ofis, aku yang mula2 gedik begambo.
Jakun sangat rasa tau. Tapi biarlah..aku ado belon kau ado?
http://www.emocutez.com

Lagu tema hari ini....



Jampi serapah hari ini...

Love...love please go away
Leave me alone,come another day

ai tak mau ambik risiko lagi. Harus halau ia pergi sebelum melarat.
http://www.emocutez.com

Template by:

Free Blog Templates