Hari tu jalan atas karpet kat rumah, tiba-tiba rasa kaki melekat-lekat.
"ish budak-budak ni, makan atas karpet la ni, habih tumpah melekat kat kaki aku " kata aku sendirian lalu membelek kaki.
Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!! rupa-rupanya tumit kaki aku pecah. Bukan sikit. Dua-dua belah pulak tu.
Tudiaa...huduh kan. Mohon jangan montah disini |
Tak buleh jadi ni, kena rawat segera. Pikir punya pikir, mungkin masa balik kampung hari tu, kaki aku tak tahan dengan tiles kat rumah. Pastu selamba je aku jalan kaki ayam atas tar sambil cuci kete. (mak pak kami turap tar habih kat laman rumah, alasan mereka tak nampak kotor bila hujan)
Tu la buruk sangat perangai...kan dah dapat hasilnya >_<
Langkah pertama, p farmasi beli krim untuk tumit pecah. Disamping tu beli batu pumis sekali, buat tenyeh kaki.
Beli brand ni.. 3 hari katanya... Rm23.90 |
Seketul je la aku beli. Bape hinggit ntah..tak ingat. Tapi bawah rm10 la.. |
Kendian, sediakan air suam campur air rumpai laut dan air mawar. Campur sekali hirisan lemon..cewah..lemon tu..tak pakai limau purut. Sebabnya rumah aku ada lemon je.
Lalu rendam kaki sambil tengok tv. Feeling ala-ala princess.
Sekejap je buleh rendam kaki sendirian. 10 minit kemudian, datang dayang dan pengawal a.k.a adam & anis nak join. Kena la tuan puteri gilir-gilir dengan dayang dan pengawal |
Sambil-sambil rendam, aku tenyeh kaki dengan batu pumis dan hirisan lemon tu. Pastu cuci kaki bersih-bersih. Siap scrub sekali. Sapu krim, pakai stokin dan zzzzzzzzzzzzz
Nak ambik gambar, kena la pakai stokin hak comei sikit kan :p |
Hasil selepas 4 hari bersusah payah...taraaaaaa
Sudah kembali licin.. weeeeeeeeeeeeeeee suka!suka!suka! |
Dalam 4 hari tu sempat la aku rendam kaki 2 kali. Sekarang rekahan dah hilang, dah malas nak rendam. Cuma masih gigih sapu losyen. Takut pisang berbuah 2,3,4 kali.
Dear kaki, lepas ni aku janji tak berkaki ayam lagi ye >_<