Wednesday, June 15, 2011

Bila aku berubah menjadi Eric Leong (versi berambut) -_-

Hari ni aku nak jadi Eric Leong. Supriseeeeeee!!!! Motip entry ini ditulis adalah untuk menayangkan keadaan baru bilik tido aku. Bilik je la buleh aku cacamerbakan..rumah tak buleh..maklumla rumah orang >_< (mau rumah sendiri dengan kadar segera)



Ini keadaan bilik aku sebelum disusun atur. Si kecik itu namanya Anis. Hobinya membaca (sila baca sebagai menyepahkan) majalah dan buku-buku aku. Mohon focus pada baju putih oren-oren tu..unipom aku hahahhaha

Dan ini pula..taraaaaaa



Bilik berwajah baru



Pandangan dari depan

Bilik ini dihias dengan konsep ‘Ikut Suka Hati Mak Nenek Aku Asalkan Ada Kaler Pink’. Yang betepek2 kat dinding tu wallpaper. Aku beli kat kedai cenderamata kat Pekan Rawang ( jauhnyaaaaa :p )



Ini keadaan dinding aku sebelum dikemaskini. Star2 tu katanya akan menyala dalam gelap. A’ah betul la menyala tapi 5 minit je -_-



Ini pulak dinding bilik aku berwajah baru. Wallpaper ni asalnya berbentuk beskal di kertas. Tapi bila aku try tepek, xjadi beskal plak..macam beca pun ada gak..ohhh lalu aku cipta ia menjadi bentuk sebegini :D






Ni lampu beli kat Ikea. Bape hinggit ntah sekuntum. Lupa dah. Lampu ni untuk bilik budak-budak sebenarnya. Tapi ada aku kesahhhhh??? Masa ni xbleh pasang. Lekat kat dinding je jatuh. Lekat jatuh. Akhirnya ini sahaja penyelesaian bagi masalah terbabit.



Ini keadaan lampu selepas dipaku dengan yakinnya didinding. Malam2 je nyalakan…ewahhhh :D




Cermin pun kena gak tempekkan aku. Hah hambik love bergabung disitu (bajet sweet -_- )



Bawah cermin ada deretan lilin wangi. Mula-mula aku susun lilin wangi ni…aku susun 20 bijik. Masuk bilik tinggal 18 bijik. Masuk kali kedua 15 bijik..misteri….rupanya ada hantu lilin a.k.a Anis Syakirah yang kejenya dok angkut lilin aku satu satu.



Sofa ni aku mekap sendiri. Aku jahit sendiri badan dia tu. (ish gigihnyaaaa..anak sapa la ni :D )Bahan terbuang je tu..kakmiza a.k.a kakak aku tak nak dah kat sofa tu. Lalu aku kutip ia dengan penuh kasih sayang dan jadikan secun ini. :p





Ini pulak tabung 2 bijik. Ditempatkan dihujung katil. Hujung tahun ni mungkin duit tu buleh digunakan untuk melancong (ceh!)
Kakak aku kata bilik aku macam kartun. Aku plak pikir bilik aku macam hiasan deepavali skit hehehhehe..tapi xpe..asalkan ia berwarna pink, tak kisah la deepavali ke, raya cina ke, gawai keamatan ke …janji aku gumbira setiap kali bukak mata bangun tido hehehehe

Pengajaran disebalik cerita ini : rupa-rupanya tekanan perasaan menyebabkan aku jadi lebih tekun. -_-




Dan ini Kate Middleton. dia tak de kena mengena dengan cerita ini kehkehkehkeh

Template by:

Free Blog Templates