Masa Amirul sambut besday ke 12 bulan April lepas, aku dengan penuh yakin dan bersemangat waja berkata "kalo Amirul dapat 5A, makndak bagi hadiah jam G-shock original latest punya"
Tibalah waktu dan ketika, result UPSR pun keluar. Ya beliau dapat 5A. *_*
Dah berjanji tu, kenalah tepati kan. Tapi tepat pun tak tepat sangatlah...
Janji jam lain beli jam lain. Mohon si anak bertabah. Makndak hang ni bukanlah kakitangan kerajaan yang berbonus dihujung tahun. Ini pun kira ok la ye daripada takde langsung
:p
harap-harap sesuaila dengan tangan budak baru nak naik tingkatan 1. |
Dah beli kat si abang, kenala beli untuk si adik sekali. Kang melopong pulak tengok abang ada jam baru, dia tak de..
untuk Cik Alia dengan ucapan ikhlas dari Makndak berbunyi - Selamat Masuk Darjah 3 -_- |
gigih bungkus |
Dah bungkus cantik-cantik, ada orang tengok pulak...lalu ada la yang memandang dengan wajah sayu sambil berkata...
errr....eerrrr.... nanti Makndak beli ye >_<