Friday, June 22, 2012

Hepi Besday my dear anak menakan! - 2

Hari tu abang dia, hari ni adik dia pulak. Si Anis Syakirah. Dah 3 tahun dah umonya. Pandai cakap dah boleh sembang. walopun kadang-kadang aku tak tau dia cakap Jerman ke Rusia ke..
Senang betol hidup Aja...dari si somi, anak sulung, anak no 2 semua dia lumpsum dalam bulan June. Save bajet gitu.

Aku ingat masa si Anis ni baru lahir, Abg Sharin MMS pic dia. Lalu segera aku tayangkan ke segenap staff MMD kat site O&P, Ppum masa tu. Pastu ambik EL balik kg. Gigih sangat.

Masa dia kecik, budak ni xde anak patung. Jadi hobinya mengepau anak patung aku. Dari teddy bear dalam bilik, dalam kete, bantal spongebob semua dia paw ke dia. Aku pun redho je la. takkan nak bergaduh dengan anak-anak berebut patung. malu uolsss...malu..

Satu hari aku beli 4 pasang selimut berpatung. Maksudnya selimut tu didatangkan dengan sekor patung lembut. 2 pink 2 biru. Selimut pink dengan patung kambing biri-biri. Selimut biru patung panda. Motif 4? sebab anak menakan aku total semua 4. (syukurla 4 saja...kalo 14 mau bankrap makndaknya ini)

Dapatlah si Amirul, Alia, Adam dan Anis sorang 1 selimut dan patung. Aku bagi nama Bebe. Anis pun pandai sebut Bebe..Bebe.. sejak tu Anis dah tak layan patung yang lain lagi. Kehulu kehilir dengan bebe kambing dia tu. Dari nak tido, nak minum susu, nak mandi, nak main-main naik moto hatta nak bershopping ke Sogo pun dia gigih bawak Bebe dia.

Kesian tengok, aku pun beli teddy bear lain. Beraneka bentuk, saiz, kaler aku beli, semua dia main 2 hari je, pastu campak ke mana-mana dan cari adik Bebe dia balik. Cari selimut berpatung tu dah xde jual. Sampai dah lebih kurang 2tahun usia Bebe tu. Sampai rentung bulu Bebe tu sebab ibu dia asyik basuh.
Macamana tak basuh...dia main sampai comot menatang tu. cari tak jumpa je, kau dengar la dia melalak sampai nampak anak tekak. Comotnya patung tu sampai malu nak bagi dia usung kulu kilir lagi. sebab dah daif sangat keadaan bebe tu.

Aku pun dapat idea iaitu ambik teddy bear Alia yang sama rupa paras dengan Bebe dia tu. (kena la makndaknya beli ganti teddy bear baru untuk mek Alia..gituwww...konsepnya >_< ) Sekali tengok mek alia dah mekapkan teddy bear dia siap lukis lipstik segala. >_< takpela..asalkan sama...
Hajat dihati nak ganti-ganti. Sekali si Anis nampak Bebe dia ada 2. Melonjak gembira la member. Bebe dia dah beranak kekdahnya. Dari sekor jadi 2 ekor. Dah kulu kilir bawak Bebe 2 ekor. Hah lantak kau la..Tak tau la selama mana kau nak usung Bebe tu, Anis. Jangan esok-esok pegi sekolah pun usung bebe lagi. Parah.

makan kopok bersama Bebe terchenta (smbl pakai stokin aku >_< )

Minum susu dengan Bebe

Balik kampung Kedah harus bersama Bebe

Balik kampung Perlis jua, harus bersama Bebe juga.

Lepak di Cameron tetap bersama Bebe

kau tengok dia melalak sebab Bebe dia kena hempap. Hari tu melalak jugak bila aku purak-purak nak lempang Bebe dia. Melalak bersungguh-sungguh macam Bebe tu blh meninggal dunia.

Takpela nak...asalkan kamu bahagia. sudahla. eniway..hepi besday to you..semoga jadi anak yang solehah dan membanggakan ibu bapa nanti (ibu sedara termasuk dalam pakej ibu bapa jua)
heh heh heh

esok2 bila ai da xde, boleh depa baca dan tau ai sayang ke depa... :)

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates