Saturday, July 2, 2011

Siapa Aung??

Anak buah aku ada 4 org. 2 orang dah besar 2 masih kecik. Tapi kesemua mereka sangat menggeruni Aung. Bila nakal, mak ata abah derang atau mak atau abah aku atau aku sendiri (hambik penggunaan ‘atau’ sepenuhnya) akan takutkan derang dengan Aung. Contoh ayat – “aunggggg..ambik adam aunggg” “aungggg ambik adik aungggg” maka akan terkedek2 la mereka berlari menyelamatkan diri dari Aung.

Penah 1 ketika, anak buah aku yg kecik (nama beliau Anis) main dalam bilik aku (sila baca sebagai memporak perandakan bilik aku) dalam gelap. Aku pun agah dia – “aungggg ambik adik aunggg” menjerit2 dia merangkak keluar (padahal dia dah besar buleh jalan lari, tapi dia merangkak sebab dia lupa dia buleh jalan, kehkehkehke punyala takut)

Aung ni sebenar-benarnya kucing. Budak2 ni bukan takut ke kucing tapi takut dengan perkataan Aung tu sendiri. Tapi sekarang maksud Aung dah berkembang. Bukan kucing saja, malah hantu kat TV pun derang panggil Aung.

Sejarah Aung – cewahhhhh….pada zaman dahulu, ketika aku dan kakak2 aku masih kecik, kami ada bela kucing. Sekor je. Jiran selang beberapa buah rumah (nama beliau Tok Arup) pun ada kucing. Kucing jantan. Kucing kami betina. Putih ka apa nama dia. Kucing jantan tu selalu sangat datang rumah dan bunyi aung…aung…aung…aung…. Bukan bunyi meow…meow…meow… aneh betul kucing ni. Mana planet dia datang pun xtau la. Nak kata bunyi musim mengawan pun tak jugak..sepanjang masa je bunyi macam tu.
Tak lama kendian, Putih pun peknen. Kemungkinan besar si Aung tu la ‘laki’ dia. Aung pun selalu datang lagi sambil berbunyi Aung…Aung…Aung… Aung ni muka dia garang, dan dia pun garang.

Akhirnya Putih pun beranak. Ada 4 ekor. cumil mereka semua (masa ni aku tak takut kucing lagi..skang aku takut ngan kucing..nanti ada masa aku tulis sebab2 ketakutan tersebut). Aung dah jarang kelihatan. Playboy betul la kucing tu. Tak padan ngan kucing.

Sampai la pada 1 malam dengar bunyi aung..aung…aung…ooo dia datang dah. Nak ziarah anak2 kot. Putih dan anak2 dok kat luar umah. Bawah bumbung la. Kami pun tak tau apa yang berlaku hinggalah pagi esoknya kami tengok anak2 kucing tu mati dalam keadaan sungguh tragis. Tak de kepala.kaki xde..luka sana luka sini. Putih pun luka tang mana. Tak tau apa yang berlaku. Tapi kami syak Aung yang makan anak-anak dia sendiri.

Sejak tu Putih sedih je..tengok muka pun tau. Bila Aung datang dia lari takut. Itu menguatkan laki spekulasi kami tentang Aung. Sejak tu jugak dengar je sayup2 bunyi aung..aung..aung…aung.. bapak aku dah siap bukak pintu dengan penyapu halau Aung balik. Datang lagi halau lagi. Sampailah sudahnya mak tak bela lagi Putih. Sejak tu Aung xdatang rumah lagi namun nama Aung tetap abadi di ingatan kami sebagai satu makhluk yang jahat. Buweeeeekkkk utk Aung. (emo plak)


“ini anak u Aung..anak u” kata Putih
“aaaahhh..kau jangan pandai2 nak kaitkan nama aku, ntah dengan siapa kau tido, sekarang kau tuduh ini anak aku” marah Aung pada Putih sambil merenung tajam bayi mereka ber4 itu.
“tidak Aung..tidak..i cuma setia dengan u..huhuhuhuuhuhuhuh”
“aku tak percaya..hah ambik ni aku makan semua anak kau”
“jangan Aung..jangan….kau kejam Aung..tidakkkkkkkk”
PERBUALAN DI ATAS HANYALAH IMAGINASI PENULIS SAHAJA AKIBAT TERLALU BANYAK MENONTON DRAMA MELAYU -_-


ini bukan wajah Aung..ini cuma pic kucin dari pakcik google kehkehkehkehkehkeh

4 comments:

~~Ap Hasnida~~ said...

ek eleh...setia pada yang 1..konon...wahahahhaha.....pandai u buat dialog yer...tahniah....

ChitiSaliana said...

ai ada 6th sense..tgk muka binatang je tau apa derang ckp hohohohohohohohohoohoho

anie said...

"lahai...lenguhnya ai dok eksersais x renti..."
kata ayam kat clock calender cik gadiez...ekekekeee

ChitiSaliana said...

ooo u pun paham bahasa binatang ye..igtkan ai je kihkihkih

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates