Tuesday, November 29, 2011

Jangan dicabar orang yang sabar

nota kepala : aku sedang menaip dalam keadaan yang tenang, sambil bergelak ketawa dengan rakan-rakan seopis
http://www.emocutez.com

Ada orang kan sangatlah penyabar. Apa orang buat kat dia pun, dia senyum je. Orang kata apa pun kat dia, dia diam je. Apa-apa pun, dia ok-ok kan je.

Bagusnya berdepan dengan orang macam tu. Tapi ada orang suka betul ambik kesempatan dengan orang macam tu. Bagi derang orang tu vodo,vengong, vendul.

"takpe..dia ok..dia takde hal punya...dia tak kisah"
yela..takpe ye...takde hal ye...tak kisah ye... memanglah dia takpe,dia tak kisah,dia takde hal sebab dia masih bersabar lagi dengan sikap kau tu. Tapi toksah la kau cabar-cabar kesabaran dia lagi.

Dia pun ada hati perasaan jugak. Tau sakit hati dan tau marah. Cuma dia punya kelebihan mengawal rasa marah dia.Tapi kalo tiba-tiba dia marah hah hambik macam gunung berapi meletup. Kang tiba-tiba masuk muka depan harian metro je ada orang mati kena bunuh.

Apa nak buat, mungkin itu yang orang nak tengok dia buat.

Apa pun yang pasti orang tu bukan aku.Hampun sangat aku bukan orang yang sabar. Sedey mengenangkan sikap panas baran ni ha. Macam-macam aku buat nak mengurangkan panas baran ni. kasik cool sikit. Ada kalanya berjaya, adakalanya harom.

Jadi kalo kamu tak kenal aku dan rasa aku orang yang sabar, boleh ditolak ke kiri ke kanan, ke depan ke belakang, kamu sangat bertuah kerana itu maknanya aku masih bersabar dengan kamu (ia jarang-jarang berlaku howkey), jadi mohon sangat kamu hargai kesabaran aku sebab kamu tak tau apa yang aku akan buat bila aku marah.

Semoga tuan tanah dapat mengawal marah kpd beberapa orang hamba Allah itu sebelum perkara seperti ini....
http://www.emocutez.com
berlaku. Amin.

Template by:

Free Blog Templates