Thursday, December 1, 2011

Orang pendek yang gigih

1hb kan hari ni...maka wajarlah aku busy macam bulan-bulan yang lain. Time2 begini lah macam-macam meeting pulak nak bertandang. Tak buleh ke meeting time aku bersenang lenang xbanyak keje tu?

Walopun sibuk, sempat jugak aku menjenguk ke sini. Takut bersarang labah kekdahnya. Balik rumah lambat hari ni sebab p ambik Nur baru balik dari Pahang. Terus susun baju kat dalam almari (dah ada orang lipat, ai tinggal susun dalam almari je ...oh senangnya hidupku hehehehhehe)

Tapi orang tu tak nak lipat kain2 yang susah dilipat, maka kenala aku lipat sendiri
(padan muka aku!)

Contohnya skirt-skirt labuh. Semenjak beberapa ketika ni suka nor aku pakai skirt labuh. Nak kata fefeeling Hana Tajima tak jugak. Skirt beliau mcm lain. Saja je suka dan selesa. Banyak jugak la koleksi skirt labuh, separa labuh dan tidak labuh dalam simpanan aku.
Gigih pakai skirt labuh macam tinggi lampai je kan bunyinye padahal dukacita dimaklumkan tinggi aku 5kaki SAHAJA (sedih!)


Dah buleh register masuk geng ni ------->










Tayang la sikit dua tiga lai skirt labuh hehehhehehe

Skirt berkonsep Deepavali hehe


Bunga-bunga bajet comei la tu...skirt begini memang besar. Bila pakai jerut pastu bawahnya mengembang. Bila berjalan ditiup angin, rasa mcm bersiar-siar di taman gitu. santai je... mcm princess pun ada gak (kononnn)

skirt skema

Ni je yang ada depan mata kena lipat. Alang-alang sebelum dilipat tu, bentang la satu-satu ambik gambo. Yang lain-lain akudah susun kat bawah-bawah..malas aku cekau semua.

Orang kata skirt labuh ni sesuai dengan orang tinggi dan kurus je. Tapi hade aku kesah. Selamba je aku yang tidak tinggi dan tidak kurus ni pakai kulu kilir. Setiap kali aku pakai, orang-orang kat ofis tu selalu belek-belek je skirt aku. Derang kata cantik. Apalagi, berlakulah pengembangan tahap maksima.

tuan tanah : ok tak saya pakai skirt? buruk tak?nampak macam kon jalan tak?

(kon jalan) -_-

kawan-kawan di opis tuan tanah : eh takde la..mana ada, ok je u pakai. mana ada buruk, cantik je
(ketika itu tuan tanah pun mengembang dengan sempurna)

Mungkin jugak derang saja nak ambik hati aku
http://www.emocutez.com

Nota kaki yang tidak ada kena mengena dengan tajuk (kena sikit kat perkataan GIGIH :
apa akan berlaku sebaik saja aku selesai menconteng blog? jawapannya sambung buat kerja sampai pukul brapa tak tau. Semoga bonus tahun ni paling cikai 3 bulan.
Amin.
kehkehkeh

Template by:

Free Blog Templates