Tuesday, September 20, 2011

Bila Tarabas kembali ke pangkuan ku.. Harus Curang Seketika Dengan Putera Arthur

Hambik..tajuk. demikian punya panjang. Pasni nak buat tajuk sampai 2 muka surat plak. Biar baca tajuk je..isi takde. buleh gitu.

Sekarang ni setiap ahad, TV9 tayang cite The Cave of The Golden Rose. Sejam setiap minggu. Memang ramai yang suka dan rindukan cite ni. Termasuk la aku. Masa tengok dulu, aku darjah2 lagi. Kanak-kanak ribena lagi. Sekarang dah tuo pun (baca sebagai dewasa)

Watak-watak dalam ni pun hensem lawo dan menarik belaka. Sampai hero jahatnya hensem nak mampos. Menjadi kegilaan para gadis dan wanita. Sapa tak kenal Tarabas. Ada 1 part dalam cite ni, Fanthagiro akan sebut nama Tarabas 3 kali. "Tarabas...Tarabas...Tarabas" Wahhhh sungguh menjadi pujaan ayat itu. P sekolah harus nak lakonkan part itu dengan kawan-kawan. Feeling Fanthagiro la konon (padahal Fanta dalam botol pun xde ) >_<
Ni dia heroinnya..Fanthagiro. Cun. Untuk melakonkan part Tarabas... Tarabas.. Tarabas..kita kena feeling muka kita secun Fanthagiro, baru lakonan mantap :D


Ni Fanthagiro semasa berambut kontot. hari tu ingat nak buat rambut pesen ni. Alhamdulillah, Allah memberi taufik dan hidayah supaya aku xbuat mcm ni. kalo tak...hampunnn tak sanggup bayangkan T___T



Ni hero dia Ramualdo. Ye sedikit kebanglaan disitu. Dulu aku namakan ikan aku Ramualdo. Sekarang encik ikan tu dah mati. Bini ikan tu harusla nama Fanthagiro. baru balance...


Tarabas...Tarabas...Tarabas....yang menjadi poojaan hati ramai gadis.



ahli sihir baik..White Witch. Kejap jadi tino kejap jd jantan..kejap jadi itik. mentang-mentangla ahli sihir.


Watak ahli sihir jahat yang muncul dalam siri 3 kot xsilap. Dark Witch. Tak silap aku dia ni mak Tarabas. tapi ingat2 lupa je. Satu kekejaman beliau yang aku igt smp sekarang, bila dia sumpah orang kenit jadi carrot lalu makan carrot tu. (terbayang orang kenit tu menjerit-jerit kena gigit >___< (tinggi betol imaginasi aku) Dah tu sapa pulak Prince Arthur?

Ni dia. Bopren aku (ceh!mati hidup balik pun tak kan >_<) Putera raja negara Camelot dalam siri Merlin. katanya Merlin 4 akan kuar Oct ni. Clash la dengan The Cave.. alaaaaaaa harus lah aku pin pin parawit nak pilih sapa (pin pin parawit tu adalah satu teknik memilih ala2 osom- jampinya berbunyi pin pin parawit, up u go out mende ntah )


//betullah aku suka berangan

2 comments:

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

peghhh gigih btul akk cari gmbar pelakon2 ni kan?? hehe

G-A-D-I-E-Z said...

tekun dan gigih tonggak kejayaan hahahahha

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates