Friday, June 29, 2012

titik titik titik (edisi 5)

...................

Tuesday, June 26, 2012

Hari Boring Sedunia

Boring hari ni (VO pun tak siap lagi, ada hati nak berboring-boring) macamana tak boring. Nak post gambar kat blog xbuleh, nak attach file kat email tak buleh, nak bukak pesbuk tak buleh, nak lepak kat forum tak buleh semua pun tak buleh. tenet ni vengong ke apa ntah.Bukan taknak buat keje, tapi tau je la, ada hari-harinya produktiviti kita memang akan menurun ke paras negatif. kan? hari malas keje gitu (feeling company ni apak aku punya)

Bukak la forum tempat lepak dulu-dulu. buleh pulak. tak pe la, layan la kejap. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermainkan. heh heh heh
(tiba-tiba tingat kawan lama kat forum tu yang dah sepi tanpa berita...apa khabar gaknya beliau..ntah2 dah masuk Islam)

klik..klik..klik lantas terjumpa ini..

QUOTE(domesticgoddessnot @ Jun 23 2012, 11:47 AM)
dear sushi,
to let go doesn't mean to stop caring, it means u can't do it for someone else
to let go is not to cut urself off, it is the realization that u can't control another
to let go is not to enable, but to allow learning from natural consequences
to let go is to admit powerlessness, which means the outcome is not in ur hands
to let go is not to care for, but to care about
to let go is not to fix, but to be supportive
to let go is not to judge, but to allow another to be a human being
to let go is not to be in the middle arranging outcomes, but to allow others to affect their own outcomes
to let go is not to be protective, it is to permit another to face reality
to let go is not to nag, scold, or argue, but to search out ur own shortcomings and correct them
to let go is not to adjust everything to ur desires, but to take each day as it comes and cherish the moment
to let go is not to criticize and regulate anyone, but to try to become what u dream u can be
to let go is not to regret the past, but to grow and live for the future
TO LET GO IS TO FEAR LESS AND LOVE MORE
letting go of someone or something u truly love is hard to do... but that's how life works at times....

dear sushi,
yg di atas ni kak dome cilok dari blog org
sama2 la kita semua let go kan apa yg patut di let go itu

Thanx Kakdome. Baru hari ni baca. Tiba-tiba sebak di ayat yang dibold itu.

//rasanya aku sorang je 'sushi' dalam tu hehehehe

Friday, June 22, 2012

Hepi Besday my dear anak menakan! - 2

Hari tu abang dia, hari ni adik dia pulak. Si Anis Syakirah. Dah 3 tahun dah umonya. Pandai cakap dah boleh sembang. walopun kadang-kadang aku tak tau dia cakap Jerman ke Rusia ke..
Senang betol hidup Aja...dari si somi, anak sulung, anak no 2 semua dia lumpsum dalam bulan June. Save bajet gitu.

Aku ingat masa si Anis ni baru lahir, Abg Sharin MMS pic dia. Lalu segera aku tayangkan ke segenap staff MMD kat site O&P, Ppum masa tu. Pastu ambik EL balik kg. Gigih sangat.

Masa dia kecik, budak ni xde anak patung. Jadi hobinya mengepau anak patung aku. Dari teddy bear dalam bilik, dalam kete, bantal spongebob semua dia paw ke dia. Aku pun redho je la. takkan nak bergaduh dengan anak-anak berebut patung. malu uolsss...malu..

Satu hari aku beli 4 pasang selimut berpatung. Maksudnya selimut tu didatangkan dengan sekor patung lembut. 2 pink 2 biru. Selimut pink dengan patung kambing biri-biri. Selimut biru patung panda. Motif 4? sebab anak menakan aku total semua 4. (syukurla 4 saja...kalo 14 mau bankrap makndaknya ini)

Dapatlah si Amirul, Alia, Adam dan Anis sorang 1 selimut dan patung. Aku bagi nama Bebe. Anis pun pandai sebut Bebe..Bebe.. sejak tu Anis dah tak layan patung yang lain lagi. Kehulu kehilir dengan bebe kambing dia tu. Dari nak tido, nak minum susu, nak mandi, nak main-main naik moto hatta nak bershopping ke Sogo pun dia gigih bawak Bebe dia.

Kesian tengok, aku pun beli teddy bear lain. Beraneka bentuk, saiz, kaler aku beli, semua dia main 2 hari je, pastu campak ke mana-mana dan cari adik Bebe dia balik. Cari selimut berpatung tu dah xde jual. Sampai dah lebih kurang 2tahun usia Bebe tu. Sampai rentung bulu Bebe tu sebab ibu dia asyik basuh.
Macamana tak basuh...dia main sampai comot menatang tu. cari tak jumpa je, kau dengar la dia melalak sampai nampak anak tekak. Comotnya patung tu sampai malu nak bagi dia usung kulu kilir lagi. sebab dah daif sangat keadaan bebe tu.

Aku pun dapat idea iaitu ambik teddy bear Alia yang sama rupa paras dengan Bebe dia tu. (kena la makndaknya beli ganti teddy bear baru untuk mek Alia..gituwww...konsepnya >_< ) Sekali tengok mek alia dah mekapkan teddy bear dia siap lukis lipstik segala. >_< takpela..asalkan sama...
Hajat dihati nak ganti-ganti. Sekali si Anis nampak Bebe dia ada 2. Melonjak gembira la member. Bebe dia dah beranak kekdahnya. Dari sekor jadi 2 ekor. Dah kulu kilir bawak Bebe 2 ekor. Hah lantak kau la..Tak tau la selama mana kau nak usung Bebe tu, Anis. Jangan esok-esok pegi sekolah pun usung bebe lagi. Parah.

makan kopok bersama Bebe terchenta (smbl pakai stokin aku >_< )

Minum susu dengan Bebe

Balik kampung Kedah harus bersama Bebe

Balik kampung Perlis jua, harus bersama Bebe juga.

Lepak di Cameron tetap bersama Bebe

kau tengok dia melalak sebab Bebe dia kena hempap. Hari tu melalak jugak bila aku purak-purak nak lempang Bebe dia. Melalak bersungguh-sungguh macam Bebe tu blh meninggal dunia.

Takpela nak...asalkan kamu bahagia. sudahla. eniway..hepi besday to you..semoga jadi anak yang solehah dan membanggakan ibu bapa nanti (ibu sedara termasuk dalam pakej ibu bapa jua)
heh heh heh

esok2 bila ai da xde, boleh depa baca dan tau ai sayang ke depa... :)

Wednesday, June 20, 2012

titik titik titik (edisi 4)


http://www.emocutez.com

Wednesday, June 13, 2012

Hepi Besday my dear anak menakan!

*Gigih aku kumpul dan cantuskan pic budak ni. Payah nak cari mak menakan gigih gini*
heh heh heh

Hari ni besday adam yang ke 5. Dah besar dah anak menakan aku sorang ni.sepatutnya hari ni nak celebrate kat tadika dia, tapi cikgu tadika cakap ujung bulan ni derang nak celebrate togeder2 dengan budak-budak lain yang besday bulan 6. Jadi ujung bulan ni la kami anto kek ke sana. Kami??? Kakmiza dgn abg sharin je la.. >_< derang dah order kek gambar angry bird. Karekter peberet adam.

Sekarang ni dah pandai order barang. Hari tu aku nak kuar g keje, dia cakap “makndak, kalau kedai bukak, beli kete polis tau. Kaler putih ok. ada lampu-lampu, ada munyi-munyi”

Aku – “yela…”

Dia sambung lagi – “kete polis dan kete kecik-kecik jugak ye..”

Apa dia pikir makndak dia gaji 20juta sebulan agaknya. Pesan itu pesan ini.

“popok sekali tauuuu”

Ada lagi tuuu

Gigih la aku pusing sana sini cari kete polis kaler putih ada lampu ada bunyi.

Hari-hari, aku balik keje je, derang akan selongkar beg, tengok apa aku beli.kadang-kadang aku beli mainan, kadang-kadang kopok ke coklat ke. Kadang-kadang aku tak singgah mana2 lalu tak beli pape, aku tipu cakap, kedai tutup la hari ni….

Heh heh heh

Selalunya lepas gym, aku dah malas nak singgah kedai sebab dah lewat..jadi aku beli buah je kat Jaya Grocer tu. Nanti aku tipu lagi – kedai lain semua tutup, kedai buah je bukak

Heh heh heh

Buleh gituw….redho je budak-budak tu dengar. Masing-masing tarik muka patblas. Tapi kalo aku beli pisang ke anggur ke, bedal jugak.

Malam tadi, ibu dia belikan mamee dapat free puzzle gambor doraemon. Kecik cinonet je la. Tekun susun sampai siap. Pastu aku tanya dia – “adam suka buat puzzle ye”

Adam – “suka. Esok makndak beli lagi ye…yang besar. Kecik xmau. Nak besar. Gambar taman ke..gambar angry bird ke…ok?makndak beli 2 lah, adam satu adik satu, beli 3 pun boleh”

>_<

Aku tanya 5 patah je…berpatah2 dia jawab.

buat menunaikan impian anak-anak. Nak puzzle besar katanya. hambik kau 2. susun sampai siap. Tak siap jangan makan nasik. buleh gitu?? mak tiri sangat perangaikan.

Dah beli untuk Adam, kena la beli untuk cik Anis kita sekali. kang sayu pulak tengok muka dia tak dapat pape. Tapi aku rasa kalo aku bagi dia main puzzle tu alamatnya punah habis la. kang 1 cebisan kat bawah karpet, 1 cebisan dalam mesin basuh, 1 cebisan bawah katil. Jadi aku beli yang lain, tapi konsepnya harus kena sama dengan apa yang abang dapat.

konsep susun-susun jugak.Tapi kang ini kena cabut dari kotak. kalo tak, abang pulak jeles, yang dia punya tak de kotak.

>_<

anak 'kembar'..gitu laaaa

Alang-alang terjumpa kek ini. beli je la sekali. Comei je... kang makndak yang telan ni

Tuesday, June 12, 2012

Mari Kita Main Nombor

(ini bukan Ngankung mahupun Ngonkrong)
Jumpa kat email lama yang dah bertahun tak bukak. cam besh gak baca blk. Moh le baca ramai2. utk tujuan bergumbira ria sahajeee ...

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam
asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului
dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak
pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia
yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan
orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan
dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda
ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka
bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and
perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar
diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda
juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam
muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang
keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda
boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda
juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda
adalah no.2, 5, 9.

no.3 (aku punya)
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama
dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah
keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat
pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan
dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja
keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan,
kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang
itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta
di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia
ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9..

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan
orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang
rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah
tanpa berfikir panjang... Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda
kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan
menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada
anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun
anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara
hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan
kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan
minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang
yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda
mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, & 9.


no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai
dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati
(tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa
yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda
mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan
mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan
mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu
panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk
keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali
sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah
dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang
bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga
mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan
anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa
anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang
disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah
membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan,
keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang
sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima
cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda
selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah
semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka..
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain
percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
Aku punya No 3..tapi macam tak berapa nak kena je...lagi-lagi stetmen 'Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan'
*pengsan berganda membacanya*

Monday, June 11, 2012

Kompilasi Luahan Hati Untuk Hari Ini

Dear N,
buleh dak hang berenti meroyan. aku malu tau dak....24jam dok meroyan...macam nak tunjuk warak pun ada gak. geli tulang selangka iols. kalau hang nak cari surah ke..zikir ke...search je la diam-diam. tak pun p kedai cari buku, tak payah kompang sana kompang sini. adoilaaaaa

Dear AMJ,
awat la hang dok merapu sangat?

ni yg aku malas add budak2 ni.ko yg add aku. cedare maree kata pun

Dear SM,
pejam mata nampak ko..pejam mata nampak ko, motip apa??? jatuh chenta kah??
*mood = gatai*

Dear MTS,
*senyum* smbl nak betulkan skru otak saya
Dear KAAR,
wei..ko menipu tau dak?ko fitnah aku tau. cakap mcm bagus je. berdoa sangat tak de pompuan terpedaya dengan ko. Bila aku baca ayat ko, dalam 10patah, mungkin 2 je betul, yg lain auta tahap tertinggi. cis! dah la muka buruk, perangai pun sama buruk! best noooo dapat fitnah orang. igtla sikit, dunia ni bulat dan Tuhan itu Satu.

Dear MNO,
ko tak pernah rasa bersalah kat aku ke? best kan idop dapat aniaya orang. doa2 semoga anak dalam perut tu bukan pompuan..bukan apa, tkt org aniaya anak pompuan ko pulak.

*pijak2 jugak 2 ekor ni kang*

Saturday, June 9, 2012

Saya dah beli baju raya, anda pula bagaimana..?


Gigih kan? Dah buleh raya dah aku ni, baju raya dah beli. Hari tu g Tganu dah beli kain 3 pasang, 1 utk iols, 1 utk bonda dan 1 utk adinda. Sok2 ada mak mentua, kenala tambah kuantiti kain. Gituuuuw.. (menantu solehah)
Heh heh heh
Pastu semalam, Kakmiza ajak g Wangsamaju. Aku pun on je…tak de masalah..kalo hal jalan, soping, window soping, door soping, floor soping mahupun roof soping semua aku tak de masalah. Tapi serius aku takut dengar ‘WANGSAMAJU’. Yela..kan aritu ada pompuan kena culik kat Wangsamaju. Syukur dia lepas. Tapi yang lain tak tau nasib gimana
Walopun aku tidak gebu untuk menjadi mangsa jual, tapi organ-organ aku ada nilai gak sekupang dua.
>_<
(celakalah ke atas kamu penculik!)
Jadi, dah g 1 tempat membeli belah di Wangsamaju tu (sumpah aku parking betul-betul depan pintu masuk, lantak la pak gat nak marah pun, kalo dia marah aku akan cakap "saya takut kena culik macam pompuan kat The Curve tu..tengok saya dah tak berani pegi The Curve lagi, terpaksala datang sini" tu la teknik mempertahankan diri walopun ada kemungkinan pak gat tu akan jawab "apa kau bajet kau cun macam amoi tu ke?" )
*sambung...
Jadi, dah g 1 tempat membeli belah di Wangsamaju tu, pusing p pusing mai, terbekenan pulak aku dengan 1 baju ni...cantik yahamat la (pada pandangan mata aku) kaler?kau jangan tanya la, harus la pink. Hari tu dah beli kain kaler teqois konon nak keluar dari imej pink, namun hampa jua. Tak daya menipu diri, sayalah peminat pink tegar.
Kena sangat baju tu dengan taste iols. Tapi harga RMxxx. Dalam purse ada RM45 je...
*sedeh*
"nantilah beli...hari tu dah beli kain, bulan depan pulak la beli baju siap" kata aku kepada kekanda Aja.
"Nanti, kalau hang tunggu bulan posa, lagi mahai...depa penaik harga hang tau dak..aku tau la..aku dah survey taun-taun lepas. Bulan rejap harga lain, syaaban harga lain, ramadan harga lain...bila dekat nak raya pulak, harga turun sikit tapi size dah abih"
kau tengok, Aja hasut aku... (alasan nak salahkan orang lain kan..padahal diri sendiri pun tergedik-gedik nak beli)
"tapi dikna tak dak det la ni..." suara bernada rendah (jaga imej) dengan mata ala-ala Puss in Boot dalam Shrek 3 (mohon simpati)
"tak pa..guna duit aku dulu, nanti hang bayaq...cepat pilih, pilih hak pink ni elok jugak, hang mesti suka pink"
Yesss! misi berjaya! target mengena! terus sambar tanpa rasa was-was. Sekali jurujual tu kata, aku kena pakai saiz S je...kalo M macam baju pinjam.
"eh tak dela..saya pakai saiz M"
"tak...s pun buleh masuk..."
Ya Rabbi...feeling kecik sangat uols bila buleh masuk baju size S dengan jayanya (padahal baju tu cutting besar kot kan..tapi janji huruf S )... terus semangat melompat kat kelas Bodycombat..maklumla dah kurus..(kononnnnnn)
Terus rasa tak sabar nak raya. Tak dan2 dah ni org kedah kata. Tapi mana buleh snap gambar baju tepek sini, tak buleh...tak bulehh.. kata pun baju raya, haruslah simpan sampai raya kan.
Masa kecik-kecik dulu, kalo buleh tengok baju raya kawan sebelum hari raya, itu dikira kejayaan terbesar dalam hidup. Melompat-lompat mengejek - "yeah..yeah..kami tengok dah baju raya hampa..yeah..yeahhh kami tau baju raya hampa kala merah" Ulang ejekan sampai kawan tu rasa nak hentak kepala ke dinding sekolah lalu menangis sambil berkata - "kami habaq kat mak kami!!"
Gituuuw...

Friday, June 8, 2012

Macamana saya berharap dia masih ada....

Awat dok sensitif sangat hari ni tak tau?






kau tau apa rasa menjadi kembar yang kehilangan kembarnya?
jawapannya rasa macam kehilangan sesuatu. Dari kecik aku dapat rasa macam tu. Rasa macam ada benda yang kurang, ada benda yang lupa, ada benda yang tertinggal, ada benda yang tak cukup. Kalo balik kampung, berkumpul ramai-ramai, aku mesti cari sapa yang tak de..rasa macam kurang sorang tapi sebenarnya dah cukup.

Dan adakalanya sangatla aku harap dia masih ada. Jadi aku ada kawan dan kami buleh jadi cam ni. Baju sama, kasut sama, tocang sama...
>_<

ewahhh bajet aku comei cam kartun ni??
*pengsan*

Walopun dia pegi masa lahir, tapi kami diciptakan bersama dan share alam rahim togeder-geder. sampai ati uols...dok dlm perut sama-sama pastu tinggalkan iols sorang-sorang kat dunia.Sok2 dalam kubur pun iols masuk sorang-sorang. uols takpela..dah lepak kat syurga skang.
*meroyan*

Kalo dia masih ada buleh kami masuk Amazing Race dan panjat Gunung Kinabalu sama-sama. Tengok sekarang tak de sapa nak teman aku buat tu semua.
>_<

Dari Harian Metro

pix_middle

LAGU Perancis, Je Ne Veux Pas Travailler dendangan Pink Martini kedengaran berkumandang mengisi ruang dewan pernikahan yang sangat indah pada pagi itu, berhiaskan fabrik, bunga-bungaan dan chandelier yang bergantungan.

Semuanya berona cerah - kombinasi putih, krim dan coklat cair. Ia jelas membangkitkan ‘mood’ perkahwinan ala Eropah seperti mana yang dibayangkan pasangan romantika d’amour, Nurul Huda Abdul Wahab, 35, dan suaminya, Eric Daniel Depp, 47

Bukan itu saja, pengacara majlis, Shah Shamsiri turut menyempurnakan majlis yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang itu dalam bahasa Perancis dan Inggeris, bergandingan dengan Eida Moin yang berbahasa Melayu.

Majlis perkahwinan cetusan idea Zaha Wedding Planner itu hanya dihadiri kira-kira 200 tetamu khas saja kerana Nurul memang mahukan suasana yang lebih intim dan nampak eksklusif. Walaupun majlis itu meminjam aura Paris, segala yang beradat dan perlu mengikut tuntutan agama tetap tidak dipinggirkan. Malah, tetamu dijamu dengan hidangan nasi beriani yang lazat.


Lebih bermakna, perkahwinan itu dihadiri oleh anak dara sunti Nurul sendiri, Ayu Nazirah, 14, serta adik-beradik Nurul termasuk abang kandungnya, Mohamad Rizal Abdul Wahab yang menjadi wali kepada pernikahan keduanya itu.

Turut terbang ke Kuala Lumpur adalah ayah dan ibu Eric, Roland dan Germaine Depp. Hari itu, mereka nampak sungguh gembira dan mesra dengan semua tetamu, malah Germaine beberapa kali menitiskan air mata sepanjang majlis itu berlangsung.

Apa yang nyata, penyanyi Kerana Terluka dan Cinta Azali ini akhirnya menikmati detik bahagia sebagai seorang isteri, sekali gus memperkenalkan suaminya kepada pihak media selepas sekian lama ‘menyorok’ Eric.

“Inilah dia suami saya... Eric. Selama ini saya bukan sengaja hendak menyorok Eric, tapi tidak mahu mendedahkan atau memperkatakan mengenai perkara yang belum benar-benar terjadi. Hari ini saya sudah penuhi janji saya kepada rakan media dan inilah kekasih hati saya yang selama ini menjadi sahabat yang sangat penyayang.

“Alhamdulillah, apa yang saya impikan bersama Eric akhirnya menjadi kenyataan. Keikhlasan Eric menerima saya dan anak saya (Ayu Nazirah) sangat-sangat saya syukuri,” kata Nurul.

Pasangan itu sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz oleh Eric di depan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman, jam 12.20 tengah hari berwali abang Nurul.

Nurul yang memperagakan persalinan putih dan hitam rekaan Rizman Ruzaini, menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran EURO5,000 (kira-kira RM20,000) serta empat dulang hantaran lagi daripada pengantin lelaki.

Eric pula yang juga perunding kesihatan di sebuah syarikat nutrisi antarabangsa, menerima tujuh dulang hantaran balasan daripada mempelai perempuan termasuk sejadah, senaskah al-Quran dan tepak sirih.

Saya terlalu terharu dan bersyukur dengan perkahwinan ini. Maklumlah sepanjang lima tahun bersendirian, saya menempuh pelbagai dugaan secara sendirian sehinggalah Tuhan mempertemukan saya dengan seorang lelaki yang begitu penyayang dan ikhlas.

“Eric lelaki yang sangat matang dan menerima diri saya seadanya. Dia juga sangat menghormati semua ahli keluarga saya. Siapa sangka, dalam pada saya berdepan kekecewaan dan mencari kekuatan seorang diri, masih ada lagi lelaki baik dan sempurna sepertinya wujud.

“Eric lelaki yang matang, berpendirian, suka berterus-terang. Paling penting dia sangat menghormati saya dan ahli keluarga saya. Walaupun berlainan budaya dan latar belakang, Eric mahu belajar dan lekas menyesuaikan diri dengan suasana hidup di Malaysia. Saya berasa selamat apabila berada dengannya.

“Mungkin kerana kerjaya Eric sebagai seorang usahawan dan menguruskan perniagaan membuatkan dia bijak berkomunikasi dan ada sifat kepimpinan. Lantas saya yakin kami akan bersama-sama membina keluarga dan laluan kami sendiri, insya-Allah,” kata Nurul.

Eric pula yang segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal menyifatkan Nurul seorang wanita yang bukan sekadar isteri buatnya sebaliknya sahabat untuk berkongsi cerita suka duka.

Tetamu turut tersentuh apabila mendengar ucapan ibu Eric, Germaine. Katanya, ketika kecil dulu, Eric anak tunggal yang manja dan pernah berkata, dia mahu ‘berkahwin dengan ibunya’ dan hari ini, Eric akhirnya dipertemukan dengan seorang isteri dari Malaysia yang cantik.

Eric sendiri gembira dengan perkahwinan itu dan lebih seronok terus mendapat ‘anak segera’ iaitu Ayu yang ternyata remaja yang sangat manis dan bijak.

“Saya tidak suka melihat semula hari semalam atau sejarah lalu. Sebab itu apabila bersama Nurul, kami tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan mengambil kira perkara yang berlaku hari ini dan membina masa depan.

“Nurul bukan saja isteri, tapi dia juga adalah sahabat dan teman jiwa yang setia,” katanya yang sedang memilih lokasi berbulan madu mereka.
TURUT mendapat perhatian di majlis pernikahan Nurul dan Eric tengah hari itu adalah satu-satunya anak penyanyi popular itu hasil dari perkahwinan terdahulu yang tampil sebagai pengapit kepada ibunya.

Sudah menjangkau usia 14 tahun dan kini sedang menuntut di tingkatan dua di Sekolah Menengah Tun Fatimah Johor Bahru, Ayu Nazirah tampak begitu anggun mirip wajah ibunya.

Menurut Ayu yang tidak henti mengukir senyuman dan sesekali mengusik ibu dan bapa barunya yang mesra di sapa Daddy, perkahwinan ini adalah sesuatu yang begitu manis buat dirinya sebagai anak.

“Saya bertuah kerana sekarang ada dua ayah dan dua ibu. Kalau sebelum ini hanya ayah saya sudah berkahwin dan saya memiliki dua ibu, kini semuanya sudah seimbang,” katanya sambil tersenyum.

Ayu menyifatkan Eric seorang Daddy yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hatinya. Selain menjadi teman kepada ibunya yang sudah lima tahun keseorangan, Ayu turut melihat perkahwinan ibunya ini sebagai hadiah terindah yang mengundang seribu kebahagiaan kepada ibu dan dirinya sendiri.

“Saya tahu selepas ini Mama tidak lagi keseorangan kerana selepas saya masuk di sekolah berasrama penuh, dia hanya meletak sepenuh fokus pada kerja dan komitmennya hingga ada kalanya diri sendiri pun tidak diambil peduli. Tapi sekarang Mama sudah ada kawan yang boleh menemaninya setiap masa,” kata Ayu.

Tambah Ayu lagi, dia tidak sabar-sabar untuk menantikan kehadiran seorang adik nanti.


Dah tu apa kena mengena Nurul kawin mat saleh dengan aku???
takde kena mengena pun...cuma menitik-nitik airmata aku smbl tersenyum bila baca berita ni, lagi-lagi part yang aku highlite tu....
motip sangat nak sebak-sebak segala
-_-
huh ntah apa2 aku ni

//aku bkn peminat Nurul mahupun peminat lelaki omputeh.
iols cuma berminta dengan orang melayu/cina je.... sekian.

(derang je tak minat kat aku kehkehkehkehkeh)
http://www.emocutez.com

Wednesday, June 6, 2012

Misteri Seorang Makcik

Pada hari ahad yang lalu... (hamboihh dah macam Laporan Tahunan Pengakap)
sambung balik, sebelum tido, boring-boring aku pun bukak 1 forum glamer ni. Baca pun lebih kurang je la..cari topik-topik menarik buat menghilangkan boring. Mengantok je terus padam lampu, on lampu bunga, tarik selimut, baca doa sikit-sikit dan mulakan aktiviti membuta.

Baru tido-tido ayam tiba-tiba wajah sorang pompuan tua muncul. hoh! aku bukak mata.
pusing ke kiri pulak, pejam mata balik. Muncul lagi wajah itu. hoh lagi!
pusing kanan pulak, pejam mata balik. Terlelap kejap, plappp muncul lagi. Aku bangun dan duduk di katil. Skeri je muka tu...walaupun gambar passport biasa tapi airmuka tu sgt menakutkan. macam renunggg je kat kita.
Muka sapa ni??? tak kenal pun.

Duduk berfikir barang seminit dua, baca itu dan ini, on balik lampu besar dan tido dalam keadaan lampu terang benderang.
(hambik! Becerah sampai ke pagi. karan kakmiza bayar, padan muko beliau kehkehkehkeh)

Tapi belum sempat pagi, aku mimpi. Macam sedar tak sedar aku nampak pompuan tua tadi duduk kat sofa sebelah katil. Terus terkejut jaga. Apakah??? Sambil dalam hati bercakap - kau sape makcik?? kau nak apa?? (serius aku cakap KL dalam ati...key eeel sangat -_- )

Sebab mengantok aku terlelap balik. Dan tiba-tiba terjaga lagi. Kali ini terjaga tanpa sebab. Bangun dan duduk di katil lagi sambil berfikir sapa makcik ni...mana aku tengok muka dia..kalo aku tak penah tengok dia, mustahil dia akan datang berulang-ulang kali. Gaya ni macam otak aku dah scan muka dia.

Laaaamaaaaa baru teringat...ooo muka makcik ni aku tengok dalam forum tenet tadi...Makcik ni mati eksiden. Jadi muka dia terpampang di satu topik di forum berkenaan. Ya Rabbi...abih tu apa kena mengena dengan aku?? aku baca je kot, takde pun kata apa-apa.

Masa mana ntah aku tertidur aku pun tak tau. Sedar je dah 6.30am. Tu pun sebab alarm henpon asik memekak tot tot tot tot...
Cuba ingat kembali, dalam tido yang sekejap cuma tu pun aku mimpi makcik tu berdiri bawah pokok..tengok je kat aku. Apa yang makcik tu nak terus jadi misteri hingga ke hari ini.. mungkin otak aku je kot terlebih scan gambar tu.

Lepas aku cite kat kakmiza, wajah tu xdatang lagi. Syukurlah...

Pengajarannya, aku xmau baca berita eksiden atau lain-lain yang menakutkan lagi sebelum tido.

// hari tu aku block sorang kawan kat fesbuk. Dia bagi aku msg selamat malam dengan link sekali. Aku bajet link gambar bebe ke bulan ke bintang ke hapa ke..sekali bukak gambar pocong close up. *&*!@### betul la. Terus aku lompat bangun, tarik langsir, tutup tingkap rapat-rapat dan on lampu. Sejuk kejang sampai ke kaki rasanya. Tak byk cite terus aku block dia. hambik. padan muka kau. seminggu aku dibayangi muka pocong tu. Memang sangat *&*!@###!

Template by:

Free Blog Templates