Wednesday, January 30, 2013

Drama Minggu Ini






Tuesday, January 22, 2013

Fobia..fobia..fobia

Dan dan teringat lagu KRU..fobiaku dianiaya...uooo uoooo....

Pagi tadi dengar radio Suria.fm, topik pagi ni mengenai fobia. Fobia ialah perasaan yang amat takut pada sesuatu benda, orang atau situasi. Melampau-lampau takutnya sampai rasa nak pengsan 3hari. Ada sorang tu fobia pada mancis. Boleh demam seminggu katanya kalau pegang mancis.Ada jugak yang fobia pada semut. Pelik tapi benar. Paling ramai orang fobia pada labah-labah. Tapi aku tak, aku ok je dengan labah-labah, boleh kawan baik.
Lalu aku pun gugel jenis fobia yang lain. Kelakar pun ada, macam-macam jenis fobia ada kat dalam dunia ni. Antara yang pelik bagi aku ialah :-
  • Chorophobia - takut menari
  • Hexakosioihexekontahexaphobia - takut angka 666 (serius aku tak tau kenapa 666, kalau 777 bagaimana pulak)
  • Koumpounophobia - takut jahit butang (hah sudah, pakai baju sarung je la ye)
  • Porphyrophobia - takut warna ungu
  • Leukophobia - takut pada warna putih
  • Melanophobia - takut pada warna hitam
  • Xanthophobia - takut pada warna kuning (putih & hitam aku boleh terima, kalau kuning dengan pepel tu macam pelik sikit)
  • Spectrophobia - takut cermin dan refleksi sendiri (kalau tengok orang berserabai, mohon jangan dihina, mungkin dia ada fobia jenis ni)
  • Technophobia - takut teknologi (motif tidak diketahui)
  • Telephone phobia - ketakutan atau keengganan membuat atau menerima panggilan telefon
  • Alektorophobia - Fobia pada ayam (aku ada kawan macam ni..jadi kitarang selaku kawan yang kejam selalu usik dia dengan ayam hehehhehe) Alliumphobia - Fobia pada bawang putih
  • Bancophobia - Fobia pada bank (mesti duit semua simpan bawah bantal).
  • Chrometophobia/Chrematophobia - Fobia pada wang atau duit (harap sangat aku kenal orang jenis ni "siti, kau ambik la semua duit aku ni, aku fobia sangat dengan duit tau.." hehe
  • Hamartophobia - Fobia membuat dosa (baguih ni....)
    Metrophobia - Fobia atau benci pada puisi (kalau kau berjiwang dengan dia, mesti kena hempuk dengan lesung batu)
  • Pediophobia -  Fobia pada anak patung (pengaruh filem Chucky mungkin)
  • Pentheraphobia - Fobia pada mak mertua (ramai ada fobia ni, tu yang tak nak balik raya rumah mertua tu hehe)
  • Phonophobia - Fobia pada suara sendiri ataupun apada telefon
  • Siderophobia -  Fobia pada bulan (tak dapat la nak talking to the moon)
  • Sophophobia - Fobia untuk belajar (silap la aku tak tau ada fobia ni. kalau tak boleh aku macam ni kat mak dulu - "cek ada sophophobia, sebab tu exam dapat no 8" )
Fobia aku lebih kepada haiwan.
  • Ailurophobia - takut pada suka kucing (cuba mengatasi fobia ni dengan cara selalu tengok gambar kucing comel, setakat ni tak berjaya pun)
  • Ophidiophobia - takut pada ular (Lagi-lagi ular sawa batik. Ini panjang ceritanya..)
  •  Scoleciphobia - takut pada cacing (lebih kepada geli)
Tu baru sikit. Ada banyak lagi fobia-fobia lain kat dalam dunia ni. salah 1 darinya mesti ada dalam diri uols. Mesti punyalah.

Ada lagi satu. Aku jugak fobia pada orang mati. Kalau aku tengok orang mati atau tau ada berlaku kematian mesti aku rasa takut yang amat. (walaupun orang yang mati tu tinggal di kampung sebelah). Takut sampai keluar airmata. Tak boleh tidur.Tidur bukak lampu. Itupun tak nyenyak, asik terjaga tengah malam. Bila terjaga aku pandang sekeliling, tengok tingkap, tengok pintu, tengok bawah katil, kot-kot orang mati tu datang kat aku. Memalukan.  

Monday, January 21, 2013

Edisi Skema : Pameran Topeng Sedunia di Muzium Negara

Sapa nak tengok topeng dari seluruh dunia, silalah pegi Muzium Negara. Ada Pameran Topeng Sedunia yang akan berlangsung hingga 20hb Mac 2013. Bukan setakat topeng otromen dan power rangers je..malah banyak lagi topeng-topeng lain yang kita tak pernah tengok.

Ini kali kedua aku p muzium. Kali pertama masa umur aku 12tahun. Tudia punya lama....
Moh layan gambar topeng. Ada yang pelik, ada yang menyeramkan.. masuk RM5 je. Budak-budak 6-12tahun,RM2. Bawah 6 tahun pree je.. buleh la bawak anak-anak, anak buah, anak jiran, anak kawan baik,anak tiri,anak bos dan sebagainya. Tapi lepas tu kau tahan la dengar derang meraung sebab takut.
Penyambut tetamu
Anis cakap banyak kan Aung... 
Anis : Makndak..ambik la plish plish (sambil pegi tepi topeng dan angkat peace).. nak begambar kekdahnya

Lorong nak ke Bahagian 2. Lorong ni gelap. maka sila tabahkan telinga dengar budak-budak melalak takut. Budak 'peace kat atas pun tak berani berjalan. Budak bawah ni pulak, pegang tangan tak lepas-lepas. tapi Makndaknya relax je -_-
Berlakon konon-konon kena gigit..
Saya masuk geng Aung..ko hado? -_-
Kami masuk geng 1Malaysia pulak :p






Cermin ajaib katanya...




geng padang pasir. sampai kat bahagian ni, semua gambar dipenuhi orbs
Lagi orbs interprem... maknanya apakah? misteri nusantara hehehe





Cari orang tersembunyi.. :D

Wednesday, January 16, 2013

Kata-kata itu Doa

Orang kata apa yang keluar dari mulut kita itu ialah doa.

1 nov 2012
Perbualan mata ke mata antara aku dan Munah Bt Shaari (Bukan nama sebenar). Munah Bt Shaari ialah bekas teman sekerja aku. Kadang-kadang kami jumpa dan makan bersama.
Munah Bt Shaari  : ofis sekarang tak ada lelaki-lelaki bujang yang tengah mencari? kawan-kawan kau ke..

Aku : tak de, kenapa?

Munah Bt Shaari : kalau ada kenalkanlah kat aku

Aku : Kalau ada, aku mengorat dulu, tak sempat kat kau dah hehe...eh..dah tu Ibrahim Bin Shaaban (bukan nama sebenar)  ko macamana? Derang cakap korang nak kawin dah...

Munah Bt Shaari : tak de dah la babe, dia tinggalkan aku 3 hari sebelum kitarang tunang bulan 10 lepas. sms cakap nak putus..blah cam tu je, aku pun tak tau nape
Aku : Ya Allah...siannya kau Munah. sabar ye Munah, kuang aja gila Ibrahim..

Munah Bt Shaari : ntahla aku dah malas nak pikir. tu yang aku ingat nak cari je sapa-sapa... mak aku pun bising cakap malu..

aku sangat simpati kepada Munah..jatuh airmata aku..sedih dengan nasib yang menimpa dia.. terus aku doakan bertemu orang lain yang baik-baik..doakan Munah bahagia. sedih sangat rasa..

2 nov 2012
Perbualan di antara aku dengan Hasnita Bt Borhan (juga bukan nama sebenar). Hasnita Bt Borhan juga ialah bekas teman sekerja aku, merangkap kawan kepada Munah Bt Shaari jugak.
Aku : kau tau Ta, sian Munah, Ibrahim tinggalkan dia, 3 hari sebelum derang bertunang

Hasnita Bt Borhan : Ha??????? abih majlis derang bulan depan macamana?

Aku : Majlis apa?

Hasnita Bt Borhan : kawin la..ko tak dapat kad ke?

Aku : tak. (blur)

Hasnita Bt Borhan : Majlis derang 12.12.12 ni...2,3 hari lepas dah gi borong bunga telur segala..

Aku pun ceritakan semuanya kepada Hasnita Bt Borhan.
Hasnita Bt Borhan :  Biar betul? jap-jap aku call dia
(mengload speakerkan henponnya)

Hasnita Bt Borhan : eh Munah, kau jadi kawin ke tak bulan depan?

Munah Bt Shaari : jadila woi..pasal pulak tak jadi..

Hasnita Bt Borhan : kiranya korang ok la..takde apa benda buruk berlaku?

Munah Bt Shaari : apa kau cakap ni Ta..? ok je..dah tak sabar nak kawin ni..hahaha

Hasnita Bt Borhan : takde pape la..

kami berpandangan... kenapa Munah cakap macamtu kat aku? kenapa tak jemput aku ke majlis dia ? kenapa tipu aku? kenapa?kenapa?kenapa?kenapa? dan aku memang seorang yang emosional..semua orang pun tau.. jadi aku malas nak tanya apa-apa kat Munah. Aku anggap Munah seorang penipu. Aku tak contact Munah lagi. Munah pun macam tu. Kalau tidak, asal aku on yahoo messenger je, dia menerpa 'Buzz!!!'

Sampaila ke tarikh 12.12.12 aku skodeng jugak facebook dia. Tapi sepi. Takde apa-apa ucapan selamat pengantin baru ke tahniah ke apa ke. Ah lantakla. Sebelum ni memang sendu je facebook dia tu. Aku tanya Hasnita, katanya dia tak pergi majlis Munah sebab ada hal lain kat kampungnya. Lagipun katanya dia agak terkilan dengan tindakan Munah kepada aku. Takde mood nak pergi. 

31 dec 2012
aku on facebook, Munah tegur 'hai gadis'. Terus aku offkan chat. Emo... hehehe

Semalam, 15 Jan 2013.
Perbualan melalui Skype.
Hasnita Bt Borhan : Ti, kata-kata Munah menjadi kenyataan.

Aku : Apakah ??? 

Hasnita Bt Borhan : kau tau, majlis kawin Munah tak jadi. Jadi kenduri doa selamat je

Aku : serius??? nape?

Hasnita Bt Borhan : Macam yang dia tipu kau. Ibrahim tak nak kawin 3 hari sebelum majlis

Aku : Biar betul weh. mana kau tau?

Hasnita Bt Borhan : Ani cakap. Dia pegi rumah Munah 12.12.12 tu, tapi Munah tak keluar langsung. Mak dia cakap ni kenduri doa selamat je, tak de pengantin-pengantin. Ani pun segan la nak tanya banyak. Mak dia pun macam emo je.. 2,3 hari pastu baru Ani berani tanya Munah sendiri. Munah sendiri cerita apa yang berlaku. 3 hari sebelum kawin, mak Ibrahim datang rumah bagitau nak cancel weeding. sekarang dia tensen sebab mak dia bising-bising cakap malu...

Aku : macam drama je..betul ke ni? tapi kenapa ye?

Hasnita Bt Borhan : ntah. dia tak cakap. personal katanya..tu la tipu orang lagi...

Aku : kan..?? 

Hasnita Bt Borhan : kau mesti nak cakap padan muka kan? hahahha

Aku : takla..aku takde rasa apa-apa. Rasa kosong je..tak sampai hati nak cakap padan muka..takut jadi kat aku pulak

Jadi pengajarannya, janganlah kita cakap buruk-buruk. Dulu aku pernah terdengar kat ceramah agama kat radio..Ustaz kata jangan cakap diri kita benda buruk takut menjadi doa. Dah doakan diri sendiri benda tak elok. Contohnya "ish bodonya aku ni" / "mamposla aku macam ni.." /"aku ni miskin, takde duit"/ "yela..aku huduh" /  "aku tak boleh buat ni..tak boleh buat...".
(tu yg dok gigih kontrol mulut sekarang ni...sebab ayat-ayat macam ni memang biasa aku sebut. *_*)

Ayuh, katakan pada diri kita 'aku bijak ooo' atau ' Alhamdulillah..cun jugak la aku ni :D ) atau 'aku mesti boleh buat!' atau 'aku akan jadi jutawan 2 tahun dari sekarang'.  Ulang siang dan malam tanpa henti. In Shaa Allah..akan jadi kenyataan hehehehe.Tapi kena usahala..harap kata-kata je lebih, tak jadi jugak. (tapi jangan cakap depan orang ramai pulak, nanti kita jadi macam Gambit dalam Fear Factor.. orang kata macam bagus je dia ni)
Hehe

Monday, January 14, 2013

Rumpai Laut



 Laku betul entry aku tentang kolagen. Hari-hari memang ada orang search.
Sekarang aku tak minum kolagen serbuk-serbuk lagi dah. Bukan tak bagus. Bagus…semua kolagen pun bagus tapi aku TER berkenalan dengan makanan kesihatan lain pulak. Apalagi kalau bukan rumpai laut a.k.a seaweed. Glamer menda alah ni sekarang. Mana-mana pun ada orang jual. Tapi online la..jangan la kau cari kat Kedai Runcit Haji Kasim, memang la tak de jual.
 
1st time aku beli rumpai laut ni masa kat MAHA2012. Dia jual 250gm = Rm25. Aku anggap itu murah. 250gm tu boleh tahan sebulan..tu pun lepas share sorang separuh dengan mak. Katanya rumpai laut ni pun bagus untuk orang darah tinggi, jadi aku bagi separuh kat mak.

Ini rupa paras bahan mentah berkenaan. nampak macam maruku kan..
Ini pulak rupa paras lepas direndam 8 jam. Kembang 2x ganda. Hambik kau sebesen... mana aku tau dia nak kembang sebegini rupa
Lepas dah kembang sebegini, sila rebus. Tapi sampai sekarang aku tak terer nak sukat air. Kadang-kadang jadi lembik, kadang-kadang jadi keras elok. Aku pasrah je la..lembik pun lembik la..
Kendian, tapis. Sisa tu jangan la buang. Simpan. Buleh guna untuk tepek muka tiap-tiap malam. Jimat duit kita kan.

Bila simpan dalam peti sejuk, dia jadi macam jeli. Kesannya ada budak terliur. Dia ingat jeli. Muahahaha kena tipu ke nakkk?

Aku malas nak senaraikan kebaikan rumpai laut ni. Sebab uols search je ‘kebaikan rumpai laut’. Berjela-jela keluar. Ayat sama je..men kopi pes je depa pun hehehhehe..jd aku malas nak kopi pes jugak. Sebab aku cuma nak share pengalaman aku je.. benda baik harus dikongsi bersama. Ye dok?

Lepas sebulan lebih aku minum/makan. (Minum ke makan ye..) rumpai laut ni, kesannya bintik-bintik cokelat diwajah semakin pudar. (jangan harap la aku nak tepek gambo disini..malu  aih).  Lepas tepek kat muka, otomatik kita akan Nampak muka kita putih dan bersih berseri.
Tapak kaki yang pecah-pecah umpama bekerja dibendang itu juga sudah hilang.
Tapak kaki aku pulak sebelum ni pucat/kuning. Ingat lagi, abah aku kata tapak kaki mcm mayat (tidakkkk). En. F teman sekerja aku pun penah tegur. “ siti, kenapa kaki siti tak merah, sepatutnya  tapak kaki merah”. Agak khinzir teguran tu ye.. Gigih nak skodeng tapak kaki aku dah kenapa? ko nak cakap apa sebenarnya.. pree pree je kena maki dengan aku. Tapi sekarang tidak lagi…ia sudah merah berseri-seri. Begitu jugak tapak tangan. 
Saya suke!saya suke!

Mak pun kata ok. Tekanan darah tinggi dia turun.
Jadi aku pun beli stok baru. Aku beli kat sini. Tapi kali ni beli yang kaler purple pulak. Sis yang jual tu cakap, yang kaler purple ni lagi bagus dari yang kaler kuning. Tapi bau dia kuat sikit. Hambik 1kg terus aku borong.Bahagi sorang separuh dengan mak. Harapnya tahan la sampai tahun 2016 kehkehkehkeh

Tapi,bila sampai je bungkusan dari Sabah tu, aku pun bukak. Ya Rabbi, bau dia punya la kuat. Memang tak macam yang kuning. Yang kuning tu tak bau pape. Dah katanya asli belum diproses, memangla gitu.. Tapi, usah khuatir ye puan-puan…bila kita rendam 8 jam dan basuh berkali-kali, pastu bila masak, kita masukkan hirisan lemon sepotong dua..semuanya akan ok. Tak de bau lagi. Tinggal bau lemon yang menyelerakan. Maka kita boleh telan dengan sepenuh perasaan. 

Cara aku, aku ambik 3sudu besar, lenyek-lenyek + madu + lemon + air, minum tiap-tiap pagi pukul 6.30am (siap ada waktu khusus tu hehe) dan sebelum tidur.
Kat mak, aku pesan supaya beliau masukkan daun pandan sebab aku tau rumah mak takde lemon. Tak macam rumah ai, ada pokok lemon belakang rumah *mimpi sangat*
Ini rupa paras yang kaler ungu bila direndam. Nampak lain macam sikit kan.. erk..
Bila siap dimasak dan disejuk bekukan.Hirisan lemon sebesar alam..
//mak, tak lama lagi kita dua akan cun togeder-geder persis Neelofa & maknya wahahahhahaha

Friday, January 11, 2013

Cuci usus dengan Juvanex

Antara tanda-tanda usus kita kotor ialah perut kembung,sembelit,pening kepala, nafas berbau,sakit pada sendi dan satal-gatal pada kulit.
Alamak...aku skor 6/6 la. Banyak sangat toksin dalam badan agaknya. Nak kata kurang air, hari-hari aku minum paling cikai 2liter air dan se-mug teh hijau tapi mungkin sebab toksin dah berkilo kat dalam badan, air 2tong pun jalan.  

Kena bertindak ni. Setelah membuat kajian terperinci, aku pun buat keputusan untuk beli produk detox. Maka aku beli ini...
Juvanex-Program 7 Hari. "7 hari je...7 hari jeeee" - ayat memujuk hati.
Kat kotak tulis RM160 tapi Watson jual RM95 je. Tak tau la promosi ke apa. Tapi ngam-ngam ada sekotak je atas rak. Memang rezeki Allah Taala la kan.

Dalam buku panduan,dia punya cara makan begini :-
Sarapan - makanan seimbang (katanya)
Tengahari - 2 paket Juvanex + 250ml air (tak buleh makan nasik ke..? >_< )
Malam - 2 paket Juvanex + 250ml air & sajian ringan dengan sayur-sayuran yang banyak (sayur??banyak???ohh)
Minum air yang banyak (takde masalah kot)
Makan lebih banyak sayur dan buah. 

Antara sayur/buah yang membantu badan kita detox secara semulajadi ialah :
  • Epal hijau - Menyingkirkan logam berat dan kolestrol. Bermanfaat untuk hati & buah pinggang
  • Lemon - Merangsang rembesan enzim,komponen penting dalam pembersihan hati
  • Tomato - kaya dengan antioksidan
  • Asparagus - Membantu mengekalkan bakteria baik dalam usus
  • Brokoli - Antioksidan penting untuk membantu hati menyingkirkan toksin
  • Lobak merah - Penuh dengan beta karotena iaitu sejenis antioksidan
  • Parsli - membantu buah pinggang menyingkirkan toksin
  • Salad hijau - Antioksidan yang baik, membantu pembersihan saluran gastrousus
  • Beras Perang - membersihkan usus kecil dan mencegah sembelit dan menstabilkan tahap gula dalam darah
  • Bawang putih/merah - menyingkirkan mikroorganisme berbahaya
  • Halia-Melegakan perut kembung,loya&cirit birit. merangsang enzim pencernaan.
  • Minyak zaitun - mencegah kolestrol daripada ditukarkan kepada radikal bebas yang memudaratkan
  • Yogurt - menghapuskan bakteria jahat dalam usus
Program ni kedengaran agak berat bagi aku. Tapi cuba je la... program bermula hari ni. Pagi ni aku dah breakfast Kellog's Special K bersama susu omega. Nanti tengahari nak minum Juvanex (tapi tetap bawak bekal nasik 1 senduk heheheheh) saspen pulak, aku baca ada yang sampai pengsan masa 1st time minum...apakah sampai begitu sekali..?

Nanti dah lengkap 7hari, aku update kesannya. Semoga berjaya la hendaknya.

sambil-sambil tu beli la ini sekali..tepek kat kaki, takdelah hitam mana pun...tak seperti yang aku bayangkan..

Thursday, January 10, 2013

Hasnah - Apa no tel awak?
Aku - 017xxxx
Hasnah - Maxis ke?
Aku - iye
Hasnah - Ada no celcom tak? susah la nak call..

Ahmad - Apa no tel awak?
Aku - 017xxxx
Ahmad - alaa...
Aku -nape..
Ahmad - mahal la nak sms..

Harun - Apa no tel awak?
Aku - 017xxxx
Harun - ada no digi tak..? hehe
Aku -(malas nak jawab lantas menamatkan perbualan dan berlalu pergi)

Zaleha - wei..kau nanti blablablabla
Aku - kau cakap apa wei??aku tak paham la..cepat sangat
Zaleha - aku kena cakap cepat, telefon kau mahal la..

Awang - boleh mintak no tel?
Aku - 017xxx
Awang - celcom xde?
Aku - takde
Awang - pegi la beli, ada no celcom baru saya call
Aku - (gi mamp! ko ingat ko hot?? macamla aku hadap sangat dengan ko sampai nak beli no tel baru segala!)

watak di atas hanya rekaan semata-mata
 
// Duit tak buleh bawak mati. Janganla berkira sangat..

Monday, January 7, 2013

Al fatihah

 Pagi ni masuk keje,kami dikejutkan dengan berita kematian Pengarah Urusan kami. Terkejut pun ada..sedih pun ada.. lama jugak aku ambik masa nak terima kenyataan. Rasa macam berita tipu-tipu je. Akhirnya aku terima yang janji dia sudah sampai. Janji aku tak tau bila.

Al fatihah untuk Pengarah Urusan Konsortium Rancang Awal Mimbar Maju Dev Sdn Bhd, Tuan Haji Shakri Bin Abdul Razak. Semoga roh Tn.Hj tenang di alam sana.
Dulu masa aku mula-mula masuk keje, dia pernah pesan kat aku dengan slang Kedah yang pekat (maklumla satu kapal, harusla guna bahasa ibunda bila berbual kan..) - "Siti, kita mesti niat kerja kerana Allah dan untuk berbakti kepada mak bapak, barulah gaji kita berkat" 

Tuesday, January 1, 2013

2013...saye sedieee!!!

weeeee....semoga cabaran aku tak berat sangat :)))
//selamat melangkah masuk ke usia 30tahun untuk aku... http://www.emocutez.com

Template by:

Free Blog Templates