Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya!
oi dah bertahun tak meroyan disini. sempena syawal yang mulia ni, nak meroyan kejap la.. (sambil meroyan sambil tempek gambar)

Hari ni dah 13/8/2013. Ada lagi 17 hari sebelum menjelang birthday aku yang ke30. ok, sesungguhnya beberapa langkah ke umur 30 tahun amatlah mendebarkan. Bukan sebab risau jadi andartur. Bukan. Itu...ahkak dah ready..adik2 jangan risau ye.. Ada sorang kenalan lelaki aku berumur 25tahun selalulah ejek aku sebab umo aku yang hampir menjelang 30tahun..aku tak tau apa dosa menjadi wanita bujang berusia 30thn sehingga perlu disindir kulu kilir. Tapi aku dah tak kawan dengan dia lagi sekarang sebab bagi aku dia cuma bagi aku impak negatif Aku cuma kawan dengan orang2 yang memberi impak positif sahaja.. ia baik untuk kesihatan.
hehe

Berbalik pada cerita tadi. Sejak kecik..sekolah rendah macam tu.. aku selalu mimpi ada orang datang bagitau aku akan mati sebelum berumur 30tahun. Bukan sekali dua bermimpi. Tapi berkali-kali..sehingga tidak terkira kalinya. Ketika aku terlantar sakit di hospital masa tingkatan 2.. aku mimpi benda yang sama. Tak tau siapa (perempuan- kadang-kadang perempuan tua kadang-kadang perempuan muda) datang bagitau "jangan risau, hang takkan mati lagi sekarang..nanti dekat umur 30 baru hang mati" katanya.
Dulu aku rasa benda ni sangat kelakar. Setiap kali terjaga dari mimpi, aku gelak-gelak...sebab aku rasa takpe..jauh lagi nak ke umo 30 tu..
Tapi sekarang semua tu sangat menakutkan kamu tahu.
Harap-harap ia cumalah mainan tidur.

Entah kenapa beberapa orang sekeliling aku sekarang seolah-olah mengharapkan aku cepat mati. Rasanya tak de pulak aku buat salah kat depa. ok, mungkin itu gurauan bagi mereka. Tapi disaat-saat macam ni...jadi sensitif hokey! Mungkin aku yang terlebih sensitif kot.
orang 1 - oi lama tak nampak kau, ingatkan dah meninggal
orang 2 - semoga kamu tenang disana.. alhamdulillah dah smp KL..tak payah sedekahkan alfatihah
orang 3 - hidup lagi kau ye

orang 4 - eh,bukan hari tu orang cakap dah meninggal ke..hahahaha ok, saya gurau je (gurau palotak hang!)
seolah-olah dalam hati mereka setiap saat berkata -"matilah kau liana!matilah kau liana!"
>_<
Takpe..nanti bila aku betul-betul mati korang semua boleh melompat setinggi awan sambil bersorak keriangan.Jangan lupa letupkan bunga api 4hari 4malam bagi meraikan kematian aku. Dah itu yang ditunggu-tunggu kan.

Setiap pagi, bangun tido aku buka tingkap dan pandang langit. Nak pegi keje, dalam kereta, pandang langit lagi..Dalam hati berkata..mungkin ini langit pagi terakhir aku.

Template by:

Free Blog Templates