Showing posts with label Good Old Days. Show all posts
Showing posts with label Good Old Days. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Cinta Tanpa Sebab

Melalui sidebar di facebook, aku terbaca perbualan antara A & B.
"kwn2 ingt x R ..hsbnd dia meninggal 21 nov baru-baru ni sama2 la kita sdkh al-fatihah"

Terkejut aku.Macam ada  sesuatu menarik jantung rasanya. R ialah roomate aku masa part 1&2 diploma kat Uitm.Tapi kami terpisah sejak habis diploma. Aku pun tak tau dia buat degree ke tak.Semenjak dua menjak ni, aku selalu teringatkan dia. Aku cuba cari dia kat facebook tapi tak jumpa. Susah nak cerita bila seseorang tiba-tiba melintas di fikiran.
 Masa part 1,katil  dabel deker kami berkembar dan kami berdua di tingkat atas. Jadi banyak yang kami borakkan sebelum tido. Aku masih ingat detik-detik percintaan dia dengan Z (arwah suami dia tu) Tiap-tiap malam dia akan bercerita kat aku sampai kadang-kadang aku rasa boring tahap teragung.
"acu..acu..tau tak?blalbalbalba" "acu,hari ni kan Z belikan adik blablalba" "acu,cuba la baca mesej Z ni blablabla"
'acu' ialah nama panggilan aku masa part 1 dan 'adik' nama panggilan dia. sebab dorm kami tu menerapkan ciri-ciri kekeluargaan kekdahnya..jadi ada along, ada mama, ada angah (gelak sorang-sorang mengenangkannya)
 Aku selalu tanya dia, kenapa suka si Z. Jawabnya- "ntahla..adik pun tak tau..tapi adik suka"
R seorang gadis yang ala-ala tomboy bersaiz XXXL. Tapi sejak berkenalan dengan Z, dia diet sampai kurus. Masa part 2 serius dia cantik. Kurus,putih melepak dan sentiasa bermekap dan bergaya. Ayat dia dulu ialah - "adik prektis mekap untuk Z" Ya dulu memang aku rasa itu amat mengjengkelkan tapi sekarang entahla tak tau nak rasa apa.

Part 3 kami dah terpisah. Dia kat blok lain, aku kat blok lain. Lagipun kami course lain-lain. Habis diploma terus terpisah sampaila hari ni aku dapat berita sedih tu. Barulah aku jumpa facebook dia. Anak dah 2 dengan Z. Tapi Z accident bulan lepas dan meninggal dunia. 

Salah 1 status dia berbunyi - 'Banyak sebab kita boleh jatuh cinta.tapi aku xde sebab bila aku jatuh cinta dgn dia..'
Betul. Aku masih ingat dulu dia sentiasa cakap, dia tak de sebab cintakan Z tapi dia sangat cintakan Z. 
Dan aku paham macamana rasanya cinta tanpa sebab, apa yang cinta tanpa sebab boleh buat pada kita dan macamana rasanya bila hilang cinta tanpa sebab tu...

Saturday, October 13, 2012

Masa Kecik-Kecik...

Teringin nak pakai kasut tumit tinggi = Jalan jinjat jinjat kulu kilir sambil buat bunyi 'tok..tak..tok..tak..' ala-ala orang pakai heels

Teringin nak pandu kereta = Duduk atas mesin jahit bahagian bawah (tempat pijak tu) sambil pusing-pusing benda bulat yang macam stereng tu. ala-ala memandu kereta gitu

Teringin nak pakai lipstik = taram lipstik mak..kalo mak simpan dalam laci, guna asam boi kalerkan bibir kasik merah (gilo!

Teringin nak pakai mekap = kalo berjaya taram lipstik mak, guna je tu buat eye shadow & blusher. Kalo tak, asah pensel warna,kat mata tu asah bagi jadi serbuk, tenyeh2 dan tepek kat mata
*pengsan*

Teringin berambut panjang = guna bahagian kain baju kurung, cari yang ada getah lebih senang..sarung kat kepala..haaa jadila rambut panjang.

Teringin kuku kilat-kilat = masa makan cucur goreng-goreng tu, minyak-minyak kat tangan tu jangan basuh, sapu kat kuku..cantik oooo :p

Teringin nak pakai cermin mata = paw cermin mata abah atau pun buat cermin mata guna lidi & daun kelapa
kretip sangat -_-
//dah tua sekarang, hambik kau kena pakai spek betul, tak pakai,buta la jawabnya.

 
lahai...rindu la pulak zaman kanak-kanak aku..kalo lah ada mesin masa....
>_< 
http://www.emocutez.com

Sunday, June 3, 2012

Gelak tutup mulut sambil sembunyi belakang pintu





Nota separa kaki : semasa saya berumur 9 - 18 thn saya simpan beratus-ratus gambar dan artikel mengenai KRU
kehkehkehkehkeh (gelak tutup mulut mengenangkannya)



Wednesday, May 16, 2012

N3 sempena Hari Guru

Berikut adalah senarai cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku. Yang aku ingat dan sentiasa dalam doa aku...
http://www.emocutez.com

Cikgu yang sentiasa dekat dengan aku : Cikgu Sharmila (beliau ahkak aku, walaupun beliau cuma mengajar aku tuisyen matematik tingkatan 4 tp byk betul jasa beliau seperti menjadi bank yang meluluskan pinjaman peribadi tanpa penjamin dan interest hehehehhehe)
Cikgu Sharmila a.k.a kacaq. Kelihatan Bacaq mengawasi dibelakangnya

Tadika : Cikgu Shimah
Sekolah rendah : Cikgu Md Deris, Cikgu Jamaliah (cikgu ni baik), Cikgu nafisah, Cikgu Salim, Cikgu Shahbudin, Teacher Zaharah, Sir Rizal, Cikgu Hashimah, Cikgu Akmal, Ust Yaakob, Teacher Fatimah (teacher ni garang tapi aku suka)

Sekolah menengah : Cikgu Mahtom, Cikgu Halimaton (aku plg syg cikgu ni), Cikgu Nasri (cikgu ni selalu baca cerpen aku kat kelas aku dan kelas-kelas yang lain, lantas menglamor kan aku ke seantero sekolah) Ustaz Ibrahim, Cikgu Norizan (cikgu ni hensem dan menjadi kegilaan ramai kat sekolah dulu...g sekolah pulak bawak motor besar) Cikgu Zakaria (cikgu ni pakai mcm ustaz, smp budak-budak panggil dia ustaz)

Lecturer : En Rosli, En mat, En syed, En.Husrul, Pn Syam, Pn Khairizam, Cik Asmalia, En Fisal, Pn Anis, Pn Kartina, Pn Yati, Pn Zaleha (ni lecturer law. aku penah kena panggil dgn beliau sebab dalam test aku jawab bahagian akta tu sebijik2 mcm dalam buku, dia ingat aku copy buku, tp sebenarnya iols hapal segala kes, thn, defendan, plaintif segala kehkehkeh)

Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu dan pendidik di atas termasuk cikgu memandu dan cikgu senaman saya. Terima kasih untuk jasa anda semua. Saya sentiasa doakan anda semua. Ini serius.....
http://www.emocutez.com

Cikgu yg plg aku tak lupa, mati hidup balik, mati pulak dan hidup balik dan mati pulak pun aku takkan lupakan dia ialah Teacher Norliza. cikgu ni pakai tudung labuh dan jubah serba hitam. ajar bahasa inggeris masa aku darjah 1. dia penah tampar pipi aku kiri kanan pastu kiri kanan semula smp aku jatuh kat bucu meja dan mulut aku berdarah semata-mata sebab aku tak tulis nama kat kertas ujian. Sumpah aku tak tipu. semata-mata sebab itu SAHAJA. Kamon la tecer...aku 7thn kot masa tu. kalo aku 17thn lain cite la. aku tak tau la mungkin kesalahan aku tu sangat besar dalam etika perguruan sampai kau pukul aku sebegitu sekali. Dan sepanjang darjah 1 tu dia tak pernah pedulikan aku. Aku balik rumah macam biasa tak bagitau pun mak apak aku apa yg berlaku. kalau aku bagitau aku tak tau apa yang akan terjadi. Dan aku tak pernah bagitau sapa-sapa pun. Hari ni aku bocor rahsia. Sampai kat akhirat pun aku nak jumpa dia dan tanya dia kenapa dia buat mcm tu. Sampai alam mana pun aku takkan lupakan muka dia. Korang cakap la apa pun...

awal entry bunyi mcm umah berhemah tinggi je kan..tp dihujungnya penuh dendam kesumat. hehehe

Thursday, March 22, 2012

Suatu Ketika - Rancangan TV yang buat aku tercangak 5minit sebelum siaran bermula

Semalam balik awal, malas nak g gym (xsedar diri gemok kan lagi pemalas) . Dah balik awal tu harusla tercongok depan tv. Tukar channel sana sini haroom tak satu rancangan yang mengujakan. Padahal berpuluh channel tv....

Bukak je la siaran kartun tengok Spongebob Squarepant. Itupun tak de la enjoy sangat..buat mengisi masa lapang je la. Terus rindu kat rancangan tv dizaman kecik-kecik. Kartun la kan...

Yang segar diingatan ialah Tomatoman. Minat betul aku dengan kartun Tomatoman ni. Kartun buah-buahan. musuhnya pulak para serangga. Permaisuri Batfly ke apa ke nama. Heroin dia nama Puteri Peach. Lagu tema dia yang tomatotomatok tomatomatok... sumpah aku ingat sampai skang.


Pastu masa darjah berapa ntah. 3 kot. Ada pulak siri The Adventure of Tom Sawyer. Cite budak yatim piatu. Sedih-sedih sikit + lawak-lawak sikit = aku minat gila (syukur tak gila). Klip ending song dia si tom sawyer ni lari-lari sambil lambai kapal kat laut. Mana nak cari siri ni sekarang. rindu betul nak tengok.

Tom Sawyer dengan kawan-kawan dia. Yang budak laki tu gelandangan lebih kurang dia gak.

Tapi sebelum cite Tom Sawyer start ada kartun Alice in The Wonderland. layan jugak...


Tidak ketinggalan cite Gaban. Polis angkasa tu. sumpah tak tahan. Tapi hero dia tak hensem dan rambut dia sangat lah pelik kekekekeke tapi masa tu tak pandai menilai lagi. Layan je la


Kalo nak tengok hero hensem sikit...tengok cite Kesatria Baja Hitam. Siap ada motor buleh gerak sendiri. Lampu macam mata lalat. Hebat..


Ini pulak cite pasal pemain bola tampar. Heroinnya nama Chun. Step paling gempak Chun buat ketika menampar bola ialah summersault. Ye ye dia berguling diudara. Masa tu kanak-kanak harus ikat rambut gaya Chun. Feeling comel letuwww...

(ada orang tu ikat bantal kat alang rumah lalu tampar sekuat hati smbil fefeeling Chun hehehe)
http://www.emocutez.com

Satu lagi ni aku gemar gak tapi tayangannya hari ahad pagi. Maka amatlah jarang budak Kedah seperti aku menontonnya.

Sailormoon...Dengan Kuasa Bulan Akan Menghukummu....
(ayat tak menahan... kehkehkeh)

Hamboihhh nampak sangat kaki tv nya ai ni...padahal channel ada 3 je..tu pun TV3 bukannya clear sangat pun masa tu. Kena pusing-pusing aerial. Sedey.
Masa tu banyak cite Jepun kat TV. Semuanya cakap melayu. Tak macam sekarang..asik-asik drama seberang..asik-asik drama seberang.
Sumpah bosan.

Wednesday, March 21, 2012

Suatu Ketika - Result SPM

Result SPM kuar hari ni. Tak de plak sanak sedara jiran tetangga yang ambik SPM thn lepas. Kalo tak buleh kepoh2. Buleh ambik gambo result tepek kat pesbuk.
-_-

Aku ni kat sekolah bukanlah budak pintar dan tidak menjadi peberet para guru. Dari sekolah rendah sampai ke menengah, kalo exam harus nombor belas-belas yang aku pajak. Yang sedeynya adik badik yang lain bagus-bagus. Harus no 1-3 depa ambik..aku je yang sungguh bengap. Tak dapat dibendung kebengapannya. Tingkatan 4 je aku dapat no 2. Kembang idong abah p sign buku rekod Cikgu Mahtom cakap "tahniah pakcik, saliana dpt no 2..no 1 sampai 7 semua budak cina, dia sorang saja melayu "
Tingkatan 5 sumpah aku tak ingat.

Tapi... sungguh Alhamdulillah setiap exam besar yakni UPSR,PMR dan SPM result aku cemerlang. Mungkin takdir Illahi semata. Mungkin rezeki jugak.

Tapi aku ingat-ingat lupa je kejadian dihari ambik result. Maklum la 12 thn yang lalu.Kalau budak dah darjah 6 pun.. sama umo ngan Amirul. Yang aku ingat bila aku sampai depan pejabat sekolah, cikgu-cikgu pakat besalam "tahniah..tahniah"
Sedikit blur disitu. Perli aku kah cikgu-cikgu ni? Lepas tu kerani pejabat kata "ooo ini lah ctsaliana ye"
Motip ko nak berkenalan dengan ctsaliana???

"tahniah kamu pelajar terbaik sekolah" kata Cikgu Saad. Penolong kanan beliau tu.
aku best student???????? aku mimpi ke apa haruk ni?? ya itulah realitinya. Budak bengong tahap cipan ni dapat best student kat sekolah. Syukur alhamdulillah. Macam drama cerekarama TV3 pun ada. Macam percaya tak percaya je...biar betul cikgu ni...tapi memang betul.
Lepas tu kawan-kawan semua p celebrate kat Pekan Sungai Petani (kira habih grand la tuu... kihkihkih) tapi disebabkan aku takde duit dan takut mak marah, aku tidak menjoinkan diri. Tengok je la derang pakat naik bas Mara ramai-ramai. Aku terus balik rumah je. Tapi xde sebarang majlis pun untuk menyeleberet kejayaan aku. Redho.
http://www.emocutez.com

Masa mesyuarat PIBG tahun tu dapatla hadiah duit dan trofi. hari tu ada ambik pic..mana aku letak ntah. Duit pulak aku guna buat beli barang-barang ke universiti.

Bila ingat-ingat balik rasa sedih pun ada lawak pun ada. Sedih bila ingat macamana orang sekeliling, cikgu2, kawan2 malah amak apak pun cakap lebih kurang je..pandang rendah je kat ai yang bengong ini. Ai baca buku dalam bilik pun derang kata ai membuta. Mungkin budak bodo xbuleh baca buku dalam bilik. Kena baca dikhalayak ramai, baru orang tau dia tengah study.
http://www.emocutez.com

Lawak pulak bila ingat budak bengong ni tiba-tiba jadi best student. Apa dah jadi dengan budak-budak pandai kat sekolah aku tu?
Misteri....


apa result SPM aku??? biarlah rahasia kekekkeke

Monday, February 13, 2012

13 Februari Dalam Kenangan


//gembira untuk kamu 'kawan'. Pedulikan airmata saya. saya akan ingat yang baik-baik saja tentang kamu hari ni. Semoga kamu dibawah lindungan Tuhan
http://www.emocutez.com

Wednesday, January 4, 2012

Mengimbau kenangan bersama si Cyentia

"Hai...selamat berkenalan..nama saya Cyentia" kata laptop aku dengan penuh bergaya.

Rasanya dah bertahun kot aku tak guna dia. Mungkin mencapai 2tahun. Hari ni aku guna kembali walopun sekarang orang ramai termasuk kanak-kanak sudah menggunakan Ipad,tab dan segala mak nenek lagi. (maklumla orang miskin..) Sedih mengenangkan kesah hidup benda alah ni.

Aku beli si Cyentia ni dengan harga RM1800 kat Lowyat hujung tahun 2008. Beli di zaman kegelapan, namun teringin nak bergaya hidup IT. Lalu aku pinjam duit Kacaq. Gila sedih sifat. Miskin pun gigih nak berbeli.
Tapi ai bayar balik uols...

Masuk keje dengan MMD, Ivan bagi aku laptop company sebab keje kat site takde komputer masa tu. Sejak tu aku dah jarang-jarang berdampingan dengan Cyentia. Sebab dah semua benda dalam laptop company, maka aku lebih senang berdampingan dengan laptop company. Bila ditukar keje kat ofis, lagilah aku jarang mengadap dia sebab kat ofis guna PC. Guna laptop sekali sekala dua kali dua kala je.

Tapi bila balik kampung aku masih usung si Cyentia. Tak best la nak bawak laptop company kulu kilir. Hinggalah pada 1 hari terjadi perkara hitam lagi bangang. Sebaik sampai KL dari kampung, aku letak beg berisi Cyentia ni di tepi tayar belakang kereta dan aku lupa nak ambik! Hambik kau harusla hilang kan. Tak kan orang sekeliling nak tengok saja. Dengan penuh kesedihan aku pun call mak call Kacaq dan sebarkan berita sedih kepada rakan-rakan yang lain. Sebagai seorang yang kepoh, segala berita harus disebarkan.
Maka mak pun bertemu dengan sorang makcik ni. Makcik ni tolong 'tengokkan'. Dia kata yang ambik tu orang dekat-dekat rumah je. Harus la makcik oi, ai tertinggal kat tempat parking umah je. Lalu dia pun bagi mak beras dan mak kena goreng tiap-tiap malam. Menurut beliau, apabila ia digoreng, orang yang ambik tu akan rasa panas lalu dia tak tahan dan pulangkan balik barang yang dia ambik tu. Syaratnya kita mesti bagi sesuatu dengan ikhlas kepada orang yang pulangkan tu.
(lepas goreng tu aku tak tau apa mak buat dengan beras tu..mungkin dia buat sagon -_- )

Dalam beg laptop tu selain berisi Cyentia, ia juga turut mengandungi buku pink Adam anak si Aja. (ala buku yang kena bawak setiap kali p check baby tu..tidak la aku tau orang panggil buku apa) Dalam kes ni, aku kurang pasti kenapakah wanita ini membawa pulang buku pink anaknya. Tapi syukur jugak ada buku pink tu sebab disitu ada no tel dia.

Dengan kuasa Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang lagi Mendengar lagi Mengerti, 2,3 hari kemudian sorang pompuan call Aja tanya ada hilang barang tak. Pompuan tu sorang nurse. Katanya dia jumpa beg hitam tepi kereta lalu tolong simpankan. (Ye la kakak nurse, aku terpaksa percaya walaupun kau 'simpan' lebih seminggu) Dan seperti syarat-syarat si Makcik, aku pun bagilah sesuatu dengan ikhlas. Tapi aku rasa aku tak ikhlas sangat kot sebab time tu aku xde duit. Ye keji sekali sifat itu ye.

Akhirnya Cyentia kembali ke pangkuan aku. Tapi kebahagian kami tak berkekalan. Satu hari Adam masuk bilik aku. Dia confius antara penimbang dengan laptop. Dengan penuh yakinnya dia naik pijak atas Cyentia sebab dia ingat itu penimbang.
(pakej pijak sekali dengan lompat-lompat)
>_<
Sebagai menjiwai watak Makndak penyayang, aku tak marah dia.
Terus jammed, stuck, out terus. Tak buleh on. Rosak terus otak dia. Maka tersadailah ia dibawah meja komputer abg sharin. Tak repair tak apa pun. Disebabkan aku ada laptop company maka aku abaikan je dia. Kejam...

Baru-baru ni Abg Sharin repair si Cyentia ni. Dan ianya berfungsi dan sempurna sekali. Dia pun guna dengan penuh yakinnya. Namun kebahagiaan mereka tak kekal lama jugak. Di satu petang yang permai, aku mintak tolong dia format laptop ofis aku yang lembab tahap langit ke tujuh. Tapi menurut beliau laptop tu dah tak blh diselamatkan lagi..bagi balik kat Ivan je. Dengan itu bermakna aku tak ada laptop lagi. Dah tu aku nak bawak apa p meeting? Lalu dengan penuh rasa ihsan dan belas kasihannya dia pun menyerahkan kembali Cyentia kepada aku. Hahaahhahahahhaha - gelak jahat disitu

Maka hari ini dengan penuh eksyennya aku umumkan, aku update blog dengan menggunakan Cyentia, si laptop gemilang.


hehehe

Monday, February 28, 2011

Maryam dan 3 ekor beruang- Bedtime Story zaman dahulu kala

Bila malam2 dingin..dekat2 mata nak pejam ni…tiba2 teringat pulak zaman kecik2 (yang betul punya kecik) dulu, nak tido mak akan bacakan buku cerita kat kami adik beradik. 1 buku feberet yang selalu mak baca bertajuk Maryam dan 3 Ekor Beruang. Mak aku ni pun nama maryam jugak --------->

kehkehkehkeh..mungkin mak aku feeling ni kisah hidup dia la kot (Maafkan anakmu mak) :D .Seingat aku buku tu dalam tulisan jawi. Lepas cerita maryam dan 3 ekor beruang tu, ada pulak cerita maryam dan anak kucingnya. (ada gambar budak pompuan main bola benang dengan kucing) time tu aku tau tengok gambar je..bacanya tak reti.
Berbalik pada kisah maryam dan 3 ekor beruang tu. Cerita tu mengisahkan ada 3 ekor beruang – ayah beruang, mak beruang dan anak beruang. 1 hari mak beruang masak bubur untuk mereka sekeluarga. Lepas bubur masak, mak beruang hidangkan kat atas meja (ada gambar mak beruang pakai gaun ada apron, ada kerusi 3 saiz, besar, sederhana dan kecik) disebabkan bubur tu masih panas, bapak beruang mencadangkan mereka sekeluarga keluar bersiar2 dulu. Time tu la budak pompuan nama maryam ni pecah masuk rumah pamili beruang ni. Habih dia makan bubur anak beruang, duduk atas kerusi anak beruang sampai patah, kendian dia tido atas katil anak beruang. (maryam…maryammmm….anak sapa la agaknya si maryam ni, nakai sungguh)

Kisah tu sangat2 memberi kesan dalam diri kami adik beradik. Sampai ke hari ni, kalo ada orang ratah lauk kat meja mesti kami kata “maryam la ni makan…tak buleh tinggal sat..” ataupun kalau lepas ,masak, makanan still panas xblh makan, kami akan kata.. “bahaya ni tinggal..nanti maryam dating curi makan”. Mak aku redho je dengar…apa nak buat nama beliau Maryam :D tapi kami tak maksudkan mak..kami maksudkan maryam dalam cerita dulu tu.
hehehehhe…itu la kesan jangka panjang yg mak bagi di atas perbuatan beliau yg selalu baca kisah tu kat kami… :D apapun mak memang yang torbaek!







Errr makkk..buleh dak bacakan lagi buku cerita..nak tido ni…

Template by:

Free Blog Templates