Showing posts with label Jenjalan. Show all posts
Showing posts with label Jenjalan. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Bot Berkuasa Wap

Aku bukan nak cerita pasal bot pancung sulu ke apa...aku nak cerita pasal steamboat je...mehehehhehehe
Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga menafsirkan steamboat sebagai bot berkuasa wap.

Hari tu masa pegi Cameron Highland sempat la makan steamboat. Kitarang makan kat Glory78 Steamboat & Snack Corner. RM23/pax. Jadi kami ambik 3pax. Sebab ambik 3 pax kami dapat 2 kuah. Sup biasa & tomyam. Memang itupun matlamat kami. Untuk mendapatkan 2 kuah. Gituw...tekak boya masing-masing.

Terletak di Tanah Rata. Sebelah Hotel Fern. Tempatnya cantik...kira ok la. Makan sampai jadi macam ular sawa..harusla cakap ok kan..
Muka lapar...senyum dibibir...perut menangis siapa yang tahu :p
ini aku punya mocha panas
haaa tudiaaa dah sampai dah...
Makan la sampai kembung pun..
Nasib baik kami bawak tukang masak...mehehehehe
Ini je yang aku makan..(untuk pusingan pertama...)
 Semua sekali termasuk air segala = RM80++

Dah balik KL, tiba-tiba ada orang tu tak puas lagi.. katanya "syok nooo kalo kita makan steamboat lagi..kita cari yang buffet pulak..hari tu hidang"

Jadi kami pun cari la restoran steamboat di kawasan kejiranan kami ni...maka jumpalah Asapanas Bistro Barbaque Steamboat Buffet. Depan Stadium Selayang je.. dewasa RM19.90 Kanak-kanak Rm9.90
Ini bahan-bahan yang disediakan...pilih-pilih, makan sampai habih. Tak habih kena denda. Pic cilok dari FB mereka



Ini wajah riang kanak-kanak tak cukup umur
Hidangan kami..kali ni ambik kuah tomyam saja.
Kesimpulannya = sedap. Kuah tomyam tu sedap. Daging bbq tu pun sedap.Lepas ni nak try kat D' Kayangan pulak. Lepas tu badan aku meningkat naik dengan jayanya
*pengsan*

Thursday, February 28, 2013

Kopi Putih Di Hari Dingin - Episod 2 (Siri 1)

Tahun lepas rasa tak lengkap je hidup..sebab tak pegi panjat tempat kegemaran hamba Cameron Highland. 
Jadi minggu lepas kami pun pergi melepaskan rindu dendam disana.  
hehe
Disebabkan aku sangat menyukai Cameron Highland, maka aku pun memanjatkan tiga doa :
1- Ya Allah..murahkanlah rezeki aku supaya aku dapat beli rumah kat sini, jadi aku buleh datang sini seminggu sekali
2 - Ya Allah, semoga aku dapat keja kat sini
3 - Ya Allah, semoga bos aku dapat projek kat sini, jadi aku buleh keje kat sini
aaamiiinnn
hehe
   Kami sampai lebih kurang pukul 1pm. Tapi tak boleh masuk pekan Brinchang sebab ada Le Tour de Langkawi. Hambik tersangkut dijalanan sampai pukul 4.
*mood sedikit terganggu ketika itu
 
Beberapa hari sebelum pegi, kami booking hotel kat Booking.com. 
Famili Studio di Country Lodge Resort, Brinchang 2malam = Rm496 tunaiiiiiii
Pandangan didepan hotel sewaktu siang. Kiri kanannya penuh dengan bunga. sesuai dengan manusia pencinta alam macam aku -_-
Pandangan ketika malam
Penampakkan 'makhluk' yang melintas dengan laju.. ya, makhluk yang bernama Adam, berumur 6tahun.
Family Studio ni ada 2bilik dengan 2 katil queen dan 2 katil single lengkap dengan balkoni...jadi kau buleh keluar lepak kat balkoni malam-malam tengok keindahan alam sebab terletak di atas bukit.
(kalo tiba-tiba ada yang terbang melintas, mohon jangan salahkan aku..hehe)  

Kisahnya sebelum kami pergi, aku sempat search mengenai hotel ni. Ada yang kata hotel ni keras. Ada Cik Pon katanya. Maka takutlah mengenangkan aku kena tido sorang kat bilik nanti. Tapi peserta rombongan lain semua tak mau tukar hotel, jadi aku bertabah saja sambil memanjatkan doa Cik Pon tak memunculkan diri depan aku.

Jadi sebaik saja kami dapat kunci, aku terus baca ayat kursi banyak-banyak. Dari tangga ke pintu bilik hinggalah masuk ke dalam bilik macam-macam ayat aku baca...orang penakut memang sebegitulah pe'elnya.
Abaikan keadaan yang bersepah tu. Yang pink tepi katil tu beg mek anis. Masuk je bilik terus campak. Atas kerusi tu pulak sweater kami semua.*ketika gambar ini diambil, aku sedang baca ayat kursi lagi* :p
2 katil queen
Ada kerusi rotan diletakkan dibawah tv.. jadi kalau nak tengok tv kena melangut ye :p
Ini pulak pandangan didalam bilik
Abaikan segala mak nenek yang bersepah tu. Katil ni sebenarnya dijarakkan. Ada meja kecik kat tengah-tengah..tapi aku tolak bagi rapat. feeling ala-ala rumah sendiri
Ini pun diletakkan di dalam bilik...ala-ala dapur. tepi tu bilik air. Jadi, aku kena duduk di dalam bilik yang lebih kurang bilik bibik. siap rak dapur kat tepi katil  >_<
Balkoni
Pandangan dari balkoni..
siap ada bunga api uols...hehe.. ini sempena chap goh mei je kot.. jangan nanti kau duduk sana 4 malam tunggu bunga api..memang tak dela
mek anis sempat bergedik di tepi tingkap bilik
Dua malam kami kat sana, alhamdulillah tak de apa-apa gangguan. Tiap kali aku terjaga tengah malam, mesti aku pandang sekeliling, kot-kot tetiba nampak rambut panjang dok tido sebelah ke. Pengsan. Tapi syukur tak de apa-apa. Mungkin derang malas nak kacau kami sebab kami bawak 2 manusia kecik yang bising nak mampos kat dalam hotel. 
siap main masak-masak, pasir kaler segala kat balkoni rumah. Tu belum lagi berlari terjerit-jerit lompat katil.  Hantu tengok pun boring.
atau mungkin cerita tentang makhluk-makhluk halus ni cuma kabar angin. Mungkin juga pihak hotel dah usir mereka sebab duduk free kan..banyak cantik muka kau nak duduk free kat hotel. Boleh jadi geng Cik Pon sudah berpindah ke hotel lain atau sudah bergabung dengan Cik Ta dan jadi artis terkenal.

Monday, October 8, 2012

Siri Gian Nak Mandi Laut - Edisi Gambar Sahaja

Lokasi - Pengkalan Balak, Melaka 

Sengeh didalam kereta. maklumla penumpang...dapatla bersengeh sengehan
Langkah pertama - bermesra dengan air
 Langkah kedua bila dah rasa-rasa serasi dengan laut
Langkah seterusnya bila dah mesra gila dengan laut



Main pasir sepuas hati
Kaki dompok berbasah basahan
sesekali jumpa laut..jakunlah mereka
run..run...run for your life
Mek Anis lari bersungguh-sungguh bagaikan dikejar mak lampir
Saya ada pelampung...tapi saya tak berani masuk dalam air

dinner...set asam pedas melaka (memang pedas)
celik celik mata terus turun laut. dah macam nelayan pulak. gambar diambil pada pukul 6.55am

Tuesday, May 29, 2012

Berhibur di Malam Minggu


Tajuk kemain so-sial lagi kan kehkehkeh
Iols beryoya dengan amak apak & pamili je..makan-makan pasembur, tengok-tengok laut kat Padang Kota je. Sumpah aku tak penah situ sebelum ni. Kerdil sangat kan hehehe
Menge-peace di atas Jambatan Pulau Pinang.
Siri makanan penambah lemak.
ABC iols
Laicikang depa.
Makanan rasmi Padang Kota – Pasembur.Gila layanz.
Kerang bakar
Budak-budak dapat ‘pistol’ sorang satu kehkehkeh
Balik naik feri. Maklumla budak-budak kecik ni tak pernah naik feri. Teruja je masing-masing.
Nak jugak tuuu…
Untuk makluman, itu tangan saya bukan paha. Saiz je lebey kurang :D
seingat aku kali terakhir aku naik feri asanya mungkin 2002 atau 2003. Masa tu aku ingat nak balik dari Perak, tiket bas ke Sungai Petani dah abih.Jadi aku dengan Farah yakni roommate aku naik bas Plusliner terus ke Penang.Itu je yang tinggal. Bas tu tak berenti..terus sampai pulau. Turun kat Pulau, naik feri ke seberang dan naik bas transnasional balik ke Sungai Petani.Gigih sangat uolsss.
Sebelum tu aku tak penah naik feri bahagian atas.Kalo naik pun dok kat bahagian kete kat bawah.Tak penah jalan-jalan ke atas.Jadi aku tak tau pun macamana keadaan feri kat bahagian atas.Sebelum naik, aku tengok tiket tux de tulis apa-apa pun.Aku bajet adala no kerusi ala-ala tiket bas atau tak pun macam tiket feri Langkawi. Risau sangat aku mana nak duduk jap lagi..kang takde tempat macamana. Aku pun cakap la gitu kat Farah.
Kekek kekek Farah gelak kat aku.
“Ana..kat dalam tu luas..kerusi panjang. Hang duduk la mana pun, tak pun hang berdiri je tengok laut”
“oooooooo….”
Naif sangat kekdahnya haku ni…
>_<

Wednesday, February 8, 2012

Bila aku feeling aku gadis pengecop duit..

Fuhhhh..fuhhh.... tiup habuk. Lama aih tak balik rumah ni. Nasib baik ingat jalan balik lagi

Hari tu ikut famili Aja p bersukaria kat Genting.
(sebagai seorang insan yang tidak mempunyai keluarga sendiri mahupun bopren sendiri, haruslah aku menumpang kasih keluarga orang lain saja - uhuk uhuk tisu please...)

Kami ambik 2bilik. Mula2 kami dapat bilik di tingkat 12 tapi jauh2..disebabkan kami nak bilik dekat-dekat maka kami ditukarkan ke tingkat 13.
TINGKAT 13?????
(dulu aku penah dengar tingkat 13 ni berhantu. apakah?? Dari dalam kereta aku dah bermohon doa supaya bilik kami bukan di tingkat 13..malangnya doa aku tak dimakbulkan)
Seriau je aku tido malam sambil menjeling katil sebelah. Takut nau tiba2 celik mata ada 'orang' tumpang tido kat katil kosong sebelah tu. Syukurlahhh...tak dek apa2 yang berlaku. Dongeng semata rupanya.

Apalagi..bergambar itu harus ye kawan2...




Salah sorang dwarf Snow White yang terlepas...lalu melepak tepi bas -_-

Selesai bersukaria...membeli belah dan memakan makan, maka kami pun balik..

Turun dari Genting, tiba-tiba kami mendapat idea untuk meneruskan sessi merabih duit ke tepi pantai pulak. (macam keje cop duit kan?)
Yeeehaaaa Pengkalan Balak..kami datanggg!!!

Ini kali kedua kami lepak kat Pengkalan Balak. 1st time lepak terus jatuh cinta. Jadi kami ziarah lagi. Tenang je kat sini...tak kelam kelibut sangat.


Keadaan semasa kami sampai. Sunset. cantiknyeee... apakan daya kamera cikais..maka ini lah hasilnya

Malam lepak tepi pantai lagi. Jakun sangat rasanya..jarang jumpa pantai..
kami jugak jumpa benda ni - Patrick Starfish versi cacat. kesiannnn...



Keadaan pantai disiang hari. Cantik, bersih, nyaman dan menenangkan. Semestinya aku akan datang lagi. Melaka je lagi pun...

Conteng-conteng di pasir itu adalah amalan semua orang...hehehe

Jejari dompok -_-


Dua budak yang tak pernah dapat pelampung. Harus mereka sedikit jakun... sampai mandi kat rumah pun guna pelampung. Kau ado??
Apaknya jalan jauh nak beli 2bijik pelampung ni (begitulah kasih pak..kasih mak..pada anak2)

Dan ini apa yang berlaku semasa on the way balik KL. Sempat lagi singgah main layang-layang kat Pantai Klebang (yeke Klebang??aku tibai je sebenarnya..lupa dah)

Yang baju merah berlari2 itu aku dan di dalam bulatan itu layang-layang aku. bentuk sotong lagi.

Berkat training lari 2.4km hari-hari. Inilah hasilnya.. Layang-layang buleh naik tinggi.
hehehe

Template by:

Free Blog Templates