Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan datang lagi :))

Ramadhan datang lagi. mmm kejap je rasanya...rasa macam baru je aku posa masa aku darjah 5 dulu skang dah tua bangka pun aku *menarik nafas sebentar* :D masih terasa lagi penat kayuh beskal p sekolah mengaji Quran di bulan posa sekarang dah kena tahan penat dan lenguh dalam jammed nak balik keje. aishhhh cepatnya masa berlalu. kang sedar2 orang dah baca talkin. huhuhu...

Teringat lagi masa darjah 3 dulu, kenangan lari dari rumah di bulan puasa. ish ish ish... masa tu aku merajuk ngan mak sebab mak marah aku. sapa suruh aku nak bukak posa pada pukul 4.30pm sebab tak tahan tengok pisang. ayyooooo sarliana....sarliana... (geleng2 kepala) dah la bukak posa, aku p pecahkan pulak termos air panas mak. Hambik kaww kena leteran secara berkumpulan dari mak dan abah. Terus aku ambik plastik bungkus kain baju konon nak lari dari rumah. Pastu p betenggek kat batang pinang belakang rumah sebab tak tau nak lari ke mana. pastu pikir, kalo aku lari dari rumah aku nak keje apa? nak makan apa? macamana nak sekolah? Lama2 pikir terus tak jadi lari. Dengan muka 2kupang aku masuk rumah. Tengok muka mak aku kembang kempis kembang kempis..tahan gelak >_< Itu cerita lama..skang dah posa penuh hokayyy walopun tak berapa nak cukup *opssss*

Macam biasa posa tahun ni macam posa tahun2 yang dulu. Berbuka tak tau kat mana. Kadang2 kat rumah, kadang2 kat opis, kadang2 kat dalam kete. Tahun ni mungkin kadang2 kat dalam gym (gigih) Tapi tak pela apa nak buat..carik makan hehehhehehe aku redha :))

Tapi hari tu aku tensen betul dengan sorang org tua kat opis ni (drebar bos) tiba2 dia merungut kat aku. Katanya "ala nak bulan posa pulak..matilah aku..matilah aku kena posa..matilah aku kena posa pulak..ishhhh" (aku mohon sangat Allah makbulkan doa dia tu) Sedikit jahat disitu ye. Bukan apa aku tensen sebab mengikut pengalaman lepas, aku kena tengok dia makan kat opis dengan selambanya tanpa rasa bersalah. Dan aku hanya boleh marah2 dalam hati. Habih kuat aku bebel2 tapi dia buat pekak je. Aku harap sangat dia mati terus, jadi aku tak payah kongsi dosa subahat dengan dia. >_< (jahatnya aku lahaiiiii)






Lagu tema sempena Ramadhan hehehehhe

Sesapa yang baca n3 ni, dengan perasaan penuh kaseh sayang ingin aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ni membawa keberkatan kepada kita semua. Aminn :))

Template by:

Free Blog Templates