Monday, March 12, 2012

Cara melupakan orang yang kita yakin kita takkan dapat

*gigih aku printscreen budak roti ni

Situasi : Anda (aku sebenarnya *__* ) tiba-tiba jatuh chenta kepada seorang Hamba Allah tapi anda (Aku) menyedari bahawa memang mati hidup balik pun belum tentu anda (aku) dpt bersama dengannya.

Tindakan : Berusaha mencari jalan untuk bangun dan melupakan Hamba Allah itu. Memang susah tapi terpaksalah daripada terus terbang di awan biru..meniti dipelangi, bergayut dibintang segala...anda (aku) haruslah turun ke tanah dengan kadar segera!

Berikut adalah beberapa langkah yang wajar anda (aku) ambik untuk mencapai matlamat itu (yakni melupakan si poojaan hati)

1 - Tarik napas panjang-panjang dan buat keputusan sekarang
ya keputusan aku ialah harus melupakan beliau. Tak payah nak terhegeh-hegeh mencuba nasib...tu cermin besar dok ada keliling..mohon sedar diri

2 - Senaraikan kenapa kamu (kami) berdua tak buleh bersama
senarai dirahsiakan

3 - Buat plan (aku dengan plan memang tak dapat dipisahkan)
Jangan pandang tepat muka dan mata dia, biarlah orang nak kata sombong ke pelik ke apa ke...tu je plan aku? kehkehkehkeh

4 - Kalo tiba-tiba teringat sikit-sikit..layan la kejap barang sesaat dua pastu lempang muka sendiri laju-laju sambil berkata "oiii bangun!!!"

5 - Elakkan diri dari menyekodeng fesbuk, twitter, blog dan apa jua rangkaian sosial beliau
harus berusaha keras

6 - Yakinkan diri sendiri esok-esok..mungkin lusa..mungkin minggu depan..mungkin bulan depan kita akan berjaya lupakan dia.

7 - Kalo jumpa orang lain, tak payahla ko (aku) terhegeh2 nak pikir - ehhh aku ada dia...

8 - Jangan berangan-angan tentang beliau. Kalo tiba-tiba terangan..mohon sedar secepat mungkin dan jangan lupa lempang muka sendiri 44kali. kalo nak lebih berkesan, lepas sedar dari berangan, suruh orang lain (lebih afdal bapak kita) yang lempang muka kita 44kali bertalu-talu tanpa henti. Konpem lepas tu xberani nak berangan lagi.

9 - Marilah kita memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa supaya Dia bantu kita.
(blh digunapakai sebagai ikhtiar untuk melupakan sesaorang)
Lepas berusaha, berdoa dan bertawakal sajalah supaya Allah hapuskan semua rasa ini untuk kebaikan semua.


Yang benar,
Aku yang bukan negatif cuma sedar diri saja
*_______*

Template by:

Free Blog Templates