Friday, November 23, 2012

Hari Asyura

Cewah...entry macam blog ustazah pilihan pulak. 
Esok 10 Muharam, Hari Asyura. Jadi hari ni dengan esok puasa la kita ye.. Hari ni (9 Muharam) dipanggil Hari Tasu'a.kalo tak sempat puasa hari ni pun tak pe..boleh puasa esok dan lusa. sebab kita boleh pilih nak buat 9 & 10 atau 10 & 11. Sunat puasa 2 hari. Nak buat 3 hari terus pun boleh sebab itu yang diamalkan oleh Imam As-Syafie. Makruh puasa 1 hari saja.

Apa yang speselnya hari Asyura ni. Antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharam : 
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala 
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi. 

oooo aku pun baru tau... ohh malunya.

Sewaktu Nabi SAW berhijarah ke Madinah, baginda melihat orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura.
Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)

Selain puasa, kita jugak digalakkan melakukan perkara-perkara sunat yang lain seperti membaca Quran, berzikir, bersedekah dan lain-lain perkara yang baik termasuk belanja aku bukak posa. Jangan meratap hiba koyak-koyak baju sudah sebab itu amalan kaum Syiah. Selain itu kita juga digalakkan berbelanja dan menggembirakan keluarga dan orang lain. Kira sedekah pada keluarga sendiri la kan. Sehubungan dengan itu, dah ada orang cakap nak belanja bukak posa kat The Chicken Rice Shop.. hah memang gumbira sangat la tu. hehehe 
Antara fadilat dari kebaikan yang kita lakukan (hasil penggugelan) :-
  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  • Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000x. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  • Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Semoga kita semua dapat memanfaatkannya. Harap-harap nanti kita buleh la masuk syurga togeder-geder ye. Amin.

Template by:

Free Blog Templates