Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Doa Untuk Sabah

Ya Allah lindungilah anggota keselamatan kami disana. Lindungilah semua rakyat Sabah dan semua rakyat Malaysia. Ya Allah semoga semua ni berakhir dengan cepat.Tak sanggup lagi nak tengok seorang demi seorang dibunuh. Tak sanggup lagi nak tengok anak-anak kecil melambai bapa mereka yang akan turun berjuang. Tak sanggup nak tengok muka isteri-isteri yang tersenyum melihat suami mereka berangkat, tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
*teringat Gwen melepaskan Arthur pegi perang*
Sedihnya, tak dapat bayangkan. Melepaskan orang tersayang pergi tapi belum tentu akan kembali. Kalau kembali pun tak tau macamana keadaannya.
*ok..airmata menitik-nitik jatuh*

Hajat dihati nak tepek gambar kami sekeluarga bergembira, tapi terus jadi hilang mood lepas tengok keluarga orang lain tengah bersedih. Siapa tak sedih kalau anggota keluarga sendiri dibunuh dengan kejam. Tengok mayat keluarga sendiri dalam keadaan menggerikan. 

Cukuplah..aku harap lepas ni tak ada lagi cerita sedih itu. Cuma mampu berdoa dari jauh.

:(  :(  :(

Tuesday, January 22, 2013

Fobia..fobia..fobia

Dan dan teringat lagu KRU..fobiaku dianiaya...uooo uoooo....

Pagi tadi dengar radio Suria.fm, topik pagi ni mengenai fobia. Fobia ialah perasaan yang amat takut pada sesuatu benda, orang atau situasi. Melampau-lampau takutnya sampai rasa nak pengsan 3hari. Ada sorang tu fobia pada mancis. Boleh demam seminggu katanya kalau pegang mancis.Ada jugak yang fobia pada semut. Pelik tapi benar. Paling ramai orang fobia pada labah-labah. Tapi aku tak, aku ok je dengan labah-labah, boleh kawan baik.
Lalu aku pun gugel jenis fobia yang lain. Kelakar pun ada, macam-macam jenis fobia ada kat dalam dunia ni. Antara yang pelik bagi aku ialah :-
  • Chorophobia - takut menari
  • Hexakosioihexekontahexaphobia - takut angka 666 (serius aku tak tau kenapa 666, kalau 777 bagaimana pulak)
  • Koumpounophobia - takut jahit butang (hah sudah, pakai baju sarung je la ye)
  • Porphyrophobia - takut warna ungu
  • Leukophobia - takut pada warna putih
  • Melanophobia - takut pada warna hitam
  • Xanthophobia - takut pada warna kuning (putih & hitam aku boleh terima, kalau kuning dengan pepel tu macam pelik sikit)
  • Spectrophobia - takut cermin dan refleksi sendiri (kalau tengok orang berserabai, mohon jangan dihina, mungkin dia ada fobia jenis ni)
  • Technophobia - takut teknologi (motif tidak diketahui)
  • Telephone phobia - ketakutan atau keengganan membuat atau menerima panggilan telefon
  • Alektorophobia - Fobia pada ayam (aku ada kawan macam ni..jadi kitarang selaku kawan yang kejam selalu usik dia dengan ayam hehehhehe) Alliumphobia - Fobia pada bawang putih
  • Bancophobia - Fobia pada bank (mesti duit semua simpan bawah bantal).
  • Chrometophobia/Chrematophobia - Fobia pada wang atau duit (harap sangat aku kenal orang jenis ni "siti, kau ambik la semua duit aku ni, aku fobia sangat dengan duit tau.." hehe
  • Hamartophobia - Fobia membuat dosa (baguih ni....)
    Metrophobia - Fobia atau benci pada puisi (kalau kau berjiwang dengan dia, mesti kena hempuk dengan lesung batu)
  • Pediophobia -  Fobia pada anak patung (pengaruh filem Chucky mungkin)
  • Pentheraphobia - Fobia pada mak mertua (ramai ada fobia ni, tu yang tak nak balik raya rumah mertua tu hehe)
  • Phonophobia - Fobia pada suara sendiri ataupun apada telefon
  • Siderophobia -  Fobia pada bulan (tak dapat la nak talking to the moon)
  • Sophophobia - Fobia untuk belajar (silap la aku tak tau ada fobia ni. kalau tak boleh aku macam ni kat mak dulu - "cek ada sophophobia, sebab tu exam dapat no 8" )
Fobia aku lebih kepada haiwan.
  • Ailurophobia - takut pada suka kucing (cuba mengatasi fobia ni dengan cara selalu tengok gambar kucing comel, setakat ni tak berjaya pun)
  • Ophidiophobia - takut pada ular (Lagi-lagi ular sawa batik. Ini panjang ceritanya..)
  •  Scoleciphobia - takut pada cacing (lebih kepada geli)
Tu baru sikit. Ada banyak lagi fobia-fobia lain kat dalam dunia ni. salah 1 darinya mesti ada dalam diri uols. Mesti punyalah.

Ada lagi satu. Aku jugak fobia pada orang mati. Kalau aku tengok orang mati atau tau ada berlaku kematian mesti aku rasa takut yang amat. (walaupun orang yang mati tu tinggal di kampung sebelah). Takut sampai keluar airmata. Tak boleh tidur.Tidur bukak lampu. Itupun tak nyenyak, asik terjaga tengah malam. Bila terjaga aku pandang sekeliling, tengok tingkap, tengok pintu, tengok bawah katil, kot-kot orang mati tu datang kat aku. Memalukan.  

Wednesday, January 16, 2013

Kata-kata itu Doa

Orang kata apa yang keluar dari mulut kita itu ialah doa.

1 nov 2012
Perbualan mata ke mata antara aku dan Munah Bt Shaari (Bukan nama sebenar). Munah Bt Shaari ialah bekas teman sekerja aku. Kadang-kadang kami jumpa dan makan bersama.
Munah Bt Shaari  : ofis sekarang tak ada lelaki-lelaki bujang yang tengah mencari? kawan-kawan kau ke..

Aku : tak de, kenapa?

Munah Bt Shaari : kalau ada kenalkanlah kat aku

Aku : Kalau ada, aku mengorat dulu, tak sempat kat kau dah hehe...eh..dah tu Ibrahim Bin Shaaban (bukan nama sebenar)  ko macamana? Derang cakap korang nak kawin dah...

Munah Bt Shaari : tak de dah la babe, dia tinggalkan aku 3 hari sebelum kitarang tunang bulan 10 lepas. sms cakap nak putus..blah cam tu je, aku pun tak tau nape
Aku : Ya Allah...siannya kau Munah. sabar ye Munah, kuang aja gila Ibrahim..

Munah Bt Shaari : ntahla aku dah malas nak pikir. tu yang aku ingat nak cari je sapa-sapa... mak aku pun bising cakap malu..

aku sangat simpati kepada Munah..jatuh airmata aku..sedih dengan nasib yang menimpa dia.. terus aku doakan bertemu orang lain yang baik-baik..doakan Munah bahagia. sedih sangat rasa..

2 nov 2012
Perbualan di antara aku dengan Hasnita Bt Borhan (juga bukan nama sebenar). Hasnita Bt Borhan juga ialah bekas teman sekerja aku, merangkap kawan kepada Munah Bt Shaari jugak.
Aku : kau tau Ta, sian Munah, Ibrahim tinggalkan dia, 3 hari sebelum derang bertunang

Hasnita Bt Borhan : Ha??????? abih majlis derang bulan depan macamana?

Aku : Majlis apa?

Hasnita Bt Borhan : kawin la..ko tak dapat kad ke?

Aku : tak. (blur)

Hasnita Bt Borhan : Majlis derang 12.12.12 ni...2,3 hari lepas dah gi borong bunga telur segala..

Aku pun ceritakan semuanya kepada Hasnita Bt Borhan.
Hasnita Bt Borhan :  Biar betul? jap-jap aku call dia
(mengload speakerkan henponnya)

Hasnita Bt Borhan : eh Munah, kau jadi kawin ke tak bulan depan?

Munah Bt Shaari : jadila woi..pasal pulak tak jadi..

Hasnita Bt Borhan : kiranya korang ok la..takde apa benda buruk berlaku?

Munah Bt Shaari : apa kau cakap ni Ta..? ok je..dah tak sabar nak kawin ni..hahaha

Hasnita Bt Borhan : takde pape la..

kami berpandangan... kenapa Munah cakap macamtu kat aku? kenapa tak jemput aku ke majlis dia ? kenapa tipu aku? kenapa?kenapa?kenapa?kenapa? dan aku memang seorang yang emosional..semua orang pun tau.. jadi aku malas nak tanya apa-apa kat Munah. Aku anggap Munah seorang penipu. Aku tak contact Munah lagi. Munah pun macam tu. Kalau tidak, asal aku on yahoo messenger je, dia menerpa 'Buzz!!!'

Sampaila ke tarikh 12.12.12 aku skodeng jugak facebook dia. Tapi sepi. Takde apa-apa ucapan selamat pengantin baru ke tahniah ke apa ke. Ah lantakla. Sebelum ni memang sendu je facebook dia tu. Aku tanya Hasnita, katanya dia tak pergi majlis Munah sebab ada hal lain kat kampungnya. Lagipun katanya dia agak terkilan dengan tindakan Munah kepada aku. Takde mood nak pergi. 

31 dec 2012
aku on facebook, Munah tegur 'hai gadis'. Terus aku offkan chat. Emo... hehehe

Semalam, 15 Jan 2013.
Perbualan melalui Skype.
Hasnita Bt Borhan : Ti, kata-kata Munah menjadi kenyataan.

Aku : Apakah ??? 

Hasnita Bt Borhan : kau tau, majlis kawin Munah tak jadi. Jadi kenduri doa selamat je

Aku : serius??? nape?

Hasnita Bt Borhan : Macam yang dia tipu kau. Ibrahim tak nak kawin 3 hari sebelum majlis

Aku : Biar betul weh. mana kau tau?

Hasnita Bt Borhan : Ani cakap. Dia pegi rumah Munah 12.12.12 tu, tapi Munah tak keluar langsung. Mak dia cakap ni kenduri doa selamat je, tak de pengantin-pengantin. Ani pun segan la nak tanya banyak. Mak dia pun macam emo je.. 2,3 hari pastu baru Ani berani tanya Munah sendiri. Munah sendiri cerita apa yang berlaku. 3 hari sebelum kawin, mak Ibrahim datang rumah bagitau nak cancel weeding. sekarang dia tensen sebab mak dia bising-bising cakap malu...

Aku : macam drama je..betul ke ni? tapi kenapa ye?

Hasnita Bt Borhan : ntah. dia tak cakap. personal katanya..tu la tipu orang lagi...

Aku : kan..?? 

Hasnita Bt Borhan : kau mesti nak cakap padan muka kan? hahahha

Aku : takla..aku takde rasa apa-apa. Rasa kosong je..tak sampai hati nak cakap padan muka..takut jadi kat aku pulak

Jadi pengajarannya, janganlah kita cakap buruk-buruk. Dulu aku pernah terdengar kat ceramah agama kat radio..Ustaz kata jangan cakap diri kita benda buruk takut menjadi doa. Dah doakan diri sendiri benda tak elok. Contohnya "ish bodonya aku ni" / "mamposla aku macam ni.." /"aku ni miskin, takde duit"/ "yela..aku huduh" /  "aku tak boleh buat ni..tak boleh buat...".
(tu yg dok gigih kontrol mulut sekarang ni...sebab ayat-ayat macam ni memang biasa aku sebut. *_*)

Ayuh, katakan pada diri kita 'aku bijak ooo' atau ' Alhamdulillah..cun jugak la aku ni :D ) atau 'aku mesti boleh buat!' atau 'aku akan jadi jutawan 2 tahun dari sekarang'.  Ulang siang dan malam tanpa henti. In Shaa Allah..akan jadi kenyataan hehehehe.Tapi kena usahala..harap kata-kata je lebih, tak jadi jugak. (tapi jangan cakap depan orang ramai pulak, nanti kita jadi macam Gambit dalam Fear Factor.. orang kata macam bagus je dia ni)
Hehe

Friday, January 11, 2013

Cuci usus dengan Juvanex

Antara tanda-tanda usus kita kotor ialah perut kembung,sembelit,pening kepala, nafas berbau,sakit pada sendi dan satal-gatal pada kulit.
Alamak...aku skor 6/6 la. Banyak sangat toksin dalam badan agaknya. Nak kata kurang air, hari-hari aku minum paling cikai 2liter air dan se-mug teh hijau tapi mungkin sebab toksin dah berkilo kat dalam badan, air 2tong pun jalan.  

Kena bertindak ni. Setelah membuat kajian terperinci, aku pun buat keputusan untuk beli produk detox. Maka aku beli ini...
Juvanex-Program 7 Hari. "7 hari je...7 hari jeeee" - ayat memujuk hati.
Kat kotak tulis RM160 tapi Watson jual RM95 je. Tak tau la promosi ke apa. Tapi ngam-ngam ada sekotak je atas rak. Memang rezeki Allah Taala la kan.

Dalam buku panduan,dia punya cara makan begini :-
Sarapan - makanan seimbang (katanya)
Tengahari - 2 paket Juvanex + 250ml air (tak buleh makan nasik ke..? >_< )
Malam - 2 paket Juvanex + 250ml air & sajian ringan dengan sayur-sayuran yang banyak (sayur??banyak???ohh)
Minum air yang banyak (takde masalah kot)
Makan lebih banyak sayur dan buah. 

Antara sayur/buah yang membantu badan kita detox secara semulajadi ialah :
  • Epal hijau - Menyingkirkan logam berat dan kolestrol. Bermanfaat untuk hati & buah pinggang
  • Lemon - Merangsang rembesan enzim,komponen penting dalam pembersihan hati
  • Tomato - kaya dengan antioksidan
  • Asparagus - Membantu mengekalkan bakteria baik dalam usus
  • Brokoli - Antioksidan penting untuk membantu hati menyingkirkan toksin
  • Lobak merah - Penuh dengan beta karotena iaitu sejenis antioksidan
  • Parsli - membantu buah pinggang menyingkirkan toksin
  • Salad hijau - Antioksidan yang baik, membantu pembersihan saluran gastrousus
  • Beras Perang - membersihkan usus kecil dan mencegah sembelit dan menstabilkan tahap gula dalam darah
  • Bawang putih/merah - menyingkirkan mikroorganisme berbahaya
  • Halia-Melegakan perut kembung,loya&cirit birit. merangsang enzim pencernaan.
  • Minyak zaitun - mencegah kolestrol daripada ditukarkan kepada radikal bebas yang memudaratkan
  • Yogurt - menghapuskan bakteria jahat dalam usus
Program ni kedengaran agak berat bagi aku. Tapi cuba je la... program bermula hari ni. Pagi ni aku dah breakfast Kellog's Special K bersama susu omega. Nanti tengahari nak minum Juvanex (tapi tetap bawak bekal nasik 1 senduk heheheheh) saspen pulak, aku baca ada yang sampai pengsan masa 1st time minum...apakah sampai begitu sekali..?

Nanti dah lengkap 7hari, aku update kesannya. Semoga berjaya la hendaknya.

sambil-sambil tu beli la ini sekali..tepek kat kaki, takdelah hitam mana pun...tak seperti yang aku bayangkan..

Friday, December 28, 2012

Edisi 12tghmalam Jumaat

Baru nak tido tetiba terfikir..macamana agaknya rasa mati?macamana agaknya rasa sakaratulmaut? macamana agaknya rasa kena kapan? macamana agaknya rasa kena tinggal sorang-sorang dalam kubur. errr dah start menggeletaq kepala lutut. 

Hasil dari pembacaan dan penggugelan :-
Rasulullah mengingatkan tentang mati dan seksaannya. Sabda Baginda, sakitnya mati sama dengan tusukan tiga ratus pedang 
aku jari kena pisau pun kecoh serata alam :(

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau dantang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?."  Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah.  Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu"  Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?"  Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut".  Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah.  Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali.  Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as.  "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?.  Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit." 

Sakaratul maut untuk orang-orang yang zalim
Imam Ghazali mengutip sebuah riwayat yang menceritakan tentang keinginan Nabi Ibrahim a.s untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika mencabut nyawa orang zalim. Allah S.W.T pun memperlihatkan gambaran perupaan Malaikatul Maut sebagai seorang lelaki besar berkulit legam, rambut berdiri, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam, sangat menakutkan, dari mulutnya keluar jilatan api, ketika melihatnya Ibrahim a.s pun pengsan. Setelah sedar Ibrahim as pun berkata bahawa dengan memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang pelaku kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya, padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari itu.
Malaikat maut akan menarik roh dari tubuh si zalim dengan paksaan. Menghentak-hentak tubuhnya agar roh lepas dari tubuh ibarat serabut-serabut baja yang tertanam sangat dalam di tanah yang diperbuat dari timah keras.

Di akhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal. Kepada orang zalim, si malaikat akan berkata:,

Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik, engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir di tengah-tengah perbuatan kejimu, dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik ! "

Ketika itulah orang yang nazak itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu.
Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah saatnya Malaikatul Maut mengabarkan padanya rumahnya kelak di akhirat.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tak seorangpun diantara kamu yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di syurga atau di neraka”.
Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang zalim di neraka, “Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak, bersiaplah engkau merasakan siksa neraka”.


Sakaratul Maut Orang-orang Yang Bertaqwa
Sebaliknya Imam Ghazali mengatakan bahawa orang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum.

Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikatpun akan menunjukkan syurga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkata padanya, “Bergembiralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”.


Wallahualam. Takutnya. Tu baru sakaratulmaut..belum lagi baca bab azab kubur..bab balasan akhirat. Macamanala agaknya nasib aku nanti.  Nak tak nak kena hadap jugak. Kadang-kadang rasa macam tak percaya yang 1 hari nanti aku pun akan masuk liang lahad. Tapi itulah hakikatnya...setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

 
//habihla aku tak bleh tido >_<

Saturday, December 15, 2012

:(

Pagi ni datang kerja, dengar berita orang gila mengamuk kat sekolah lagi. (yeee aku lambat dapat berita sekarang, sejak tak de internet kat rumah) Sampai ofis buka internet tengok, rupa-rupanya 20 orang budak-budak sekolah, 6 orang dewasa yakni cikgu-cikgu termasuk guru besar mati di tembak secara rambang oleh sorang budak gila yang akhirnya membunuh diri (stendet orang gila, dah mengamuk kulu kilir, tau pulak takut, lalu bunuh diri). Menjadikan jumlah korban insiden di Sandy Hook Elemantary School di Newtown,Conn tu seramai 27 orang.
Banyak betul orang mental sekarang ni...dah mental nak bunuh-bunuh orang pulak. Kisahnya si orang gila ni bergaduh dengan mak dia yang merupakan guru di sekolah berkenaan. Dan mak dia jugak turut terkorban.

Terus teringat kat Adam yang setiap pagi terkedek-kedek jalan dengan pengasuh dia pegi tadika. Pastu pukul 12 tengahari terkedek-kedek balik pulak. 
Ya Allah tolong la lindungi anak menakan saya tu dari bala bencana dan musibah-musibah buruk. Walaupun setiap pagi sebelum pegi keje dia akan pesan - "makndak, jangan lupa beli kete ye.." dan bila aku beli, dia akan tanya soalan yang aku rasa nak terjun tingkat 12 - "siapa suruh makndak beli kete ni? makndak ada duit ke"
http://www.emocutez.com

Tapi saya tetap sayang dia. (rasa nak beli beg sekolah baru la kat Adam)
Gambar konvo hari tu..tahun depan lagi setahun kat Tadika

Semoga anak-anak kita semua dilindungiNya.

Friday, December 14, 2012

KWSP dan Penama

Dah masukkan penama KWSP? Dulu aku dah masukkan, tapi bila check balik hari tu, tengok tak de penama pulak. apakah...? abih aku mati nanti kan dah jadi mcm iklan adam&siti (adam ke amin ke pe kenama ntah) nangis-nangis siti, susah nak ambik duit KWSP suami dia sebab suami dia tak letak penama..

Jadi pagi ni, aku ke pejabat KWSP Batu Caves ambik borang permohonan penamaan. Kena sign saksi segala. Semoga sempat la aku masukkan penama sebelum mati. Buleh la aku demand keranda kayu jati ke cengal ke..kasik ukir2 sikit..heh heh heh

Selalunya orang single n abelebel macam aku ni (tetiba pomot) akan letakkan nama mak atau ayah. Orang dah kawin akan letak nama anak & pasangan.

Ada orang sekampung aku penah bergaduh sebab si mati tak tukar penama kepada isteri dan anak-anaknya. Ketika mati, KWSP masih nama adik beradiknya. Kesian anak-anak yang masih kecik. Tapi aku tak tau macamana sudahnya sebab masa tu aku sekolah lagi, jadi tak ambik tau sangat hal jiran tetangga bergaduh. Lainla hal orang baru pindah dan anak teruna hensem, itu wajar diambil tau..
-_-

Kat kampung sebelah pulak, anak-anak bergaduh dengan bapa mereka sebab guna duit KWSP ibu mereka untuk kawin lain. 

Jadi marilah bersama memasukkan penama yang sesuai supaya duit KWSP kita yang berJUTA-JUTA tu jatuh ke tangan orang yang sepatutnya.
(padahal KWSP aku dua tiga kupang je... kihkihkih)

Untuk tetapkan penama bagi KWSP
  - Isi borang - dapat percuma di KWSP, p sengih je kat orang KWSP tu cakap nak borang penama nanti dia bagi free je
- Seorang saksi yang bukan penama dan bukan staf KWSP
- Kad pengenalan kita
- cap jari kita (bawak jari tu sekali) :D

Keluar topik tetiba - abih muka orang tua ni masuk dalam mimpi aku. ngeri sangat. choyy tahap tertinggi!

Wednesday, November 28, 2012

MAHA 2012


Semalam gigih aku MC semata-mata nak pegi MAHA. ceh, selamba ayam je ngaku kat sini. Mohon sangat bos aku tak baca.

Masa 2010 dulu tak sempat nak pegi, jadi tahun ni kena pegi la kan. Tengok sikit apa yang best sangat tu. Jadi semalam kitarang pegi. Saja pegi hari keje, sebab kalau hari cuti, jammed melampau-lampau dan bilangan umat manusia ramai gila. Walaupun weekday, orang tetap ramai. Mungkin derang pun MC macam aku gak hehe
Kitarang sampai Serdang pukul 10++ am. Parking takde masalah sebab awal lagi. Itupun Q panjang jugak nak masuk parking.
Sampai je ronda kat tempat haiwan. Tengok lembu, kambing segala. Buat-buat muka jakun ala-ala tak penah tengok lembu seumur hidup 
:p
Daging rusa sekilo RM50.
Pastu layan pameran jentera pulak. Kali ini memang jakun, bukan buat-buat lagi dah. Ada 2,3 jentera yang memang aku tak penah tengok. Kagum sangat rasa :p

Kendian naik tram turun kat Laman Padi. tapi tak layan sangat..maklum la..dari celik mata dah dikelilingi sawah padi. Pusing sikit-sikit je, pastu jalan sikit pegi tempat perikanan. Peminat ikan macam ai memang gemar dengan tempat-tempat sebegitu kan. Tengok rangka ikan paus yang diwar warkan tu. Ye memang besar, rasanya kalo aku baring dalam mulut dia, buleh lepas (feeling diri kecik molek) -_-
Tulang ikan paus berkenaan. Besar wooo
Pusing lagi sampai kat rumah negeri. Ini best. Banyak boleh soping. Syukurla aku sedar diri...jadi aku soping ala kadar je. Boleh jugak rasa-rasa makanan popular setiap negeri. Tapi mungkin sebab cuaca panas, aku tak de selera nak rasa apa-apa. 
Rumah kami. Rumah Kedah :D
Ini yang we all rembat kat rumah negeri.
Kain batik Sarawak kat rumah Sarawak dan rumpai laut kat rumah Sabah. 


Jeruk kat rumah Pulau Pinang. Ada 'orang tu' dah beli jeruk ni 3 bungkus RM5, pastu dia patah balik pulak, beli lagi setengah kilo RM9. Stok jeruk utk sebulan hehehe (c/c - ibu adam kehkehkehkeh)
 Penat pusing, patah balik ke stesen tram, tunggu tram lain nak pegi hall. Sebelum masuk hall, makan dulu. Ada makanan dari seluruh negara dijual. Jenuh nak pilih. Tapi aku tak makan pape sebab penat..xde selera. Asik bantai air je. Memang tak larat kalau nak pusing semua. Itupun kitarang skip kawasan nenas, kawasan pokok-pokok, beberapa rumah negeri dan agro bazar. Hall pun jalan sikit-sikit je. Tengok apa ada.
 (ai tertarik dengan sutera China dan seni khat yang ditulis atas kain sutera, tertarik je..tapi tak beli >_< )

Pukul 3.30++ naik tram balik ke pintu depan. Tapi salah tram, rupanya kitarang parking kat entrance 2, tapi naik tram dari entrance 1 ke entrance 1. jadi pusing-pusing makan angin je la :D Sampai depan pusing lagi, soping lagi.. beli buah-buahan. pukul 5.00pm baru balik gerak balik. Dah macam masuk ofis. Dari pukul 10am - 5pm. working hours gitu.
buah-buahan yang menarik jiwa kami

Siap beli durian..pastu menangis la kau dari Serdang ke Rawang dengan durian di dalam kete. Dengan hujannya,dengan jammed nya..prfffffffffffff

Memang bestla MAHA. Rasa nak pegi lagi je... kepada yang belum pegi tu, silalah merafak sembah ke sana ye hehe tapi kalo nak bawak orang tua dan budak-budak, mohon uols bertabah dan bercekal hati sebab selain cuaca panas, time nak naik tram tu, orang ramai, kena rebut-rebut. Pastu banyak kena jalan, sila pakai kasut yang selesa. Bawak payung dan duit untuk soping. Kalo pegi dengan duit sikit, memang memandang barang dengan kesedihan jela (macam aku).
Panas sampai kaki berbelang...dah rupa zebra dah..

Template by:

Free Blog Templates