Saturday, September 24, 2011

Mari Mengukur Jalan di PPUM

Semalam bz sangat. tak sempat nak hapdate belog aku yg serba kewanitaan ni. Bz buat apa? Bz mengukur jalan, mengukur longkang, paip, tawaf sekeliling PPUM dan main naik turun tangga beberapa blok di dalam PPUM. haaaa nasib baik stamina AGAK memberangsangkan (g mampos memberangsangkan)

Dan lama tak buat keja tawaf menawaf ni. Sejak handover bangunan kat PPUM. Dulu tiap2 bulan kena tawaf. Projek sekarang consultant senang kira jah, bawak wakil arkitek sorang wakil engineer sorang dah kira kawtim. (senang keje aku...betambah lemak aku)

Kerja-kerja dimulakan pada pukul 9++am akibat kelambatan aku -_- (jalan jammed yang)

Bukak drawing sebelum mula. Harus kena ada gaya macam dalam drama-drama melayu di tv kan. Pi depan pintu masuk site, bukak drawing kendian tunjuk sana tunjuk sini dan gulung balik drawing pastu bukak balik drawing atas bonet kereta dan diskas :D


kan dah kata kena ada part diskas2. Kenalkan yang baju unipom KRAMMD tu bos aku Mr Chew.Ada orang tu sangat suka bila menerima call dari org tua ni. pelisss laaa




Sesi mengukur jalan dimulakan. Tidak ada batang tubuh aku dalam ke semua pic. sebab aku yang ambik gambo. takkan tiba2 nak gigih angkat kamera amik gambar sendiri plak. kang ada yang kena jerut ngan measurement tape tu. orang sibuk mengukur ko sibuk tersengeh bergambar.


Ini teknik mengukur kerb menggunakan digital pe menatang ntah. Golek je sepanjang jalan.


Tapi bukan senang. Kesian Pokyie naik bukit turun bukit beliau menggolek. Aku sebagai wanita melayu terakhir sekadar berdiri di atas bukit. Bos tak bagi turun, bahaya katanya...


Kerja-kerja dihentikan sementara lebih kurang waktu ni. sebab consultant aku nak p makan dan sembahyang jumaat. Kena le bawak derang-derang g makan. Aku diet taw en. consultant...dah bos bawak p mkn beriani. Makan la sejemput ambik hati :D


Ini keadaan drawing lepas kerja-kerja mengukur siap. Sekarang hahhh hambik kaw..tadi kau sibuk ambik gambar je ke hulu ke hilir. Sekarang hambik kira dan compile balik semua ni. SORANG-SORANG. Takdenye la yang ramai-ramai ni nak membantu.
Ini maknanya apa? maknanya hari ahad saya tidak ada artinya >_<


//aku baru tau ada anak sedara bos kat sini. ingatkan kak Fauziah dengan yang praktikal dulu tu je anak sedara bos hehhehehehehehhehehehehehhehehehehehehe
*anak sedara bos konon. muntah darah aku dgr -_- *

Template by:

Free Blog Templates