Thursday, October 4, 2012

kesian derang


Selalu aku rasa hidup aku ni teruk tau. Rasa ada masalah je manjang. Tapi sejak aku menge add sorang Hamba Allah ni kat Facebook, aku dapati ada lagi rupanya orang yang bermasalah dari aku.
Aku ni takde twitter, aku Cuma ada facebook
(blum menerima syafaat untuk register twitter buat masa ni)
Dulu hari-harilah aku update status. Tapi sekarang sejak meningkat dewasa ni (baca sebagai tua) aku dah jarang letak status dah. Segan pulak rasa.
-_-
Si Hamba Allah ni satu hari tak tau la berapa kali dia update status. Setiap setengah jam mungkin. Dalam setiap status mesti nak ada perkataan maki hamun yang tidak wajar kiranya dikormesialkan.
Hahahaha
Kalau sekali sekala ok la, paham la semua orang ada waktu gembira, waktu marah,waktu sedih,waktu down. Tapi kalo sepanjang masa nak marah je? Mencarut maki hamun sepanjang hari… Mcmana tu….
>_<
Kesian derang. (tesyian bak kata anis) Terpikir gak aku, tak ada waktu gembira riang ria ke derang ni. Teruk sangat ke hidup derang asik berdepan dengan orang yang tak menyenangkan hati derang je...
Takde kawan nak mengadu rasa mungkin. Syukurlah, walaupun aku tak ramai kawan,tapi aku masih ada tempat mengadu, bergosip dan berbincang. Betul la orang kata kualiti lebih penting dari kuantiti. Hehe
Mungkin jugak sebab derang ni budak-budak lagi kot. Tapi perasan diri sudah cukup matang lalu merendah-rendahkan orang lain. Mungkin jugak sebab derang rasa derang kerja dalam bidang professional. (yela..orang lain keje tea lady je kot hehehhe)
Dalam kes yang lain (sila baca ala-ala pengacara 999)
Ada juga anak-anak dara (belum kawin kan..ai assume anak dara la hehehhe) suka nor mencarut kat laman sosial malah di tempat awam juga. Mencarut perkataan yang berunsurkan 18sx. Ai pulak yang malu kadang-kadang. Motip malu???? Mungkin sebab ai orang kampong yang tak urban gitu. Malu tau sebut ‘ benda-benda’ sendiri di khalayak ramai.
Terpikir lagi, budak-budak ni tak rasa malu ke…makcik ni malu benar rasanya dengar… mohon sangat anak-anak aku nanti, anak-anak buah aku nanti tak berperangai mcm tu.
Mak tumpang malu nakkkk.

Template by:

Free Blog Templates