Thursday, March 10, 2011

Mari memasak bersama ahkak siti



Hari tu saya dengan gigihnya telah memasak pudding roti bersama kuah kastad. Tapi masa begitu mencemburui saya (ayat ni seringkali digunapakai ketika pertandingan ceramah/syarahan mahupun pidato peringkat sekolah). Tak sempat saya nak tepek kat sini.
Jadi hari ni saya berkesempatan sikit nak tayangkan beberapa pic semasa proses pembuatan pudding dilakukan :D ala sedap ke tidak bukannya hampa tau pun kehkehkehkeh


Ini beberapa bahan yang saya gunakan. Roti gardenia (high5 mahupun cap Ahmad juga blh digunakan), susu (low fat utk kesejahteraan diri :D) , majerin,telur, kismis dan gula perang.


Ini pulak gula perang yang telah siap dipukul dengan telur dan susu.
Pastu saya sapu Loyang dgn majerin. Sapu jugak majerin di kedua2 belah roti. Saya potong2 kecik lalu dengan tekunnya saya susun dalam Loyang. Tabur kismis…susun roti…tabor kismis lagi..tuang adunan susu+telor+gula. Pastu susun lagi roti..tabur lagi kismis..blablablabla
Ini hasilnya bila siap.




Dan ini lah rupanya bila siap dimasak bersama kuah kastad. Kuah kastad tu senang yg amat. Smbil skipping pun buleh buat. Guna susu,gula dan tepung kastard je. Maka siaplah utk dimakan.

Disini saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan ribuan terima kasih kepada assistant saya yg banyak membantu. Tugas kegemaran beliau – tabur kismis.
Ini la beliau ketika diminta berposing.

Template by:

Free Blog Templates