Showing posts with label FeelingPrincess. Show all posts
Showing posts with label FeelingPrincess. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Misi Merawat Tumit Kaki = Berjaya

Hari tu jalan atas karpet kat rumah, tiba-tiba rasa kaki melekat-lekat.
"ish budak-budak ni, makan atas karpet la ni, habih tumpah melekat kat kaki aku " kata aku sendirian lalu membelek kaki.
Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!! rupa-rupanya tumit kaki aku pecah. Bukan sikit. Dua-dua belah pulak tu. 
Tudiaa...huduh kan. Mohon jangan montah disini
Tak buleh jadi ni, kena rawat segera. Pikir punya pikir, mungkin masa balik kampung hari tu, kaki aku tak tahan dengan tiles kat rumah. Pastu selamba je aku jalan kaki ayam atas tar sambil cuci kete. (mak pak kami turap tar habih kat laman rumah, alasan mereka tak nampak kotor bila hujan
Tu la buruk sangat perangai...kan dah dapat hasilnya >_<

Langkah pertama, p farmasi beli krim untuk tumit pecah. Disamping tu beli batu pumis sekali, buat tenyeh kaki.  
Beli brand ni.. 3 hari katanya... Rm23.90
Seketul je la aku beli. Bape hinggit ntah..tak ingat. Tapi bawah rm10 la..

Kendian, sediakan air suam campur air rumpai laut dan air mawar. Campur sekali hirisan lemon..cewah..lemon tu..tak pakai limau purut. Sebabnya rumah aku ada lemon je.
 Lalu rendam kaki sambil tengok tv. Feeling ala-ala princess.
Sekejap je buleh rendam kaki sendirian. 10 minit kemudian, datang dayang dan pengawal a.k.a adam & anis nak join. Kena la tuan puteri gilir-gilir dengan dayang dan pengawal
Sambil-sambil rendam, aku tenyeh kaki dengan batu pumis dan hirisan lemon tu. Pastu cuci kaki bersih-bersih. Siap scrub sekali. Sapu krim, pakai stokin dan zzzzzzzzzzzzz
Nak ambik gambar, kena la pakai stokin hak comei sikit kan :p
Hasil selepas 4 hari bersusah payah...taraaaaaa
Sudah kembali licin.. weeeeeeeeeeeeeeee suka!suka!suka!
 Dalam 4 hari tu sempat la aku rendam kaki 2 kali. Sekarang rekahan dah hilang, dah malas nak rendam. Cuma masih gigih sapu losyen. Takut pisang berbuah 2,3,4 kali.
Dear kaki, lepas ni aku janji tak berkaki ayam lagi ye >_<

Monday, January 14, 2013

Rumpai Laut



 Laku betul entry aku tentang kolagen. Hari-hari memang ada orang search.
Sekarang aku tak minum kolagen serbuk-serbuk lagi dah. Bukan tak bagus. Bagus…semua kolagen pun bagus tapi aku TER berkenalan dengan makanan kesihatan lain pulak. Apalagi kalau bukan rumpai laut a.k.a seaweed. Glamer menda alah ni sekarang. Mana-mana pun ada orang jual. Tapi online la..jangan la kau cari kat Kedai Runcit Haji Kasim, memang la tak de jual.
 
1st time aku beli rumpai laut ni masa kat MAHA2012. Dia jual 250gm = Rm25. Aku anggap itu murah. 250gm tu boleh tahan sebulan..tu pun lepas share sorang separuh dengan mak. Katanya rumpai laut ni pun bagus untuk orang darah tinggi, jadi aku bagi separuh kat mak.

Ini rupa paras bahan mentah berkenaan. nampak macam maruku kan..
Ini pulak rupa paras lepas direndam 8 jam. Kembang 2x ganda. Hambik kau sebesen... mana aku tau dia nak kembang sebegini rupa
Lepas dah kembang sebegini, sila rebus. Tapi sampai sekarang aku tak terer nak sukat air. Kadang-kadang jadi lembik, kadang-kadang jadi keras elok. Aku pasrah je la..lembik pun lembik la..
Kendian, tapis. Sisa tu jangan la buang. Simpan. Buleh guna untuk tepek muka tiap-tiap malam. Jimat duit kita kan.

Bila simpan dalam peti sejuk, dia jadi macam jeli. Kesannya ada budak terliur. Dia ingat jeli. Muahahaha kena tipu ke nakkk?

Aku malas nak senaraikan kebaikan rumpai laut ni. Sebab uols search je ‘kebaikan rumpai laut’. Berjela-jela keluar. Ayat sama je..men kopi pes je depa pun hehehhehe..jd aku malas nak kopi pes jugak. Sebab aku cuma nak share pengalaman aku je.. benda baik harus dikongsi bersama. Ye dok?

Lepas sebulan lebih aku minum/makan. (Minum ke makan ye..) rumpai laut ni, kesannya bintik-bintik cokelat diwajah semakin pudar. (jangan harap la aku nak tepek gambo disini..malu  aih).  Lepas tepek kat muka, otomatik kita akan Nampak muka kita putih dan bersih berseri.
Tapak kaki yang pecah-pecah umpama bekerja dibendang itu juga sudah hilang.
Tapak kaki aku pulak sebelum ni pucat/kuning. Ingat lagi, abah aku kata tapak kaki mcm mayat (tidakkkk). En. F teman sekerja aku pun penah tegur. “ siti, kenapa kaki siti tak merah, sepatutnya  tapak kaki merah”. Agak khinzir teguran tu ye.. Gigih nak skodeng tapak kaki aku dah kenapa? ko nak cakap apa sebenarnya.. pree pree je kena maki dengan aku. Tapi sekarang tidak lagi…ia sudah merah berseri-seri. Begitu jugak tapak tangan. 
Saya suke!saya suke!

Mak pun kata ok. Tekanan darah tinggi dia turun.
Jadi aku pun beli stok baru. Aku beli kat sini. Tapi kali ni beli yang kaler purple pulak. Sis yang jual tu cakap, yang kaler purple ni lagi bagus dari yang kaler kuning. Tapi bau dia kuat sikit. Hambik 1kg terus aku borong.Bahagi sorang separuh dengan mak. Harapnya tahan la sampai tahun 2016 kehkehkehkeh

Tapi,bila sampai je bungkusan dari Sabah tu, aku pun bukak. Ya Rabbi, bau dia punya la kuat. Memang tak macam yang kuning. Yang kuning tu tak bau pape. Dah katanya asli belum diproses, memangla gitu.. Tapi, usah khuatir ye puan-puan…bila kita rendam 8 jam dan basuh berkali-kali, pastu bila masak, kita masukkan hirisan lemon sepotong dua..semuanya akan ok. Tak de bau lagi. Tinggal bau lemon yang menyelerakan. Maka kita boleh telan dengan sepenuh perasaan. 

Cara aku, aku ambik 3sudu besar, lenyek-lenyek + madu + lemon + air, minum tiap-tiap pagi pukul 6.30am (siap ada waktu khusus tu hehe) dan sebelum tidur.
Kat mak, aku pesan supaya beliau masukkan daun pandan sebab aku tau rumah mak takde lemon. Tak macam rumah ai, ada pokok lemon belakang rumah *mimpi sangat*
Ini rupa paras yang kaler ungu bila direndam. Nampak lain macam sikit kan.. erk..
Bila siap dimasak dan disejuk bekukan.Hirisan lemon sebesar alam..
//mak, tak lama lagi kita dua akan cun togeder-geder persis Neelofa &amp; maknya wahahahhahaha

Friday, January 11, 2013

Cuci usus dengan Juvanex

Antara tanda-tanda usus kita kotor ialah perut kembung,sembelit,pening kepala, nafas berbau,sakit pada sendi dan satal-gatal pada kulit.
Alamak...aku skor 6/6 la. Banyak sangat toksin dalam badan agaknya. Nak kata kurang air, hari-hari aku minum paling cikai 2liter air dan se-mug teh hijau tapi mungkin sebab toksin dah berkilo kat dalam badan, air 2tong pun jalan.  

Kena bertindak ni. Setelah membuat kajian terperinci, aku pun buat keputusan untuk beli produk detox. Maka aku beli ini...
Juvanex-Program 7 Hari. "7 hari je...7 hari jeeee" - ayat memujuk hati.
Kat kotak tulis RM160 tapi Watson jual RM95 je. Tak tau la promosi ke apa. Tapi ngam-ngam ada sekotak je atas rak. Memang rezeki Allah Taala la kan.

Dalam buku panduan,dia punya cara makan begini :-
Sarapan - makanan seimbang (katanya)
Tengahari - 2 paket Juvanex + 250ml air (tak buleh makan nasik ke..? >_< )
Malam - 2 paket Juvanex + 250ml air & sajian ringan dengan sayur-sayuran yang banyak (sayur??banyak???ohh)
Minum air yang banyak (takde masalah kot)
Makan lebih banyak sayur dan buah. 

Antara sayur/buah yang membantu badan kita detox secara semulajadi ialah :
  • Epal hijau - Menyingkirkan logam berat dan kolestrol. Bermanfaat untuk hati & buah pinggang
  • Lemon - Merangsang rembesan enzim,komponen penting dalam pembersihan hati
  • Tomato - kaya dengan antioksidan
  • Asparagus - Membantu mengekalkan bakteria baik dalam usus
  • Brokoli - Antioksidan penting untuk membantu hati menyingkirkan toksin
  • Lobak merah - Penuh dengan beta karotena iaitu sejenis antioksidan
  • Parsli - membantu buah pinggang menyingkirkan toksin
  • Salad hijau - Antioksidan yang baik, membantu pembersihan saluran gastrousus
  • Beras Perang - membersihkan usus kecil dan mencegah sembelit dan menstabilkan tahap gula dalam darah
  • Bawang putih/merah - menyingkirkan mikroorganisme berbahaya
  • Halia-Melegakan perut kembung,loya&cirit birit. merangsang enzim pencernaan.
  • Minyak zaitun - mencegah kolestrol daripada ditukarkan kepada radikal bebas yang memudaratkan
  • Yogurt - menghapuskan bakteria jahat dalam usus
Program ni kedengaran agak berat bagi aku. Tapi cuba je la... program bermula hari ni. Pagi ni aku dah breakfast Kellog's Special K bersama susu omega. Nanti tengahari nak minum Juvanex (tapi tetap bawak bekal nasik 1 senduk heheheheh) saspen pulak, aku baca ada yang sampai pengsan masa 1st time minum...apakah sampai begitu sekali..?

Nanti dah lengkap 7hari, aku update kesannya. Semoga berjaya la hendaknya.

sambil-sambil tu beli la ini sekali..tepek kat kaki, takdelah hitam mana pun...tak seperti yang aku bayangkan..

Tuesday, May 15, 2012

Mari berkolagen

Sejak bergaul dengan para wanita yang mementingkan kecantikan ni, pandai dah iols collagen tak collagen.

Sebelum ni aku beli Sedo Collagen dekat mamameow. memang sodap kolagen ni..rasa macam susu gitu. Sebab dia mix dengan susu kan. Tapi lama-lama jadi muak la kan kena dok minum susu hari-hari. Rasa dah setaraf adam dengan anis dah. Pastu aku bertukar pada Derma Beauty Collagen dari Cosway. Rasa coklat2 gitu. Tapi biasala aku boring ah...
Jadi aku berhajat nak cari serbuk pure collagen pulak. Jadi senang..gamak-gamak boring minum susu, campur dengan nescafe pulak. Gamak rasa nak minum air sejuk, campur dengan jus oren ka apa ka...takde hal katanya. Buleh jugak campur dengan krim-krim kecantikan kita.

Jadi berkat perkawanan aku dengan para wanita di alam siber, aku jumpa sorang sis ni kat forum cari jual collagen timbang, tak pek lagi..murah sikit. Ini sebenarnya Peptan Collagen tapi belum pek.
Macam ni je..isi bekas sendiri..kau nak letak dalam balang ke dalam tapawe ke dalam botol ke kau punya hal

Baru sampai semalam (14/5/12)
Maka aku dengan penuh keciwinya terus campur collagen sikit dalam krim malam nutox aku. Dan harusla minum sebelum tido jugak kan. Cara aku minum ialah dengan campurkan 1 scoop bio protein, 2sudu susu omega dan 1/2 scoop collagen ni. Taruk semua dengan air suam dalam shaker pastu goncang sepenuh perasaan. Dan minum....

Pagi ni pun aku buat gitu. Tapi rasanya malam ni mungkin aku minum cara lain sebab selalunya aku dah minum bio protein sebelum g gym. jadi malam takkan nak melantak itu lagi...nanti abih cepat. Haku dah la orang miskin...kena jimat cermat kehkehkehkeh

Nanti tengok lagi seminggu dua aku update kesannya. Tengok sis yang jual ni gila cantik kulit beliau. ai pun ingin mendapatkannya. Harap-harap berjaya la...
Sapa-sapa teringin jugak bulehla jengah page dia kat sini.
Moh kita cun secara berjemaah.
http://www.emocutez.com

Wednesday, January 18, 2012

Spek raya

Impian berspek baru akhirnya terlaksana jua.
Tapi tak jadi ambik kaler pink. Bila try nampak buruk nau. Cam gedik pun ada gak. Tak sesuai ngan usia ai yang sudah menginjak senja. Jadi ambik hitam je.

Buat kat Focus Point Rawang je...kena plak sekarang Focus Point tengah sale. Potongan hingga 50%. Sesuai sangat la dengan rakyat marhaen seperti ai. Buat pukul 7pm, pukul 8pm dah buleh ambik. Lantas buleh pakai datang keje hari ni.
(sambil menayang spek baru kepada kawan-kawan)

Seperti jangkaan power mata naik. Mata plak macam problem sikit mungkin sebab hari-hari pakai contact lens. Kena gi check katanya. Nantilah.

Agak Makcik Semah disitu ye...
(ok cermin aku berdebu..dah lap dah -_- )

1 kehendak sudah tertunai. Ada lagi 4

Tuesday, January 17, 2012

Siri Menjaga Kecantikan

Untung orang yang meniaga barang kecantikan pomot barang kat aku. Senang nau aku terpengaruh. Terbaru terpengaruh betul aku dengan keberkesanan VCO. Virgin Coconut Oil. Kau gugel je..keluar macam-macam cerita kebaikan VCO ni.

Aku pun apa lagi..mau cuba jugak. Lagi-lagi orang yang jualnya aku dah biasa sangat. Walopun sekadar di internet. Senang la keje kan. Tak payah pikir panjang2..susah-susah hati segala.

Maka lebih kurang pukul 11am, bungkusan pun sampai.
yeeehaaaaa...terus makan lepas lunch. 2bijik katanya. Aku pun telan la 2 bijik. Kecik je butir dia rupanya. Aku ingat gabak macam EPO. Telan tak rasa pape pun. Senang keje aku.

Dengan fefeeling retis, aku pun turut memborong SeDo Collagen. Ini adalah akibat pengaruh yang tinggi terhadap Hanis Zalikha. Tengok dia makan collagen, ai pun nak try. Tapi beliau tak makan yang spesis ni. Maklum sajala, umo dah berganjak senja ni, kesihatan dan kecantikan perlu dijaga
(cantik ke? Pasai tak cantik la kena jaga, takut esok2 jadi nenek kebayan terus *Pingsan*)

Semalam start minum benda alah ni. Risau gak aku. Takut tak sedap. Dah katanya buat daripada tulang ikan, kang aku minum ada bau ikan ke. Kang pejam mata aku nak telan. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Sedap kau benda ni. Rasa macam minum susu tepung penuh krim Dutch Lady je.

Ai gemar taw benda-benda kecantikan yang tak menyeksakan diri ni.
:)

Monday, October 10, 2011

Kopi Putih di Hari Dingin



ok. hari sabtu ahad lepas aku g cameron highland. Jalan-jalan. Taktau la ni kali ke berapa rabat cameron. Tak ingat. Percutian kali ini diberi nama Percutian Terkejut Tergempaq. Antara Genting dan Cameron, aku sangat suka dengan cameron highland. Sangat-sangat. Ramai orang anggap cameron membosankan. Tapi bagi orang berjiwa seni cam aku ni (muahahahhahahaha) tempat ini sangat mententeramkan.Sebab Cameron ada semua yang aku suka. Dingin, tenang,sejuk,pink roses,strawberi dan cendawan.
Kombinasi kesemuanya = heven!
:)



Walopun kami cuma 5 individu, tapi kami tetap gigih nak menetapkan kat apartment 3 bilik. Luas..best..buleh berlari ke hulu kehilir (motip aku nak berlari??)

Ini bilik aku. Aku dok sorang je dalam bilik ni. Gila selesa.
(tapi aku tak tido sini..takut. Itulah pengaruh negatif cite-cite hantu kat tv)

Malamnya hujan sangat lebat. Nak kuar mana-mana dah malas sebab hujan + cuaca sejuk yang amat. jadi lepak saja di rumah menikmati suasana indah itu sambil makan megi tomyam dan air kopi putih panas.

Kamu tau? Menikmati kopi putih panas di hari yang dingin sangat menenangkan aku. Situasi itu boleh membuatkan aku lupa kpd masalah dunia. ye!

Indah nak mampos dapat berselimut gini sambil makan megi cawan perisa tomyam

Dan apabila aku buka mata dipagi hari. keadaannya sangatlah segar dan dingin. Nampak ladang kaktus dari kejauhan. Bila aku bukak glass sliding door, angin dingin masuk sepoi-sepoi bahasa. ohhh...betapa aku sangat sukakan tempat ini. Sangat sangat sangat suka. Mau cari kerje disini. Mau sangat! mau sangat!
(Keadaan macam tu takkan dapat rasa di KL maupun di Merbok, Kedah)

Satu yang aku tak paham. Ketika semua orang sejuk gila, budak ni relax je pakai suar tido xnak pakai baju. Kulit dinasor ke wahai anak?

>___<

1 yang aku akan buat di sini ialah minum minuman feberet aku Big Red Strawberry.

Ini dia.


Aku beli payung ni. Ia kelihatan sungguh sweet sekali. Bila guna, kau akan rasa kau macam Nasha Aziz dalam filem Buli. (tak jumpa plak cari pic tu) kehkehkeh

Dan pastinya beli red & pink roses. Bangun tido je, bukak mata nampak je nampak bunga ros sedang berkembang. Feeling princess sangat tau...

/wahaha

Wednesday, October 5, 2011

Eksperimen 1 & 2 - Siri 1

Angin gila aku mai dahhhh...
Semalam, habih je meeting terus balik cepat-cepat p Guardian lagi. (aku rasa jualan Guardian mesti meningkat sejak 2,3 hari ni -_- )

Beli ini...
dan ini...

Gila lah. Habih duit aku bulan ni. Nak melawa punya pasal. Apa nak buat. Kau ingat senang jadi orang tak cun??macam-macam kena buat nak meningkatkan keyakinan diri tau
hehe

Yang aku beli tu ialah Arbutin Whitening Essence (RM59.90) dan Arbutin Whitening Milk (RM53.60) dan Mederma Cream (Rm39.90) -pebenda ntah nama penuh dia untuk hilangkan parut.

Gigih kan...?

Set Safi Rania yang aku beli dulu tu aku dermakan kat Aja. Aku nak buat eksperimen gitu. Tengok mana lagi berkesan. Safi Rania ke Hada Labo (sapo cun dulu dia menang hohoho)
Itu aku namakan Eksperimen 1. Bermula dari tarikh semalam 4/10/11

Eksperimen 2 pulak nak tengok keberkesanan Mederma Cream tu. Katanya bagus sangat nak hilangkan parut. Jadi aku nak tengok parut kat kaki aku (yg terjadi akibat pelbagai kejadian tragis) ni buleh hilang ke tak. Berapa lama masa yang di ambik kalo buleh hilang. Bermula dari tarikh semalam jugak 4/10/11.

Cekal kan...?




p/s : pic muka dan kaki yang berparut tak buleh dipaparkan. Bimbang ada yang mengingau dan meracau 4 hari 4 malam akibat tekanan perasaan yang melampau. kategori 18SG sangat

Template by:

Free Blog Templates