Friday, January 11, 2013

Cuci usus dengan Juvanex

Antara tanda-tanda usus kita kotor ialah perut kembung,sembelit,pening kepala, nafas berbau,sakit pada sendi dan satal-gatal pada kulit.
Alamak...aku skor 6/6 la. Banyak sangat toksin dalam badan agaknya. Nak kata kurang air, hari-hari aku minum paling cikai 2liter air dan se-mug teh hijau tapi mungkin sebab toksin dah berkilo kat dalam badan, air 2tong pun jalan.  

Kena bertindak ni. Setelah membuat kajian terperinci, aku pun buat keputusan untuk beli produk detox. Maka aku beli ini...
Juvanex-Program 7 Hari. "7 hari je...7 hari jeeee" - ayat memujuk hati.
Kat kotak tulis RM160 tapi Watson jual RM95 je. Tak tau la promosi ke apa. Tapi ngam-ngam ada sekotak je atas rak. Memang rezeki Allah Taala la kan.

Dalam buku panduan,dia punya cara makan begini :-
Sarapan - makanan seimbang (katanya)
Tengahari - 2 paket Juvanex + 250ml air (tak buleh makan nasik ke..? >_< )
Malam - 2 paket Juvanex + 250ml air & sajian ringan dengan sayur-sayuran yang banyak (sayur??banyak???ohh)
Minum air yang banyak (takde masalah kot)
Makan lebih banyak sayur dan buah. 

Antara sayur/buah yang membantu badan kita detox secara semulajadi ialah :
  • Epal hijau - Menyingkirkan logam berat dan kolestrol. Bermanfaat untuk hati & buah pinggang
  • Lemon - Merangsang rembesan enzim,komponen penting dalam pembersihan hati
  • Tomato - kaya dengan antioksidan
  • Asparagus - Membantu mengekalkan bakteria baik dalam usus
  • Brokoli - Antioksidan penting untuk membantu hati menyingkirkan toksin
  • Lobak merah - Penuh dengan beta karotena iaitu sejenis antioksidan
  • Parsli - membantu buah pinggang menyingkirkan toksin
  • Salad hijau - Antioksidan yang baik, membantu pembersihan saluran gastrousus
  • Beras Perang - membersihkan usus kecil dan mencegah sembelit dan menstabilkan tahap gula dalam darah
  • Bawang putih/merah - menyingkirkan mikroorganisme berbahaya
  • Halia-Melegakan perut kembung,loya&cirit birit. merangsang enzim pencernaan.
  • Minyak zaitun - mencegah kolestrol daripada ditukarkan kepada radikal bebas yang memudaratkan
  • Yogurt - menghapuskan bakteria jahat dalam usus
Program ni kedengaran agak berat bagi aku. Tapi cuba je la... program bermula hari ni. Pagi ni aku dah breakfast Kellog's Special K bersama susu omega. Nanti tengahari nak minum Juvanex (tapi tetap bawak bekal nasik 1 senduk heheheheh) saspen pulak, aku baca ada yang sampai pengsan masa 1st time minum...apakah sampai begitu sekali..?

Nanti dah lengkap 7hari, aku update kesannya. Semoga berjaya la hendaknya.

sambil-sambil tu beli la ini sekali..tepek kat kaki, takdelah hitam mana pun...tak seperti yang aku bayangkan..

Template by:

Free Blog Templates