Showing posts with label gym. Show all posts
Showing posts with label gym. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

N3 xde keje

sedang tunggu cikgu hensem di dalam kelas bodypump. Lelaki dibelakang itu hensem okey..tp tak dapat dipastikan 'kelurusan' beliau.
heh heh heh

Tuesday, August 28, 2012

Renungan Ajal

Hari pertama pegi gym lepas sebulan menternak lemak sambil beribadat. konon... hehehehe

ini hasilnya lepas sebulan berhibernasi...
melompat sekejap dah rasa pening, nak muntah segala. mengada betol.

sekarang ni aku ada masalah yakni lupa yang melampau.
Hari tu aku balik kl, aku tertinggal satu beg alat mekap bersama krim-krim muka, losyen segala. Padan muka aku.
Sib baik Nur nak datang minggu depan, kalo tak berbedak sejuk la aku hingga ke akhirnya.
>_<

Malam tadi, aku goreng pekasam (beli kat kampung...heh heh heh), lepas ikan masak, aku pun angkat masuk dalam pinggan tapi lupa nak tutup api dapur. Siap g mandi, masuk bilik telek muka berangan segala. Patutla aku tengok kelabu jeee...ingatkan mata aku yang kelabu, maklum la baru bukak contact lens. Nafas pun tersangkut-sangkut, ingatkan sebab penat senaman. rupa-rupanya asap berkepul-kepul dalam rumah. Api siap dah masuk dalam kuali. menyala-nyala kuali macam mamak goreng mee.

Patutla Adam kecoh sangat. "Makndak, tenyok..tenyok..apa ni..apa ni?? asap banyak ni"

Syukurla tak de pape yang buruk berlaku.
Taktau la nape nak telupa sangat. Mungkin faktor usia agaknya :D
(ke...faktor renungan ajal ni erk..)

Tuesday, June 5, 2012

saya malas. sekian.

Mari update keadaan diri pada 5/6/2012 10.30am.
MALAS tahap cipan. tak tau la nape..kalo senin buleh la orang cakap monday blues kan..abih selasa pun nak blues gak ke? lagi rabu, khamis, jumaat semua blues...

Berat betul nak angkat mata ni. Nak bangun tido pagi-pagi pun tak buleh. Rasa macam nak tido selama-lamanya je. http://www.emocutez.com
Kejap je rasa tido dah pagi. Macam tak sempat roh aku kuar jalan-jalan je...

Apatah lagi nak p senaman. Dari minggu lepas aku letak baju dalam kete dengan hajat nak g senaman lepas keje. Tapi pukul 4.30pm je dah lemau...pukul 5pm angkat beg balik lalu depan Jaya 33 sambil pinpinparawit...nak masuk ke tanak..nak masuk ke tanak...ah tak yah masuk la..malas la. Esok je la. Last-last betepek2 dah lemak ni. Kalo cairkan dah buleh goreng pisang 14 kali.

Hajat dihati nak tulis cite hantu..tp tu la dia MALAS.

sekian.

Yang benar,
saya yang malas.

http://www.emocutez.com

Friday, April 27, 2012

Fatwa dari Pakcik Kuno yang Hipokrit!

Makcik Kepoh ialah kerani ofis
Pakcik Kuno ialah drebar bos

makcik kepoh : mana bos?

pakcik kuno : pegi fitness (gym la tu...dia sebut fitness)

Makcik Kepoh : kenapa u tak ikut?

Pakcik Kuno : hah? saya mau ikut pegi fitness?? dalam tu semua setan-setan tu... orang melayu pergi situ semua saja tempah tiket pergi neraka

Makcik Kepoh : yeke? memang semua setan pergi situ...
(ketawa sambil jeling aku sebab dia tau aku selalu ke situ jugak)

Pakcik Kuno : ye la..yang pompuan pakai seksi-seksi..yang lelaki tengok pompuan seksi tak senang duduk.. dosa mata..dosa hati..saja tempah tiket ke neraka. haram tu.

aku : cakap macam bagus...bulan posa beli nasik kedai cina makan kat pantry. hari jumaat sembunyi dalam stor

Pakcik Kuno terus bangun dan keluar dari ofis.

Aku panas secara tiba-tiba walopun aku tak pakai seksi kat gym. Apa ke XXXXX sangat orang tua berdua ni...aku bajet mungkin derang tak tau apa orang buat kat dalam gym. Mungkin dia ingat ada tiger show kat dalam tu. Lepas tu main lepas cakap macam konpem kau ahli sorgawi kelas pertama. Buat fatwa sendiri. Kalau kau warak gila tak pe jugak. Ini sepanjang 3 tahun aku keje kat sini, tiap-tiap hari jumaat tengahari kau tido dalam stor. Pastu bulan posa kau beli nasik bawak makan kat ofis tanpa sebarang perasaan malu dan bersalah. Nak cakap ada penyakit la tu... bulan lain elok pulak kau sihat walafiat.

Kau tak payah pegi gym pun tengok gambar lucah jugak. Gigih search tenet cari gambar pompuan vogel. Dan2 terer guna komputer. Pastu save kat komputer company, aku delete buat muka. Mungkin itu bagi dia tak masuk neraka la sebab buat kat ofis. Kalo buat kat gym baru masuk neraka. http://www.emocutez.com
Lagi satu, kau je kot pakcik tengok pompuan pakai seluar senaman je dah tak senang duduk. orang lain aku tengok cool je.


Motip aku meroyan disini : sebab Pakcik Kuno dah keluar sebelum sempat aku meroyan kat dia hehehehe

Friday, April 20, 2012

Cik Liana Gadis Tabah - siri 2

Makanan sepanjang minggu. Tengok orang post gamba makanan itu ini kat fb. Berkata dalam hati...takpela korang tak de masalah cam aku. Aku lain...kena la bertabah sikit. Janji dapat makan, syukur alhamdulillah...

Ini lunch hari isnin. Nasik 1/2 senduk dan sayur bayam masak dengan fishcake 2,3 ketul beserta tempe sebagai sumber protein
ewahhhh sumber protein gitu

Ini pulak sajian hari rabu. Sayur fucuk + soun + ubi kentang menggantikan nasik. Serius kena hati-hati tulis nama sayur ni, salah eja keji nau bunyinya.

Hari rabu. Bihun singapore.

Hari khamis lupa nak ambik gambo. Tapi menunya sayur fucuk tu jugak tapi makan dengan nasik 1 senduk sebab kononnya lepas keje aku nak pegi senaman masuk kelas bodycombat kendian disusuli bodypump (rancangnyela...)
Malangnya pukul 6.00pm aku kuar ofis dengan tidak semena-mena rasa mengantuk datang, jd aku malas nak kona masuk gym sebaliknya terus balik rawang. Dah la hujan lebat + jammed yang melampaui batas. macam nak tido je sambil drive. Tapi takut kang, sedar-sedar dok dalam liang lahad.

Hari ni (jumaat) pun lupa nak ambik gambo. Ish ish lapar sangat la tu. Semalam aku malas masak jadi hari ni aku tak bawak bekal. Terpaksa beli nasik kat kedai bawah pokok. 2,3 kali aku pusing tengok tak tau nak makan apa. Akhirnya aku ambik nasik 1 senduk, ikan bakar sekor (derang tak jual sekerat), kerabu mangga dan sayur kangkung. Tapi semuanya sangatlah pedas yahamat...
Hari ni pun cadang nak p gym tapi tak tau la kalo tiba-tiba rasa malas datang menyerang.

Esok tak tau lagi nak makan apa. Tapi ahad ni aku nak makan sedap-sedap. Ahad adalah hari tipu sedunia kehkehkeh
Dan hari itu sajalah aku akan feeling badan laksana Taylor Swift.

//malas sungguh nak melayan orang qe-pho-chi yang berselindung disebalik perkataan 'ambil berat'...ambik berat khununn...telesemia aku dengar
http://www.emocutez.com

Monday, April 16, 2012

Cik Liana Gadis Tabah - siri 1

Pejam celik pejam celik dah 10 bulan aku masuk gym. Dulu aku masuk gym lepas mengalami kejatuhan hidup yang sangat teruk dalam sejarah hidup aku. Yang memberi kesan buruk kepada mental dan fizikal. Bila aku tengok Liyana Jasmay dalam 3 Janji, aku teringat keadaan aku masa bulan 6 2011. (itu persamaan antara aku dan Liyana jasmay selain nama kami sama-sama Liana kekekkeke) Bezanya aku hadapi semuanya sendiri. Tuhan saja yang tau macamana aku gagah bangkit semula. Aku tak boleh fikir dengan betul. Aku mudah terpengaruh dengan orang. Aku rasa di awan awangan. Kadang-kadang aku tak tau mana satu betul mana satu salah. Jadi lemah dan sensitive. Orang tak balas senyum aku pun aku boleh menangis malam-malam. (ok..selangkah ke alam gila)

http://www.emocutez.com

Walopun dah 10 bulan, tapi bila tengok cermin tak dela perubahan sangat pun. Dah rasa membazir segala benda. Membazir duit, masa dan tenaga. Masa mula-mula dulu memang turun. 2minggu aku join berat aku dah turun 5kg. Jakun sangat rasanya. Mana-mana pegi orang akan tegur dah kurus..dah kurus… (tenggelam di dalam pujian rasanya) tapi pastu, terus dia menten macam tu. Turun tak..naik pun tak.. ok aku dah kena plateau haa…aku ingat inilah perkataan yang cikgu senaman suruh aku cari masa aku mula-mula sign contract dengan dia, tapi harom aku tak jumpa sebab aku tak tau eja macamana… sekarang berkat pembacaan yang mendalam, aku dah jumpa perkataan ni dan maksudnya malangnya aku tak ingat macamana cara sebutannya pulak. kehkehkehkeh

Dah aku jadi putus asa, lama aku tak g gym, macam menyampah tengok orang dan alat-alat kat gym tu. (motip sangat nak rasa begitu) Aku makan suka-suka hati sampailah satu hari aku jatuh sakit dan masa tu tak de orang pun pedulikan aku. (memang la pahit yang amat, tp itulah realitinya) kau tergolek kat tengah rumah pun, orang langkah je sambil jerit makanla ubat..makan la ubat… masalahnya aku nak p beli ubat pun tak daya. Masa tu aku terfikir, aku tak boleh sakit dan aku kena sihat sentiasa. Harapnya begitulah. Sihat sentiasa. Masa tu berat kembali naik. Dan dari itu, aku bertekad nak buat balik semuanya untuk diri sendiri. Kalo dulu aku buat semuanya dengan harapan bila aku kurus nanti, En Non akan kembali semula. Tapi sekarang aku kena berpijak di bumi yang nyata.Tak payah nak terbang-terbang di awan biru lagi.
sekarang aku mau buat semuanya untuk diri aku sendiri. supaya aku sihat dan kurus supaya aku dapat pakai baju yang aku suka, selain senang bergerak dan rasa yakin di khalayak ramai. (yakin bukan berarti perasan comey mehehehe)

Bukan untuk cun sebab kau dah memang dilahirkan tak cun, kau kurus ke gemok ke tetap huduh. Dan bukan untuk mencari bopren baru, sebab kau dah tuo pun, kalo ada orang nak, adala…tak de sudah. Mahu bersyukur aja dengan apa yang ada sekarang supaya hidup lebih gembira gitu.

10 hari pertama lepas aku ‘terjaga’ . Aku baca itu dan ini sampai aku kenal apa itu BRM dan DCR. Fine…bozo sangat kekdahnya (haa gelak la…gelak ) Aku kira BRM dan DCR aku dan tulis satu satu apa yang aku makan. Aku search satu-satu jumlah kalori dalam setiap makanan (kalo derang tipu, maka teraniaya lah aku kehkehkehkeh) dan makan dengan berjadual. Ewah macam sekolah asrama pulak..ada jadual waktu makan.

Kelihatan tabah sangat kan, makan tengahari macam ni. Sayur dan ikan rebus. Aku bukanlah pemakan sayur tapi kena paksa diri. Sayur baik untuk kesihatan.

Aku beli supplemen itu dan ini. Dan disiplinkan diri 4 hari ke gym. Mau 2 kali angkat berat, tapi segan pulak rasanya nak angkat-angkat berat ditengah orang ramai. Lalu aku ambik inisiatif masuk kelas. 2kali latihan beban dan 3kali cardio (2x kelas body combat dan 1 kali buat sendiri). Taknak la over sangat..sian kat badan ni ha..nanti sakit sebab senaman pulak. Hasilnya hari ahad lepas aku timbang, ada kurang sikit 2kg. Takpolah slow sikit, tak de apa nak dikejarkan pun.

Bukti kegigihan

Minggu ni sambung buat lagi…nak usaha lagi dan lagi dan lagi. Selagi terdaya aku nak usaha gak sampai berjaya kurus. Walopun kejayaan tu ketika usia aku 64tahun.

Hehehe

Friday, February 17, 2012

Jumaat Nan Mulia

kondisi persekitaran : sunyi sebab semua orang p lunch tinggal mr chew dengan driver dia je

kondisi mental : tenang sikit sebab ah so pun keluar jugak. kalo tidak rasa nak meninggal dunia di tempat kejadian je dengar dia membebel doploh pat jam (buleh kena kanser otak aku!)

kondisi fizikal : sakit badan. Semalam ber kickboxing dengan sepenuh perasaan. Aku tumbuk dengan sepenuh daya tapi cikgu senaman aku kata "alah lemah lembutnya...ni tumbuk ke tepuk amai2" http://www.emocutez.com Jadi aku terpaksa keluarkan aura luaran dan dalaman untuk menumbuk tp masih ala-ala tepuk amai2 (nampaknya aku lebih sesuai meneruskan aktiviti memasak dan menjahit manik baju je)

Hari tu Ivan berkata :-
Ivan : siti, mana laptop u
Aku : ada pada yiaw bos, rosak
Ivan : ooh nanti bila sudah ok, kamu pulangkan semula pada saya
Aku : (berduka didalam hati namun redho - harta org apa buleh buat khennn) ye la..baiklah
Ivan : saya mau bagi dia (sambil tuding jari ke arah driver)
Aku : (terkedu. motip driver nak berlaptop segala?) ye baiklah

Sedih. Dah la laptop aku yang baru direpair dan dibangga-banggakan diblog hari tu rosak balik. ok aku takde laptop lagi. Guna Cik Santalia je la...itu pun kena berebut dengan kanak-kanak kendos dulu.

Hari ni ivan berkata : -
Ivan : Siti, mari sini sebentar
Aku : yes!
Ivan : Nah untuk kamu. itu yiaw sudah repair kan. beri kepada saya (sambil hulur laptop baru)
Aku : (dalam hati bersorak ria - yeeeehhhaaaaaaaaaa) a'ah dah repair, nanti saya ambik
Ivan : sign ini dulu (borang ala-ala Aku Janji)

Jadi kenalkan laptop baru saya (sebut sebagai bos saya)

Nama tak de. Barang orang tak perlu dinamakan sebab esok-esok tuan dia ambik balik
hehehe

Aktiviti terkini : gigih donlot Merlin dan cite hantu cina. buleh layan kat laptop baru khennnn

Wednesday, December 28, 2011

Cabaran Seminggu Tanpa Nasik


Berat je nak sebut cabaran tu.
Hari tu cuti panjang, balik kampung halamanku yang permai tu. Tau je la, dah balik tu, makannnnn je kejenya. Lagi mak buat bubur asyura atau dalam bahasa Kedah disebut buboq sora gitu. Menu biasa bulan muharam. Pastu abah bermurah hati belanja makan-makan di malam hari. Tapi ai makan nasik sikit je...
-_-
Nak senaman, beskal dah xde. Jadi aku pun kumpul gelang getah, lalu sambung2 buat tali skipping.
Kretip sangatttt

Jadi dah balik KL ni kena beraktif-aktifkan diri kembali. Harus jangan malas p gym. Kalo tidak memang aku kena tukar nama kepada Cik Belon saja.

Sebaik saja menjejakkan kaki ke bumi KL terus aku lancarkan Cabaran Seminggu Tanpa Nasik. Seminggu je??? Seminggu pun kau ingat senang? Bagi pemakan nasik sejati seperti aku, seminggu bagai setahun
http://www.emocutez.com

Walaupun nama cabaran nasik...tapi makanan-makanan yang sewaktu dengannya juga wajar dielakkan. Harus aku bertabah. Takpe..seminggu je..seminggu je...seminggu je....


Kalo semuanya berjalan lancar, cabaran sebulan tanpa nasik pulak akan dilancarkan.
Gigihnya Cik Chiti lahaiii..... payah nak cari orang gigih-gigih mcm ni

kan?

http://www.emocutez.com




Sunday, November 20, 2011

Cabaran Ke Sunway Giza

Tarikh : 19/11/11
Tempat Dituju : Sunway Giza Mall
Tujuan : Training
Waktu Ketibaan : Harus sebelum pukul 4pm

Aku ni tidak lah pernah sampai ke sini. Aku tau la kewujudan shopping complex ni tapi aku tak pernah pegi dan tak tau pegi.
Sedih. nak pegi Sunway Giza pun tengok map kau..malu ai.. tp hari tu aku gelak kat sorang ni - dia hon2 aku kat traffic light Kg Dato Abu Bakar, tanya camana nak pegi Uni.Malaya. Kihkihkih (aku gelak) um pun xtau pegi ke? Hari ni hambik orang gelak kat aku pulak, Giza pun xtau pegi ke woi..hahahha karma gitu.
Maklum saja la makcik ni orang kampung nakkk. Celik-celik mata kat Kedah nun. Central Square, Sg Petani aku tau la pegi. Tapi jangan pulak kau ajak aku ke Alor Setar Mall, sumpah aku tak tau pegi sana. Shahab Perdana pun aku tak tau p
http://www.emocutez.com

Berbalik pada cerita cabaran. Bukan saja-saja aku nak g ke sana. Tak de kejenya aku nak bershopping ke sana.
Aku nak g training tau (dah serupe atlet negara gayanya,training tak abih2)
PT aku dah tukar ke sana. Alang-alang sangat je nak tukar PT baru. Tinggal beberapa je lagi. Jadi tegalah aku buat training kat Giza ni je. Tak jauh sangat sebenarnya. Saja je mengada.
(sib baik kamu tak tukar ke Kenanga Building tu ..kalo tak menangih pulak aku nak cari jalan ke sana, itu memang sumpah aku tak tau)

Abih keje terus aku gerak ke sana lebih kurang pukul 2.45pm dengan target untuk sampai sebelum pukul 4pm. (mcm jauh nor je bunyinya) Smp awal tak pe. Biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita (prinsip gitu) Tapi macam biasa la asal aku nak keluar je mr chew panggil, asal nak keluar je dia panggil, bertahun aku dok kat opis tak nak pulak panggil. Jadi terpaksa mengadap beliau lebih kurang 10minit.
Baru gerak. Katanya dekat Ikea..terus lagi depan. Ikea aku tau la. Selalu aku ke sana.

Lampu bunga ni pun ai beli kat Ikea tau.


Tidak ketinggalan kuali yang kat dapur tu. tapi tak kuasa aku nak ambik gambo kuali berkenaan.

Depan pada Ikea lagi hampeh tidaklah ku tau. Tapi jangan risau, tak tau blh belajar.
Lama-lama tau le.
ye idak?

Bak kata PT, "kan slalu nak p ikea, belok kanan, ini trusssssssss jeeeeeee"
Aku assume penggunaan 'S' dan 'E' yang banyak melambangkan kita kena jalan terus dalam jarak yang agak jauh. Mei mei pulak kata u terus,terus,terus,terus nanti nampak kat sebelah kanan. Banyak penggunaan 'terus' disitu. Hah betul la lama kena terus ni.

Terus punya terus punya terus....
Dan akhirnya...taraaaa sudah nampak. Nampak traffic light, hah kau belok kanan pastu kau belok kiri. yeeehaaaaaa. G trafic light depan buat U-turn pun buleh bak kata mamameow.
http://www.emocutez.com
Wahhh gemilang sangat rasa bila dapat sampai ke sini dengan penuh yakinnya. Cabaran seterusnya nak cari kat mana True Fitness pulak >_< Asal kecik nor signboard True Fitness nih?

Ini memang sumpah mencabar. Penat la aku pusing Giza yg tak dela besar mana tu semata-mata nak cari True Fitness. Kejap ke atas kejap ke bawah. Dah aku call PT tak berangkat (time tu mmg aku rasa nak korek je bijik mata beliau)
Tanya orang pun tak tau.
Orang pertama : sori, i first time datang sini, tak sure pulak True fitness kat mana
Orang kedua : eh ada true fitness ye kat sini? mana ada..tak ada la..tak penah nmpk pun
http://www.emocutez.com mana buleh tak ada...ada la... aku tak tau kat mana je

Akhirnya aku nampakla kelibat orang berlari-lari di dalam satu tempat berlampu biru. Hah tudia..rasa nak heret je budak yg ckp xde true fitness tu.
abih tu ni apa dik? ko ingat true fitness tu nama restoran ke??

Masuk je aku nampak PT tengah berdiskusi dgn client gaknya...ohooo patut la xdpt menjawab call.. kat sini kecik sikit kekdahnya. Aku cari mesin kesayangan aku yakni stepper pun tak jumpa (atau mungkin aku yg buta) Takpe guna mesin lain je. Banyak lagi yg lain dok ada tu


Changing room dia pun kecik skit. Bersaiz liang lahad je... :D



Tapi ok la...dah tempatnya pun kecik. Tak dapat la beguling-guling macam kat Jaya 33. Tapi Mei mei kata kat Hartamas lagi besar. Takpe nanti ai try g sana pulak ye moi.

Abih training, apalagi jalan-jalan pusing tengok apa ada. Kot-kot ada kedai-kedai menarik buleh abihkan duit (tak sedar diri miskin lagi gigih nak bersoping) Tapi tak de apa yang menarik pun.
Pusing-pusing sudah.
At least nanti kalo orang tanya tak dela jakun sangat macam sebelum ni kan.

Balik pulak? sama je aku tak tau jalan gak. Tapi selalunya nak balik tak penah menjadi masalah pada aku. Aku pusing je sampai aku jumpa signboard jalan yang aku familiar. Jalan Kuching ke.. Kepong ke..Ipoh ke..Kuala Lumpur ke...ikut je sampai jumpa tempat yang aku kenal. Last-last sampai la rumah. Cepat dengan lambat je la bezanya.
hehehe

Template by:

Free Blog Templates