Tuesday, July 5, 2011

si macaroon



dah lama aku dok usya2 si macaroon ni. cantik je kalerpul..comel je..teringin plak aku. malangnya aku tak tau mana nak beli. sekali g site, si Nand tu pun teringin nak mkn macaroon. dia search2 tenet, katanya ada 1 kedai kat Bangsar Village ada jual.

maka aku dengan penuh kegigihan balik je keje terus g Bangsar Village dan dengan tekunnya membelek satu demi satu alamat kedai semata nak cari kedai yang kononnya menjual macaroon tu. akhirnya aku pun jumpa..malangnya derang xde jual pun. nipu je taww derang ni...

esoknya, yakni hari sabtu, aku dah plan baik2 lepas keje nak g gym. awalnya memang ada appoinment dengan si trainer tu, malangnya dia mengancelkan diri plak. aku pun pikir2 tak pe la..aku eksesais sendiri je. wahh begitu tekad aku.

tengah2 keje sementara nak tunggu time g gym, tetiba terpandang page Cupcake Chic. waaaaa derang ada menjual macaroon. oh bagaikan mimpi. tapi cuma available kat The Curve je. ala Jaya One dengan The Curve tu cuma sekangkang kera je..terus aku off pc dan bergerak ke sana dengan jayanya.

punya la susah nak cari kedai Cupcake Chic tu. tak penah pulak perasaan kat mana kedai tu. (oohh agak ketinggalan aku disitu)
Rupa-rupanya ceh tepi mcD je..tidaklah aku tau mcD tu alamatnya GZF-5. punyalah gigih aku mencari cupcake chic kat GZF-4.

akhirnya tercapailah hasrat aku nak beli macaroon. aku beli sedozen, 12 bijik kan = RM39.60



ambik gambo dulu. dalam kete je ni..tak nyempat ambik gambo..maklum la jakun..



teringat kat Nand pulak. terus call Nand kot2 dia nak separuh. buleh share ngan dia. kalo setakat nak rasa sebijik hambik je..aku sedekah kehkehkehkeh
Nand setuju nak kongsi. ok la, kami pun ambik sorang 6 bijik.



Bawak balik rumah letak dalam piring..mula2 aku tengok ish 6 bijik je...cukup ke ni...sekali hah hambik kau hingga ke saat ini masih (5/7/11) masih ada berbaki lagi 2 bijik. ish ish ish tamak haloba betoi aku ni.

secara kesimpulannya, bagi aku macaroon ni sedap jugak la. tapi ada gak yang tak sedap (mungkin aku salah ambik perasa kot) tak pe la..nak try je. nanti kalo teringin buleh p beli lagi.

6 comments:

honey_suria said...

owhhh...sungguh menyelerakan...

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

owh... mmg peberet.. tp xpernah mkn.. kih3

Hani Ahmad said...

cik TP ku apakah rasa nya?? nampak semacam sedap hingga meleleh air liur, tapi x berkesempatan merasai nya lagi..ngeee

ChitiSaliana said...

rasanya manis amat.ia agak rangup diluar dan lembut di dalam. sedap jugak la

anie, zet, hani (hambik aku lump sum sekali kehkehkeh) mohon dapatkan dengan segera :D

Poist-en Ivy said...

Biarpon i bekas kakitangan Cupcake Chic, i feel that macarons kat CC mahal.. there is one murah kat Facebook.. Smooch.. Sebijik RM1.50 je.. mana nak cari.. Jom order untuk raya~

ChitiSaliana said...

a'ah mahal tapi nak try buleh la.. ai cari sana sini xde jual.

btw ai dah like Smooch tu kihkihkih trima kaseeehhhhhhhhh

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates