Monday, March 18, 2013

Kelas Menjahit Pertama Kami

Semalam aku dengan kawan aku si Ita tu pegi kelas menjahit. Rasa macam wanita sangat taww gi belajar menjahit. Kami cuma belajar buat baju kurung tradisional..senang la lepas ni, buleh jahit baju kurung sendiri. Baju kurung tradisional je la..baju lain..harooommm tak reti.

Kelas bertempat di Meru,Klang. Sebenarnya kita boleh pilih nak belajar kat mana, sama ada kat rumah cikgu kat PD, Negeri Sembilan, rumah mak cikgu kat Meru, rumah mak mertua cikgu kat Tampin ataupun di rumah kita. Untuk baju kurung tradisional, yuran RM150. Bawak kain dengan benang je. Lain semua cikgu sediakan. Cikgu kami nama Puan Yanti. 

Start pukul 10am. Pastu kau buat la baju kurung tu sampai siap. Rehat satu jam, si Ita balik tengok anak dia. Akhirnya baju kami siap pukul 8.00pm. Tu pun xsiap sepenuhnya sebab dah letih yang amat. Kami belajar ambik ukuran, buat pola baju, belajar guna mesin, belajar jahit silang pangkah dan mata lalat. (ke mata ikan ye...apa ntah nama jahitan tu)
Harusla tekun...katanya tak nak jadi QS lagi dah mehehehehhehe
Ita bersama baju yang dia jahit
Aku dengan baju. Tak siap lagi masa ni, tapi dah gigih nak ambik gambo. Senyum sampai idung berkerut tu tandanya teruja yang hamat.
Lepas ni kami cadang nak belajar lagi. Aku nak ambik kelas buat kebaya, Ita nak belajar buat jubah. Apa-apapun, harapan dan impian sekarang ialah nak beli mesin jahit. 
nak beli mesin jahit...nak beli mesin jahit..... (sambil menadah tangan berdoa) :D

5 comments:

hanie said...

wahh, baguslaa belajar menjahit ni, nanti bolehla saya tempah dgn awk je siti bju rya sya thn ni, mohon dpt diskaun, heheh.. :P

ChitiSaliana said...

Blh..blh..tp kena anta skang la :D

Anonymous said...

belajar kat mana ni? boleh bg contact no kedai ni tak? bestnye satu hari dah pandai jahit cantik pulak tu

piccahontas_lulu@yahoo.com

Florabeadz said...

Tahniah yea.. terima kasih sebab pilih kelas menjahit akk yea..
Sesiapa yg berminat bole le lawat blog sy florabeadz.blogspot.com utk maklumat lanjut.

Florabeadz said...

Tahniah yea.. terima kasih sebab pilih kelas menjahit akk yea..
Sesiapa yg berminat bole le lawat blog sy florabeadz.blogspot.com utk maklumat lanjut.

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates