Cer usha belah kiri tu...tuuu..tuuu belah kiri tu..scroll bawah sikit. Nampak senarai harapan seterusnya. Dah buleh kuar list dah tu..maklumle dah beli hehhehehehehe

Sekarang semua bos dah tau hal ni. Hada haku kesah. Tau je la orang panas baran mcm ai ni mana buleh tahan kena kutuk dan perli secara terang terangan TIAP-TIAP hari selama hampir 4 bulan. Kalo nak kutuk pun tunggu la aku tak de, aku tak dengar tak de la sakit jiwa raga sangat. Ni sah-sah aku dengar dia kutuk aku, ingat aku batu ke?
Motip aku meroyan dalam topik senarai harapan????
mari lupakan
Motip senarai harapan kedua didahulukan senarai harapan pertama diutamakan adalah sebab aku nak bagi benda alah ni kepada amak apak sempena anniversary derang yang bakal menjelma tidak lama lagi. Kami anak menantu dah plan nak celebrate serba sederhana nanti. Jadi beli la hadiah sikit buat memeriahkan suasana.
Lepas beli tu, bawak balik rumah pakat try la sorang seduduk. Nak try lama-lama takut rosak pulak, tak sempat kat amak apak. Tapi bestla. Nak beli yang gambar Andy Lau duduk tu tak mampu. Gilo kaw 19k... kalo aku ada duit sebanyak tu harus aku settle kan hutang kete dulu. Jadi ini je la yang mampu.. Osim URelax harganya RM498. Mudah alih gitu. Buleh dipasang di kerusi ke...sofa ke...kereta ke...

(Imaginasi penulis sahaja kehkehkehkeh)
Semalam aku pun g la beli wrapping paper. Wrapping paper konon...kat rumah aku panggil ketas bunga je..(hambik kau!). Mahal nau kertas bunga zaman sekarang ni ye. Dulu-dulu aku beli buat balut buku tiga posen je..yang tebal sikit nam posen. Tapi jarang la beli yang nam posen tu..abah tak bagi. Maklum la orang susah..nak beli pulak banyak, buku sekolah banyakkan.
(syukurlah beliau mempunyai anak yang kretif seperti ai, balut buku guna kain perca...save bajet tau..cikgu pun kagum)


