Wednesday, May 2, 2012

Lagi-lagi rimau

Masuk semalam, dah berapa kali aku mimpi rimau. Dan pastinya rimau tu datang 2 ekor. Berpasangan gitu...ewahhh berpasangan..macam Kilauan Emas Polident pulak, ada bahagian berpasangan.

Mula-mula dulu mimpi jumpa sekapel rimau kat Genting Highland. Jadi heroin aku dalam mimpi tu... watak utama yang menyelamatkan famili dari dibaham rimau. Aku suruh semua famili aku menyorok dalam lubang hapa ntah..aku kat depan. Penghujung mimpi, rimau tu dapat cari kami dan terkam muka aku dan hah!aku terjaga. Sakit hamat batang idung ni ha..siap rasa macam lembut-lembut ala-ala bulu rimau. Kaki pulak gigil-gigil. Tapi aku bajet aku dah cium dinding, sebab tu sakit idung.

Beberapa malam kendian, mimpi rimau berlegar-legar kat atas bukit depan rumah aku. Depan rumah aiouls ada bukit you....tenang damai gitu. Rimau berkenaan tetap jua 2 ekor.

Ada jugak aku mimpi aku naik motor dengan abah, nampak rimau 2 ekor kejar orang tapi aku tak kenal orang tu sapa... atas bukit di kampung aku. Bukit berkenaan diberi nama Tanjung Jaga. Dulu ada pompuan kena bunuh dengan tunang dia kat situ. Ada jugak sebuah rumah banglo besar atas bukit berkenaan. (tiada kena mengena dengan mimpi rimau) hehehhehehe
Berbalik pada mimpi, gigih abah pecut motor dia. Rimau tu nampak je kami terus berlari ke arah kami dan seperti biasa..aku terjaga.
Ish fedap betul la..baru nak thrill sikit dah terjaga...

Penah jugak sekali tu aku mimpi ada rimau 2 ekor depan katil aku. Motip ada rimau dalam bilik?? kau ingat aku dok hutan belantara ke?

Dan semalam lagi aku mimpi rimau berpasangan kat dapur rumah kat kampung. Aku pulak masa tu tengah main-main dengan Amirul. Tapi dalam mimpi tu Amirul kecik je...lebih kurang umo Adam. Padahal budak tu sekarang dah anak teruna dah.
Aku heret dia masuk rumah..rimau nampak kami terus nak serang. Hek eleh rimau ni...eksyen betul..nampak je nak serang..nampak je nak serang... tapi aku sempat tutup pintu. kami gigil-gigil kat dalam rumah sampailah aku terjaga.
Pagi ni datang aku search tenet. Ini yang aku jumpa...


Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang.

Alamak...sedih nau tafsirannya. Tak buleh terima kenyataan..aku search lagi.. jumpa ini pulak..

Harimau
Jika anda bermimpi melihat harimau bertanda peringatan untuk anda agar jangan sangsi dan
bimbang, ada kemajuan selama anda dalam mengajukan lamaran kerja. Tapi bila mimpi diburu harimau, bertanda ada orang yang berniat jahat kepada anda.

Buleh caya ke ni??? baca je la...sambil bertawakal dan berdoa kepada Allah. Semoga aku dan famili aku dilindungi dari apa jua mara bencana.
Aminnnn
(sapo tak aminkan aku sumpah korang pulak mimpi rimau malam ni kekkekekekkekekek - lawak ajooooo...jangan marah aaaaa )


Ehehehhehehehheeh

(gambar ini tidak ada kena mengena dengan kisah di atas..ia bukan bermakna aku love rimau itu...no no no...)

Template by:

Free Blog Templates