
Ini gambar saya ketika saya pegi konvo Asyu Nur. saya bergaya dengan baju yang makndak beli. kuku saya baru ditepek inai oleh mama. Mama itu bukan ibu saya, dia cuma pengasuh saya.
Bila makndak balik kerja, saya dan abang akan jadi kastam. Check beg makndak. Kalau nasib kami baik, kami akan jumpa mainan sorang satu. kalo nasib kami kurang baik, kami cuma jumpa choki choki sorang sebatang. (itu biasanya terjadi dihujung bulan) Tapi kadang-kadang sangat tak baik bila makndak kata kedai tutuppppp...
(makndak ota kami kannnnnnn)
Disebabkan makndak menumpang di rumah ibu dan abah saya, jadi saya selalu anggap bilik makndak itu, bilik saya jugak.
Saya suka lepak di bilik makndak. tau apa aktiviti saya di bilik beliau?
Mula-mula sekali, saya usha tab makndak. Yes!buleh main angry bird, main ABC, bukak youtube tengok lagu semut atau on kamera ambik gambar sendiri.
macam ni


tengah bebal pun saya buleh tersengeh bila nampak kamera
Sambil main tap tu buleh pakej kenjah katil makndak sekali. Kalo tengah makan coklat lagi best, ambik je selimut tu lap tangan.







Sekian saja siri inteprem saya untuk kali ni. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin berkongsi tips kecantikan dengan semua.
tahu bagaimana nak kulit lebih putih dan wangi?
