Wednesday, July 6, 2011

Kenapa para hantu selalu tak puas hati dengan saya?

Semalam aku g site. Ada meeting valuation. Sekarang ni site ofis dah pindah. Dari Basement ke Aras 3.Kena naik tangga .Ni kali ke 3 aku g ofis baru tu. Sebelum ni ok je..tak de pape. Tapi ada sesuatu berlaku pada pemergian kali ketiga semalam yang mungkin akan menyebabkan aku sedikit cuak untuk g kali ke 4 (sedikit saja)

Abih meeting pukul 5, jammed yang amat kat ppum, maka aku lengah2 dan balik lebih kurang pukul 7.semuanya macam biasa. Tapi malam tadi aku kena tindih dengan hantu site kehkehkehkeh. Dalam keadaan separuh sedar tu, aku dengar bunyi bising macam orang ketuk2 batu..kuat nak mampos tepi telinga aku. Nampak pulak persekitaran tangga yang aku guna untuk naik ke tingkat 3 tu.

Pastu dengar suara pompuan cakap "aku tau kau nampak aku tadi. kenapa kau datang?kenapa kau datang?sapa suruh kau datang" Bongoknya aku tak mampu nak jawab. kalo tak aku nak kata..bila masa aku nmpk ko..bos aku la suruh datang. ceh! ini tidak adilll!

Setelah dengan penuh kegigihan aku baca segala ayat akhirnya aku sedar. Bila sedar aku bangun dan pandang sekeliling. seram sejuk je rasa. Pastu aku pikir, bila masanya aku nampak sapa2 kat tangga tadi.Pastu tak de pun aku terpikir2 pasal site sampai ke atas katil. Aku pun baca lagi ayat kursi byk2 kali dan sambung tido. Sukur..semuanya ok sampai ke pagi.

Pelik gak aku, apasal la para hantu ni selalu tak puas hati dengan aku. kalo aku balik kampung, malam pertama tido kat kampung mesti kena tindih dan dengar suara pompuan kata - "ooo balik dah nooo..balik dah nooo" kadang2 marah "berani hang balik lagi!" (hantu kedah cakap kedah hantu kl cakap kl, ceh)

Ada sekali tu kat kampung, macam biasa kena tindih. Aku pun baca la ayat-ayat Quran. sekali suara tu kata "hang baca apa aih...aku pun reti baca la.." Bewak betul la hantu ni. Ada gak sekali tu, ada suara kata "tok tau..cucu ada sini" (hantu warga tua mungkin) -_-

Mungkin aku kena duduk berbincang dengan hantu2 ni. kenal pasti apa yg derang tak puas hati sangat dengan aku. Kalo buleh settle, kita settle cara baik ye hantu. kehkehkehkehkeh

7 comments:

anie said...

elok dibuat miting or townhall bersama para antu tersebut...keh3

G-A-D-I-E-Z said...

ai tengah nak tetapkan tarikh ni. masing2 bz la katakan

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

pegh... akk gune mnyk pngasih ke?? =p

G-A-D-I-E-Z said...

tak..hantu tu yg guna kehkehkeh

~~Ap Hasnida~~ said...

wee..ye kew antu ckp ikut loghat negeri masing2....:P...haaa...ai rasa la kan cik sharlina ni digilai la...:D

G-A-D-I-E-Z said...

a'ah digilai para hantu.cet! mohon digilai para jejaka muahahahhahaha

~~Ap Hasnida~~ said...

ai nk like komen u mcm kat fb tp xbuler...:P

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates