Wednesday, May 16, 2012

N3 sempena Hari Guru

Berikut adalah senarai cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku. Yang aku ingat dan sentiasa dalam doa aku...
http://www.emocutez.com

Cikgu yang sentiasa dekat dengan aku : Cikgu Sharmila (beliau ahkak aku, walaupun beliau cuma mengajar aku tuisyen matematik tingkatan 4 tp byk betul jasa beliau seperti menjadi bank yang meluluskan pinjaman peribadi tanpa penjamin dan interest hehehehhehe)
Cikgu Sharmila a.k.a kacaq. Kelihatan Bacaq mengawasi dibelakangnya

Tadika : Cikgu Shimah
Sekolah rendah : Cikgu Md Deris, Cikgu Jamaliah (cikgu ni baik), Cikgu nafisah, Cikgu Salim, Cikgu Shahbudin, Teacher Zaharah, Sir Rizal, Cikgu Hashimah, Cikgu Akmal, Ust Yaakob, Teacher Fatimah (teacher ni garang tapi aku suka)

Sekolah menengah : Cikgu Mahtom, Cikgu Halimaton (aku plg syg cikgu ni), Cikgu Nasri (cikgu ni selalu baca cerpen aku kat kelas aku dan kelas-kelas yang lain, lantas menglamor kan aku ke seantero sekolah) Ustaz Ibrahim, Cikgu Norizan (cikgu ni hensem dan menjadi kegilaan ramai kat sekolah dulu...g sekolah pulak bawak motor besar) Cikgu Zakaria (cikgu ni pakai mcm ustaz, smp budak-budak panggil dia ustaz)

Lecturer : En Rosli, En mat, En syed, En.Husrul, Pn Syam, Pn Khairizam, Cik Asmalia, En Fisal, Pn Anis, Pn Kartina, Pn Yati, Pn Zaleha (ni lecturer law. aku penah kena panggil dgn beliau sebab dalam test aku jawab bahagian akta tu sebijik2 mcm dalam buku, dia ingat aku copy buku, tp sebenarnya iols hapal segala kes, thn, defendan, plaintif segala kehkehkeh)

Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu dan pendidik di atas termasuk cikgu memandu dan cikgu senaman saya. Terima kasih untuk jasa anda semua. Saya sentiasa doakan anda semua. Ini serius.....
http://www.emocutez.com

Cikgu yg plg aku tak lupa, mati hidup balik, mati pulak dan hidup balik dan mati pulak pun aku takkan lupakan dia ialah Teacher Norliza. cikgu ni pakai tudung labuh dan jubah serba hitam. ajar bahasa inggeris masa aku darjah 1. dia penah tampar pipi aku kiri kanan pastu kiri kanan semula smp aku jatuh kat bucu meja dan mulut aku berdarah semata-mata sebab aku tak tulis nama kat kertas ujian. Sumpah aku tak tipu. semata-mata sebab itu SAHAJA. Kamon la tecer...aku 7thn kot masa tu. kalo aku 17thn lain cite la. aku tak tau la mungkin kesalahan aku tu sangat besar dalam etika perguruan sampai kau pukul aku sebegitu sekali. Dan sepanjang darjah 1 tu dia tak pernah pedulikan aku. Aku balik rumah macam biasa tak bagitau pun mak apak aku apa yg berlaku. kalau aku bagitau aku tak tau apa yang akan terjadi. Dan aku tak pernah bagitau sapa-sapa pun. Hari ni aku bocor rahsia. Sampai kat akhirat pun aku nak jumpa dia dan tanya dia kenapa dia buat mcm tu. Sampai alam mana pun aku takkan lupakan muka dia. Korang cakap la apa pun...

awal entry bunyi mcm umah berhemah tinggi je kan..tp dihujungnya penuh dendam kesumat. hehehe

4 comments:

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

Keh3.. Smbung la cite, lepas mulut u darah tu, dia buat ape?? X mintak maaf ke??? Lap kan ke?

ChitiSaliana said...

harom tak buat pape. dia buat derk je kat ai sampai ai habih darjah 1. pastu dia tukar sekolah lain

hanie said...

giler cikgu tu..mencik..hikmahnya ada..siapa tahu dia x kemanapon hrini..agaknya msih & tetap di takuk lama..bgus awk siti,igt sumer nama2 cikgu..sya klu nk igtkan blik kna tulis senarai dan maula 2-3 hri bru igt betul sbb igt muka,nama tu igt2 lupa,lg2 sekolah rendah..kekekeke..kenangan cikgu plg x suka ialah cikgu sek men..cikgu matematik..sya & kwn tya soalan matematik yg kami x paham,kena tengking, satu kelas dengar,siap ckp kitorg ni lmbt dpt,xpaham2 apa yg diajar..pehtu,ada budak kelas duk lorong sebelah (dua2 cina) tya soalan yg sama,manis dan lembut je menjawab..serius sya kesumat kat cikgu tu..hohohoho..

ChitiSaliana said...

biasa sgt tu. dgn bangsa dia ckp bahasa dia dgn kita endah tak endah je ckp

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates